Hari ni menarik! =D
Tolak dgn kehampehan aku dalam menjawab soalan ionkina, Alhamdullilah dah lepas 2 subtopik!. Seronok jugak perasaan letih lepas kelas ionkina ni. Sebab apa tau, bila beliau dok check jawapan aku, fuhh jantung aku berdegup sampai nak meletup, and bila dah habis, penatlah jawabnye...
Jom pergi My.My.!!! (sebutan Moo Moo)
Yup itulah destinasi kami berempat selepas selesai penderaan jiwa bersama ion. LOL.. My.My. ni salah satu restoran di Moscow yg menghidangkan makanan Rusia.FYI, kitorang ni kata je duk kat Rusia, tp x pernah pun lg makan makanan Rusia..heh heh.. So, atas galakan daripada cikgu Russian kami jugak, kitorang pun menuju ke sana dengan gumbiranya, walaupun 1st time pergi and xtau nak order ape!
Masuk2, memang banyak makanan untuk dipilih, tapi yang boleh dimakan oleh manusia bergelar Islam, macam biasalah "bez miasa". Maksudnya tanpa daging. Dalam sedikit kekalutan tuh, aku pun hanya mengorder sup bernama "borsh". Borsh ni memang salah satu makanan depa. Sup ni warna ala2 purple campur merah pekat sebab daripada beet root.xtau apa nama dlm bahasa Melayunye. Kawan2 aku yang lain kelihatan "lawan taukey" dgn mengorder ikan goreng bersama wedges dan salad. cehh!! Tapi xpe, adat org xde duit (lupa nak bawak duit lebih, harap wallet je besar, duit tarak!)
Aku pun pulang sepreti hari2 biasaku. Selalunya perjalanan yg mengambil masa hampir 30 minit-1 jam aku isi dengan baca buku selain academic, dengar lagu or tido. Tapi disebabkn lupa nak bawak buku, lupa nak bawak earphone, dan x mengantuk, aku pun dah xtau nak buat apa. Nak2 pulak dapat tempat duduk, aku pun terus fikir nak masak apa balik nanti..(padahal baru balik dari restoran!!)
Duduk2 tuh, aku rasa macam aku terlepas stesen yang aku patut turun. Tapi sebab malas nak buat kelam kabut, (padahal pintu metro x tutup pun lg), aku pun tunggu je, n turun kat next stesen.. ntah apa masalah tah aku hari nih!.
Sesampainya hostel, aku pun naik tangga hostel sambil tertembung dengan sorang budak kecik denagn parents dia, umur dalam 3 tahun kut, nampak aku dia kata."devushki, paka!" OOooHHhh soooo cute! Aku pun babai kat dia balik. Rasa nak cubit je pipi dia! Geram!!
Anyway, cerita pasal cute, hari ni masuk2 kelas, 1 of my classmate kata aku cute! ngahaha.. xde kaitan...
Borsh
fried fish+potatoes+salad
okaylah nak makan ayam kurma! chiao.. salam
No comments:
Post a Comment