Tengah2 study Anatomy (ade control Khamis nih), tetiba perut aku lapar la tersgt2, padahal baru je lpas makan kt Mendeleev tuh.. Pikir nak mkn maggie jer, tp boring plak.. So aku pun pasang niat untuk nak masak mushroom sup. (Diingatkan bahawa aku nak masak ni kul 2.30 pg!!) Takat ni baru trial yg ke-2 aku masak mushroom sup.. And yg 2nd trial ni la, hasilnyer wa nak cakap sama lu...MELETOOOOP!!!
So disebabkan x nak kedekut, n nak berbangga sedikit atas kejayaan aku ni, aku pun 4 da 1st time nak share resepi mushroom sup aku ni..hehe
Bahan-bahan:
periuk nasi/rice cooker (sesuai untuk yang nak masak dlm bilik, kul 2 pg,malas nak g dapur)
cendawan button yang dihiris halus, (ade yg besar ckit2 pun xpe, lg sedap..ley kunyah2)
butter
tepung gandum
cube ayam
bawang putih
susu minum
black pepper
daun petrushka (ape2 daun pun boleh la, xde pun xpe)
garam
Cara-cara
1.Panaskan butter dalam periuk and tumiskan bawang putih, (jgn sampai garing!)
2.Masukkan pulak cendawan button tuh. Tunggu la sekejap kasi dia berdecey
3.Masukkan cube ayam bersama air sikit and kacau.
4.Lepas tuh tambah plak tepung gandum. Make sure tepung gandum tu bancuh ngn air before tuang ke dlm periuk(kalau tak potensi untuk sup anda menjadi berketul2 amatlah tinggi)
5.Taburkan daun petrushka, black pepper, n garam secukup rasa.
6.Tunggu sampai dia mendidih, and lepas tuh baru tambah susu.
7.Kacau2 sikit lepas tuh terus tutup suis. (Jangan tunggu sampai susu tuh mendidih)
8.Isikan dalam mangkuk, amik gambar, n letakkan dalam blog.. =)
Ok, nak sambung study balik.. Happy trying and enjoy the sup!
3 comments:
aimi!!!
nnti ak cbe resepi ko :)
mi, nak like post nih leh x?
hahaha
alia: slmt mencuba =)
syahir: hehe..thnks!!
Post a Comment