Tuesday, April 22, 2014

Perfect weather, can't get no better! ^^

 Assalamualaikum and hi!!

Dah masuk spring dah!! My 3rd favourite season.. Haha macamlah season byk sgt.. Xde nak cerita apa pun.. Saja nak update je blog usang nih.. Konon je dulu kata nak bukukan blog nih. Kalau macam ni la gayanya memang x la kut. Anyways, here are few pictures I korek from my ipad :)

Ni namanya strawberry cheese muffin.. Ada sedara jauh share resepi ni kat fb. Sekali tengok MasyaAllah cantiknya and nampak sgt la yummylicious. Kebetulan masa tengah angau2 tengok resepi tu ada pulak junior dalam bilik, dia offer belikan strawberry. Apa lagi.. Taraaa.. Walaupun bwh tu mcm x habis sgt masak, hoho, tapi nak isi perut sendiri je pun. Alhamdulillah boleh la nak buat lagi lepas ni, walaupun agak serabai sikit sebab byk steps nak buat.

Ni pulak cerita 2 minggu lepas.. Ada intervarsity kat uni jiran. kami ni antara penyokong tegar jugaklah bagi support kat atlet2.. Tapikan, tak sangkalah, pemain2 ni bila main sukan jadi extra handsome plak, especially basketball.. Hahaha.. Okay maaf, terlebih di situ. Anyways, our uni won 2nd place overall, much better than last year ^^




Okay last one.. This is my egg tart bakery.. Sebab nak cari duit lebih, terpaksa lah meniaga sikit. Alhamdulillah so far people like it. Aku pulak bila diri sendiri terasa nak makan egg tart baru buat utk jual sekali.. Hehehe.. Ape2 pun utamakn perut sndiri dulu.. Ish3, ape nak jadi ni.. Lol.. Tapi macam2 mana pun, still Belem egg tart kat Lisbon haritu memang tiada tandingan lah. Memang terhangkat!!! Oouh mana la dapat nak makan Belem egg tart tu lagi. :(

Sunday, November 17, 2013

And yes.. I decided not to.

Thursday, October 31, 2013

Push & Pull

I watched a K drama few years ago (the one and only K drama I have ever watch), about a couple who kept on rejecting and the next day accept her/him back and then rejected him/her again and I believe 2/3 of the story was about these freaking conflicts. I am actually had a tough time to finish it because it was just a torture and stressful thing to watch. (But then, I manage to watch it twice =P) In short, the drama that I watched was full with as what I call it - push and pull.. Never have I realize I am actually in that kind of situation (at least that is what I feel right now) It's totally crazy when you want it like this today but you want it the other way round the next day. When you receive, you deny it; but when you didn't have it, you crave for it! And maybe this is actually what people call it as "woman's logic"! hahaha... Sigh.. I really wish these stuff end soon because I just can't stand it no
more... just like how I can't stand to watch that K drama!!

Tuesday, October 29, 2013

Konon2 nak ponteng usrah =P


Hari ni sangat menarik.. Lepas makan maggi tengahari tadi rasa ngantuk sangat.. Petang pukul 5.30 ada usrah dekat Sportive. Tapi dah ade bisikan2 untuk kata x payah pergi.. So masa ni sedang ada perlawanan antara diri sendiri nak pergi atau x.. Nak2 pulak rasa mengantuk ni, so kira dah boleh buat alasan x pergi usrah sebab tertidur,. (tah ape2 kan..) So dengan selambanya aku pun tidurlah tanpa set alarm or anything. Sedang sedap2 tidur, roommate kejut untuk solat asar. Dah selesai solat tengok jam tepat2 pukul 5.30!! Terus capai phone and message kakak usrah dengan harapan boleh skip.. Belum habis nak mereka ayat, kakak usrah call tanya aku kat mana. Aku pun cakaplah tertidur tadi dan tanya sempat lg ke kalau pergi.. Kakak usrah kata sempat je dan aku pun bergegaslah keluar rumah, even baju pun tak sempat nak tukar.. (tapi sebab pakai jaket kan..so x kisah laa)..  

Berlari2 jugak nak sampai ke sana sebab takut tertinggal banyak.. Tapi alhamdulillah sampai2 je diorang pun memang baru nak mula.. Baru nak tadabur al-quran.. dan xtau kenapa, pengisisan hari ni rasa sangat best! Paling best pengisian daripada adik sorang ni.. Tentang qurban tapi version Nouman Ali Khan. Rasa sangat menarik dan tersentuh sangat...  Masa tu terus terlintas kat hati.. Ya Allah sayangnye Kamu dekat saya ni! Kau masih lagi bagi aku banyak sangat peluang, walaupun kadang2 aku sendiri rasa malas.. Sejak hari ni, nekad dah x nak malas2 pergi usrah (walaupun hakikatnye x pernah pun skip usrah.. hehe.. cuma hari ni macam gatal sikit..) 


Bila difikirkan balik, memanglah Allah nak tunjuk kat diri ni.. Sedang elok ada tugasan usrah lepas untuk hafal ayat dan maksud  ayat2 alquran 3 "Qul".

Surah An-Nas:
 "Katakanlah, sesungguhnya aku berlindung daripada tuhan manusia, raja manusia, sembahan manusia, daripada bisikan syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan ke dada manusia, dari golongan jin dan manusia".. Tu dia... Mungkin berkat menghafal ayat2 ni, Allah lindungi aku dari bisikan syaitan yang kata untuk jangan pergi usrah, tapi aku pergi jugak.. Alhamdulillah3x! 

p/s Sejak 2 menjak ni rasa macam banyak sakitkn/patahkan hati orang.. tapi kalau itu saja cara untuk yang lebih baik.. boleh ke.. hmmm...

Friday, October 25, 2013

It's friday and it's her birthday!!

Happy birthday Dina!!! Moga jadi anak solehah penyejuk mata! Sayang kamu! 



Really fell in love with this one.. I guess that smiling eyes are from her maksu's.  =P




p/s the clock is ticking.. am I ready?



Wednesday, October 16, 2013

"Berhenti! Sila kembali ke garisan permulaan"

Best kan kalau ada penanda macam ni pada setiap hari-hari kita :

"Sila buat ini, jangan buat itu." 

atau 

"Harap maaf, jalan itu salah, sila jalan ke arah ini"

atau

"Berhenti! Sila patah kembali ke garisan permulaan"




Oppps lupa! Dah ada dah sebenarnya.. Cuma kita sendiri yang tidak faham/salah faham/tutup mata/salah tengok...

.............................

Thank you so much autumn! This year you have made me the happiest kid in the world. Thank you for your warm and love all these while.. And now its time to say goodbye. Never forget me please, because I'll always keep you in a special place deep in my heart. T.T






Sunday, October 13, 2013

Tulis dan simpan

Salam peeps!

Banyak sgt benda berlaku 2-3 hari ni.. Something big! Really big happened to me.. Kat aku!! Tau x kat aku yang masih bayi2 lagi ni!! Tapi nak buat macam mana kan, masalah datang kat kita, kita kene cuba selesaikan jugak walau macam mana susah pun.. Sebelum post  yang ni, ada 3 post yang aku simpan dalam draft.. Dah luah-luahkan di situ, dah tekan publish. 5 minit kemudian, baca balik trus tekan save masuk draft.. Tak jadi nak post.. Sebab banyak hati nak kene jaga, maka biarlah hati ni merana sorang-sorang dia.. Kalau nak diceritakan pun sure orang tak akan percaya.. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang bertimbun-timbun ni moga hati kita bersih dan ringan.. Seringan burung-burung suci yang tak pernah buat dosa kat bawah ni :) Allah tolong bagi kekuatan kat diri ni.. Tolong sangat2.. 

By the way, selepas beberapa bulan tak berusrah, baru start usrah pertama harini.. Alhamdulillah Dia masih bagi aku peluang.. :)


       
Suka sangat dengan gambar ni.. X edit ape2 pun, tapi aku yang sangat obses dgn effect sillouette dari sinar matahari ni memang buat aku puas hatilah! :)

Tuesday, October 8, 2013

Me in these few days


                                      Because waiting and hoping are so tiring~



                         Its miserable and magical ooowh yeaahh~

Saturday, September 28, 2013

Musim luruh terakhirku di bumi Rusia


SubhanaAllah, musim kegemaranku dah datang!! Antara 4-4 musim, musim luruh la paling aku suka.. Tengok alam yang berubah dari hijau ke kuning2 merah tu memang sentiasa buat mata ni bersinar-sinar je tengok.. Dan  disebabkan tahun ni tahun terakhir nak berjumpa dengan musim luruh, maka kitorang berpakat-pakatlah lepas kelas Parasitology kitorang bergambar kat Frunzenskaya Park.. Nak pulak semalam cuaca sedang-sedang elok,  tak hujan, so inilah hasilnya =)


*banyak gambar diri sendiri je sebenarnye... hikhik*

*photos credit to Mr. Nazirul Mubin*




 Pemain bola basket harapan bangsa dan negara! 
kami wanita2 dalam group 93.. 

p/s dah final year ni sangat banyak plak plan nak buat!! hehe

Friday, September 27, 2013

Tahun akhir sudah!

Kurang dari setahun ,dengan izin dan kuasaNya aku akan menamatkan 6 tahun pengajian aku di bumi bertuah ini.. (dah tahun akhir baru nk cakap bertuah.. sebelum ni sumpah seranah je kan) Tapi payah nak cakap "Rasa macam baru semalam 1st year" sebab sejujurnya memang terasa jugak lama duduk kat sini. Mungkin dengan ujian yang datang tiap-tiap tahun, ujian-ujian yang bagi aku agak kreatif dan unik yang tak bleh terpikir kat orang pun terkena kat aku, maka memang terasalah penat jugak hidup kat sini. Tapi macam mana sekali pun, Alhamdulillah aku berjaya jugak harungi semua tuh..(Nak tak nak terpaksa).. Bila dipikir-pikirkan balik, terasa rugi sebab tak catitkan pengalaman/ujian tu dalam diari ni.(makin tua makin malas). Harapnya dah masuk tahun 6 ni (tahun honeymoon) bila ada masa aku akan cuba update balik mana-mana yang aku teringat..Harapnya blog ni akan jadi penyimpan kenangan-kenangan sepanjang hidup merantau di bumi rusia. (tetibe rasa shedey pulak~)

Terima kasih ibu sebab bagi semangat untuk adik update balik blog.. tak sangka ibu menanti-nantikan post2 adik.. hehe
Nampak ayu pulak dalam gambar ni kan.. hehe.. 



Sunday, December 23, 2012

Ice skating with usrati!!

Bismillah...

 Introducing Gorky Park, and also my usrati (minus 1 person, because she's afraid of falling down from skating)

SubhanaAllah the view was fantastique! This was actually the first time (in 5 years since I'm in Moscow) I skate in the famous Gorky Park skate rink because for the past few years I only went to skate in Sokolniki Park, only few minutes from my previous apartment. And another reason I didn't go to Gorky Park is because there is entrance fee (around 200-300ru aka RM20-30) while in sokolniki its free! But because one of my besties which is also my usrati so eager to skate (since she just bought her skate shoes, that's why... hehe) so we grab the chance and head up to Gorky Park! And truely, I didn't regret that I had to pay because the ring is really smooth and I really enjoy skating..

Most of the skate rink that I went to is actually a park, a typical park. But during winter season, they will turn these park into an ice skating rink.. So, while we were skating, we can actually feel the natural, cold and freezing open air!! That's why after a few rounds, we can't help ourselves but to stop and have a rest in the "resting room" provided..  We even had some ponchiki (donuts) for our break! Hot and steamy =P
 Posing with the skate shoes =P





 We play till our feet and hands were frozen and numb!! So we ran to the heater and hug them! hehe


 My kakak naqibah's first attempt on skating and she eventually manage to skate by her own, but ooppss she fell once =)
 Me again.. I'm cute right! LOL!








Yesterday I managed to sell another batch of cookies! Alhamdulillah... Although the business was a bit slow, but I still reached my target! weehooo! =P


p/s my English suck! I know... Oh My English~

Saturday, December 22, 2012

homemade cookies


Salam and hi everyone!! Its therapy cycle, and as usual my class is in Rossalima.. Therapy should be one of the killer subject. However, since it's in Rossalima, thus this subject become our "holiday" cycle. And because of this too, I decided to do some few things that bring more benefit (in my case - Moneyyyy!!!) to me instead of just sitting in front of my lappy for doing god knows what! I managed to do some stuff which I had planned before and a few more "projects" under my sleeves.. (tah betul tah tidak ayat tu. .hoho)



p/s Sometime I wonder why I choose medic on the 1st place! huhu~

Wednesday, November 21, 2012

Yeay, I'm not a maniac!!

Assalamualaikum!!

Semalam (20/11/12) masa kelas psychiatry, rasa sangatlah ngantuknya, tak macam hari-hari sebelumnya.. Pusing sana, pusing sini,  tak jugak hilang-hilang ngantuk ni.. Tapi dalam ngantuk2 tu, dapat je la tangkap apa yang cikgu nak cakap.. Masa tu kami sedang berbincang tentang tajuk depression, mania, dengan apathy/abulia.. Masuklah dengan tajuk mania.. Cikgu cakap kita semua ni mesti ada talent /bakat masing-masing, dan dia pun secara randomly tanya jelah kat dalam kelas ni siapa yang ada bakat dalam anything.. Tiba-tiba seorang sahabatku ini (i know u'll read this..lol) pergi jaja nama aku dengan kata aku ada bakat fotographi.. Lepas tu dengan muka bersinat-sinar cikgu tu tanya, " So you are really good in photography? Please tell me more about it. Do you mind to show me some of your pictures now? " Adoiiii nak gugur jantung den!! Dalam hati memang dah terfikir dah nak tunjuk few pics dalam iPod, tapi  tak rasa pun cikgu ni serius nak tengok.. Memang masa tu terus terfikir yang cikgu ni nak test aku je ni.. So dengan muka agak merah (sebab malu) aku pun cakaplah aku tak ada gambar2 tu sekarang.. Dan sebenarnye.....!!!

Sebenarnya memang betul dan tepat tindakan aku!! hehehe.. Untuk nak klasifikasi orang yang ada penyakit mania, salah satu simptomnya orang ni akan suka bangga diri and cakap/tunjuk semua bakat-bakat yang dia ada.. Dalam erti kata lain - Show of.. Contoh dalam 1 pesakit ni, makcik tua, bila ditanya dengan bakat/kemahiran, dengan lajunya  dia mengaku yang dia pandai berbahasa Sepanyol, Perancis, English, Chinese, Japanese, dan banyak lagi. Lepas tu dia pandai mengait baju (tapi doktor sure yang baju tu dia beli kat kedai je pun.. lol), pandai menyanyi dan menari.. Sempatlah makcik ni buat persembahan depan doktor tu.. Memang lawak habis! Tapi mungkin kita akan terfikir kalau dah orang tanya kita jawablah kan.. Tapi dalam kes makcik ni, kira macam tak sesuailah sebenarnya cara dia nak ceritakan bakat dia.. Sampai menari-menari dalam hospital.. Dan best lagi, sebabkan doktor kena profesional, so bila makcik tu buat persembahan muka doktor tu memang ketat habis.. Terus makcik tu tanya, "Doktor tak suka ke persembahan saya?" LOL

So back to my story, ALHAMDULILLAH aku buat decision untuk tak buat apa2.. Kalau tak, habislah lepas ni aku kena label mania!!! hohoho... Plus, sebabkan sahabat aku ni tadi jual nama aku, terus hilang ngantuk dan sambunglah sesi pembelajaran aku dengan efektifnya! =P

p/s kepada orang-orang yang suka sangat nak show of tak bertempat tu, berhati-hati, anda mungkin ada penyakit mania! hehe

Sunday, November 11, 2012

Updating my B'day celebrations.. XOXO

Chocolate cake by my roomates, food and presents by groupmates, card by yugo citizen ^^



necklace by elya 

trifle by afiqah 

 with kak yana, november babies

cupcakes by kak Nad 

and present + notes too by kak Nad =)



There you go... Thanks everyone for the splashes of love!! 


Thursday, November 1, 2012

Dear 22 years old me

Assalamualaikum... tajuk saja je tulis dalam English sebab lagi sedap bunyinye.. hoho

Lagi beberapa jam nak pukul 12 malam, nak masuk 2 November, bermakna masuklah aku kepada suatu usia yang baru. Walaupun pada hakikatnya usia tu bagi aku hanyalah angka, diri ni masih seperti tahun2 yang dulu.. x matang2 nampaknya.. hehe.. Dah lama jugak aku tak tinggalkan kenangan2 aku di sini.. ada lah dalam 5 bulan jugak.. So hmmm... apa ye nak cakap.. *krik..krik..*

Sebelum tu, in case aku akan baca post ni 10 tahun akan datang, so aku selitkanlah macam mana rupa aku sekarang..hehe..





Penduduk Insyirah =)


Masa ni berlalu cepat betul.. Tengok2 dah tahun ke-5 aku di Rusia. Hanya tinggal setahun setengah lagi sebelum pulang ke tanah air dan berkhidmat pada negara. Tapi semakin hari, semakin kuat persoalan dalam diri ni, "Bersedia ke aku untuk menjadi seorang doktor?", "Mampu ke aku untuk memikul tanggungjawab yang besar ni?", kerana aku sendiri rasa yang makin hari, makin jelas yang aku tak ada ciri2 seorang doktor itu. Sekeliling aku dah jadikan diri ni makin dingin dan makin tak ambil kisah pada orang lain. Dan aku sering kali persoalkan kenapa perlu bersusah payah untuk membantu orang lain?.. (ish2..tak patut betul!)

Selalu jugak aku menyalahkan diri sendiri dan menyesal kerana memilih untuk menuntut di sini, malah memilih untuk mengambil bidang kedoktoran ni! Setiap kali membaca perkembangan rakan seperjuangan di tempat2 lain, rasa jauh sangat perbezaan antara aku dan mereka. 5 tahun mereka memang diberikan latihan sepenuhnya untuk menghadapi apa yang bakal mereka lalui akan datang. Tapi 6 tahun aku di sini, ibarat satu percutian yang panjang dan tidak dilupakan sentiasa penuh dengan cabaran - lawatan yang mencabar, mungkin!

Apatah lagi jika aku pulang ke Malaysia dan membuat praktikal. Bertambah rasa diri ni sangat rendah dan bodoh kerana tak tahu itu tak tahu ini. Sudah tahun 4 tapi banyak lagi benda yang tak tahu, lupa.. Macam manalah nak merawat orang nanti?!!! T.T 


"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." Al-Mukminun, 62..


Bila teringatkan ayat ni, mungkin aku sebenarnya mampu je untuk hadapi semuanya, sebab kalau tak Allah tak akan meletakkan aku di sini.. Dan jika difikir-fikirkan, tak semua orang diberi kesempatan dan peluang sebagaimana apa yang aku dapat. Mungkin ilmu tu tak berapa nak melekat, tapi harapnya pengalaman2 yang aku ada dapat sedikit sebanyak menjadi bekal untuk aku. Makanya Aimi Iylia, inilah jalan yang kau pilih!! Inilah jalan yang kau akan lalui!! Moga Allah bagi aku kekuatan dan kebaikan sepanjang berada di jalan ini!!!!

By the way, Happy birthday Aimi Iylia! Aku sayang kau! Kau ingat tu! =)

p/s tulis ayat2 skema ni so not me! =P

Friday, May 25, 2012

Ron!!!

Dalam banyak2 benda yang terpikir dalam kepala ni, post ni jgak yang terhasil..hoho.. Mungkin sebab demam harry potter x berapa nak malap lagi, (sampai bangunan Derma pun dah macam Hogwart..)so rasa excited sebab Ron ade dalam video ni!!!.. hehehe... In fact kalau dalam HP, aku rasa Ron lagi best n lagi cute.. Bila marathon HP haritu (fewhh... too much emotion!), barulah.. BARULAH paham betul2 cerita ni.. Before ni ikut je abang AD bawak gi tgk kat wayang.. Seronok2 macam tuh jer.. Tapi bila dah marathon tu baruuulah paham jalan ceritanya.. in fact dulu memang pelik bila tiba2, ada pulak mamat botak hidung kemik ni tertiba ada dalam cerita (refer to Voldermort).. tapi layan jer.. padahal dalam 1st episode dah cakap pasal dia. memang hampeh, I know.. hikhik..





The only thing yang buat aku suka lagu ni sebab ada Ron jer.. tah sape2 tah ed sheeran ni..




Cycle sekarang : Neurology, Genetic ngan Public Health.. Neurology!!!!! 1 of my favourite subject... Walaupun x dapat cikgu yang menjadi rebutan ramai (Louisa), tapi best jugak dapat cikgu lelaki baru ni.. comel... hihi... Anyways, neurology ni best sebab kebanyakan problem yang berkaitan ngan CNS ni kita boleh nampak daripada luaran pesakit tu jer.. tengok cara dia jalan je kita dah boleh tau.. (some diseases la, not all..) And another thing yang best pasal neuro ni ada banyak syndrome2/symptom2 yang boleh kita cari kat Youtube.. Bila dapat tengok iAllah lagi senang nak paham n ingat... Tambahan yang menarik pulak, lagi dapat rasa bersyukur kat Allah sebab kita ni dilahirkan sihat wal afiat, x macam mereka yang Allah uji tu, nak bangun pun susah.. contohnye dalam video ni, diorang kecil2dah dapat penyakit ni, lepas tu jangka hidup belas-belasan je, pastu meninggal,, sedih wey..comel2 jer budak2 tuh.. Bersyukurlah wahai umat sekelian alam...!! al-Wadud!! Tapikan, satu persamaan yang aku nmpak kat budak2 ni sume, diorang sume happy jer.. especially yang Mitchell 8 tahun tuh =)


Macam2 cara Allah nak ajar kita, sambil belajar pun boleh kasi keinsafan kat kita yang lalai ni.. kan..



p/s tadi kenal seorang kawan baru, asal dari Azerbaijan =)

Monday, May 14, 2012

Ni semua kerja Dia!


Cuba tengok part yang last2.. iceberg berguling.. SubhanaAllah!! hebatnya ciptaan Dia!!





*nak embed video tapi x weti la..


p/s doalah, jangan berhenti berdoa.. Doakan untuk aku yer :')

Tuesday, May 8, 2012

saya.suka.lecture.hall.derma

Aku suka lecture hall dia jer, tapi kalau generally bangunan dia ni aku takut sikit nak pegang. Yelah, what do you expect from a dermatology department kan, dengan orang yang ada macam2 penyakit kulit lepas tu pegang sana pegang sini.. haha.. walaupun pada hakikatnya bukanlah akan ter"transmit" macam tu, tapi still, I do have that Monk characteristic..hehe..

Antara banyak2 lecture hall yang pernah aku pergi, aku rasa ni antara lecture hall yang paling antique dan nostalgic...lol.. tapi still, ada gak sentuhan modern tau, jangan main2.. bila lecture nak start, cikgu akan tekan butang kat podium tu and langsir kat tingkat atas akan tutup dengan automaticnya.. sorry if I sound a bit "jakun". But thats what you get when you are here..haha.. everything is old school and lame.. lol...





Last semester, subjek dermatologi ni memang a NO-NO lah untuk aku.. even esoknye nak exam, baru nak tanya cikgu beza eczema dengan dermatitis.. Bagi aku semua tu sama jer.. (but, it is the same in certain countries). Tapi bila dah masuk 2nd sem ni, nak x nak kene la put an effort jugak, xkan nak hafal jawapan bodoh2 jekan..terasa rugi plak di situ.. so atas nasihat kawan seperjuang.. aku pun tanam tekad untuk study betul2 gak (tp x payah nak betul sgt la =P) and alhamdulilah, dapat la paham something walaupun x banyak. Ehy better sikit daripada xde langsungkan.. haha...

2nd sem ni memang belajar pasal syphilis jer.. dan kalau ckap pasal derma ni, cara utama untuk belajarnye adalh dengan tengok clinical picture (maksudnya tengok kulit oranglah).. So kalau dah syphilis ni ko paham2 jelah, asyik tengok lelaki punyer *tut* jer.. kalau normal aku boleh terima lagi,(ehy x jgak lah.. *malu*), tapi ni dengan hard chancre sana sini., ada tu yang dah sampai xde rupa dah!! geli weyh! and I can't help tu notice yang patience2 yang ade penyakit syphilis ni (according tu pictures masa lecture la, bukan real patient, gile ko!) jari2 diorang ni kotor2, hitam2.. dah memang dasar x pandai jaga hygiene..pengotor! Memang betullah Islam ni ajar kebersihan tu salah satu daripada iman! (banyakkan tanda seru!!)

Oklah, malas dah...hmm aritu ingat nak jawab exam dengan Kochergin (ketua department), so that kawan boleh curi2 amik gambar aku tgh jawab exam dgn dia.. tapi dapat cikgu lain pulak..hmm xpelah... By the way, quality gambar sangatlah %$%#&*)(@! sebab gune ipod jer.. huhu.. tapi ehta the heck la kan..oklah, ciao cin cao! *sedapnye air soya dengan cincau~
Jawab exam ngan Tepluk.. kelakarkan nama dia..

ni la Kochergin.. kat bilik dia ada banyak sijill..hebat leteww konon

orang lain plak exam





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.