Saturday, February 7, 2009

Its all about egypt Pt.3

Hari ke-4, hari yang paling best sepanjang menjejakkan kaki di bumi anbiya ni. Hari ni tempat target kitorng ialah gunung Sinnai atau Tur Sina.. Perjalanan nak ke sana memang menarik.. Sebab kami lalu Terusan Suez dan bekas kubu Israel.. OK, berbalik kepada nama Tur Sina tadi, mesti mcm familiar kan nama ni.. FYI dlm Al-Quran byk diceritakan kisah-kisah yang berkaitan dengan gunung ni. Antara peristiwa yang agak popular ialah Jabal Musa, iaitu tempat nabi Musa bersendiri dan peristiwa lembu samiri.

Apabila da selamat sampai, kami bergerak ke Wadi Arbain. Wadi aka lembah ni la terdapatnyer bekas mata air Nabi Musa.(bkn air mata nabi Musa tau!!) Nabi Musa mendapat wahyu utk mengetuk sebuah batu dengan tongkat nya lalu keluarla 12 mata air dari batu tu. Subhanallah!! Ekspedisi kami yg utama blum lagi bermula sebenarnya. Kami makan malam dahulu (kofta-sejenis makanan daging yang dicincang bersama bawang dan cili dan hasilnyer--wallawei!!), dan tepat pukul 2 pagi, kami mulakan pendakian kami!!







Hah, sepanjang pendakian kami , banyak perkara yang menggelikan hati kami. Antaranya, ramai pendaki2 yang lain merupakan orang2 Russia jugak!! Mmg pelik.. Kemudian, terdapat pak2 Arab yang m'offerkan unta2 utk ditunggang naik ke atas dan ader yang offerkan bantuan, tp kena byr la. bunyi nyer macam ni, " Camel!!, You wanna Camel?!", dan yang paling famous skali "Wanna hellp?!" dengan nada yang tertentu..hehe


Lupa nak bgtau, perjalanan utk sampai ke puncak m'ambil masa 3 jam.. Dengan penat lelah mendaki dalam gelap tu, naik tangga yang seperti tiada p'hujung, Alhamdullilah kami b'jaya jugak sampai ke puncak. Di atas puncak gunung ni terdapat masjid dan juga gereja. Setelah sembahyang subuh, kami pun keluar dan menikmati matahari terbit. Subhanallah, cantik sgt!! Bila da siang baru la kami nmpak keadaan sebenar gunung tu. Dalam hati mmg x sangka saya mampu naik setinggi ni.( First time naik gunung!! wa cakap sama lu..hehe)









K, bile da naik mesti la kena turun plak kan..rasanyer turun gunung lagi seram dari naik gunung walaupun dlam gelap2 tuh.. Kami ikut laluan lain untuk turun, dan laluan ni jauh lebih curam dan menakutkan.. Tapi sempat jer kami posing sana, posing sini.. biasala tuh..






Cuba tgk btul2 gmbar ni, ader bentuk lembu kan..

Aduh, sakit lutut!! pulak dah... on da way balik, kami singgah di Hamam Firaun (Hamam b'maksud tmpat mandi) Ni bukan tmpat mandi biasa, tapi mandi wap atau org skang kata sauna. Tempat mandi nyer dalam gua. tp x masuk la, panas sgt..


Air tu panas tau, jgn main2!


























No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.