Tuesday, March 8, 2011

Happy women's day!


Alhamdullilah kenyang...burrp~

Woman's Day Breakfast =P


Satu benda yang aku suka bila masuk sem 2, sebab manyak cuti woo..hehe.. Hari ni, rakyat Russia menyambut Hari Wanita.. Yang seronoknya, bila 2-3 hari sebelumnya, mesti kita akan nampak banyak gerai2 bunga menjual roti (mestilah jual bunga..daaa~).. Sebabnya dah jadi tradisi orang sini, bila tibanya hari wanita ni, mesti setiap wanita diberi bunga, x kisahlah daripada hubby ke, parents ke, anak ke, kawan2 ke i tak dale.

Ni andaian aku sendiri, kenapa Hari Wanita kat sini disambut besar-besaran, pergi je mana2 mesti orang akan wish kat kita.. Seperti yang semua dah tau, hidup kat Rusia ni susah untuk foreigners macam aku. Tapi pada hakikat sebenar, untuk orang di Russia sendiri, hidup mereka pun x kurang hebatnya (payah jugak).. Mungkin kerana bekas daripada pemerintahan berbentuk komunisma dahulu, kesan yang ditinggalkan masih dapat kita lihat.. Nak kata gaji seorang doktor di sini lebih kurang dengan gaji pekerja biasa, (mungkin yang buat bisness tu kaya la sikit), harga rumah flat/apartment sewa pulak yang minima untuk 2 bilik + 1 ruang tamu dah hampir cecah RM5 ribu sebulan.. Tu baru nak sewa.. Harga barang dan pengangkutan (metro sebagai pengangkutan utama) pulak bila masuk tahun baru je, harga pun baru (dulu RM20 sebulan untuk tiket metro, tahun ni da jadi RM35.

So sebagai seorang wanita, nak menghadapi semua ni boleh kira berat la jugak. Tu belum lagi cerita makcik2 tua aka babushka yang masih kene berlari2 nak kejar bas, terhenjut2 menggendong barang2 rumah.. Sebab tu la emosi mereka ni kekadang x menentu (pengalaman masa tahun pertama, sekarang ni dah jarang jumpa nenek2 emo..thankgod! haha).. So, mungkin dengan adanya Hari Wanita ni, at least mereka dihargai dan di"manja" untuk sehari.. (ok, tetiba baru perasan post ni sangat skema..huwahuwahuwa)

p/s Tun mahathir sekarang ada kat Moscow =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.