Lokasi: di rumah
Masa: 3.20 ptg
Cuaca: Mendung dan angin kencang
Sepatutnya waktu sekarang aku dan rakan2 dah duduk kat kelas sambil dengar bebelan cikgu yang mengajar kami bahasa Russia. Tapi, xtau nak kata best atau sebaliknya, kelas kami dah dibatalkan terus.. Mungkin cikgu tu anti dengan kitorang ataupun dah kecewa dengan kitornag yg duk belajar benda sama tapi still tang tu jugak..
Aku teringat, last kelas yang kitorang pergi aritu.... Sangat menyeronokkan.. Pertamanya sebab 1 jam je kelas (sepatutnya 3 jam weh!), yang keduanya pula sebab kami x banyak bercakap, cikgu tu je yang cakap hampir sepanjang kelas tuh... Tugasan kitorang adalah untuk menceritakan pengalaman2 menarik, perkara2 yang suka/tak suka semasa hidup di Russia ni.. Alih2 kami yang terkejut dengar cerita2 daripada dia. Ini kira aku dah ringkaskan, malas nk cerita panjang2 =P
1. Golongan wanita yang sudah bertitle "babushka" atau "nenek" sangatlah kuat orangnya.. Jangan salah sangka, nampak je diorang ni bongkok je jalan, gigi pun tinggal 2-3 batang, tapi boleh berlari dengan agak lajunya dan mampu menolak anda dengan tolakan yang kuat.
2. Orang2 di negara ini sangat kaya dengan adab dan sopan santun mereka. Pemuda2 selalunya akan membantu para wanita untuk mengangkat barang tanpa perlu diminta.. (OOH MAAF!, maklumat ini benar, cumanya berlaku beberapa puluh tahun dahulu, sekarang amat jarang untuk dijumpai orang2 sebegini.. yang ada tu mungkin sangatlah sedikit)
3. Russia terkenal dengan wanita2nya yang cantik dan rupawan (lelakinya kureng sikit la~).. Tetapi sekiranya anda telah menanam hasrat dan impian untuk berkenalan dengan mereka, maka wanita2 yang anda jumpa sama ada di galleri2, muzium, teater, perpustakaan adalah pilihan yang terbaik..
4. Rakyat di sini lebih mementingkan sejarah daripada permodenan. Di hospital kami sebagai contoh, bangunannya itu sudah cukup kelihatan seperti muzium. Malah lifnya juga mungkin sudah tidak dijumpai dimana2 tempat selain di negara ini..
5. Rasuah dianggap perkara normal sebabnya memang sudah tertanam dalam mindset diorang.. So tak kiralah, jika anda seorang agent untuk penempatan pelajar di asrama (pelajar asing terutamanya), mahupun seorang doktor, mahupun pekerja runcit di kedai2 atau di pasar2, tanpa segan silunya anda boleh meminta rasuah daripada mangsa2 anda.
Begitulah serba sedikit cerita yang aku ingat.. Sebenarnya, negara ni memang sangat menarik. Disinilah aku belajar macam2 perkara yang mungkin tak dapat aku peroleh di negara2 lain.. Bak kata seorang rakan, tak semua orang berpeluang untuk merasakan kehidupan di bumi Soviet ini!
selamatlah langitnya cantik~
5 comments:
nice :)
=P
salam wrt..no2 tu..
setiap kali sy bwk brg berat, setiap kali tu akan ada jejaka2 yg nk tolong angkatkan kt moscow ni..alhamdulillah segala2nya dr Allah.
walaupun mungkin zmn dulu2 mereka(jejaka yg suka tolong2 ni) lebih mudah ditemui, tp sekarang mereka tetap mudah ditemui.jika nk dibandingkan dgn malaysia amatlah berganda2 better =)
waa bestnya... setakat ni x pernah lg saya dpt bantuan mcm tu.. =(
p/s thnks kongsi pengalaman di sini =)
xmoh pompuan russia kat teater, nak carik kat kelab gak!
Post a Comment