Tuesday, April 12, 2011

peduli?



Kejelesan!! kenape??

Jeles tengok diorang ni, dapat contribute untuk Palestin, untuk Islam.. Saya x terer buat ape2... nak menulis x pandai, nak buat video x reti, nak bercakap tergagap2... huhu... harapnya doa2 je la dapat jadikan alasan untuk aku kelak.. (tp tu pun selalu lupe nak doa, sebab sibuk doa yang baik2 utk diri sendiri je..selfish!)


okay abaikan sebentar..


Hujung minggu lepas, kitorang telah di "expose" kan tentang keadaan sebenar Palestin.. Best tapi rasa x puas... hmm xtau lah.. Anyway, kitorang didatangi oleh salah seorang aktivis aqsa syarif yang join konvoi viva palestina ke-5.. Point yang paling aku terasa bila Tuan Hj tu cakap, jadilah seperti burung yang padamkan api masa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya.. Walaupun burung tu bkn nye dapat padamkan pun api tuh, tapi at least dia ada sumbangan, walaupun kecil je... hmm..

Aku terasa sebab yang kecil2 tu pun aku x buat.. Selama ni, bila selalu sangat dengar pasal masalah Palestin, asyik kene serang2, diri rasa makin malas nak ambil tau (sorry aku ni memang pelik sikit! huhu).. And dalam diri selalu pikir, kite ni asyik duk heboh2kan pasal Palestin, padahal negara kita sendiri tunggang langgang dengan masalah politik yang makin mengarut, maksiat dah macam xde benda, and banyak lagi lah masalah.. Lepas tu bila pikirkan yup, aku sekarang dah boikot McD (which is used to be my FAV fastfood of all time), and bila ada chance untuk pergi Disneyland kat France dulu (impian masa kecik2 dulu yang hampir2 je nak tercapai..!!!), tapi x pergi sebab kawan2 boikot, aku pun terpaksa la dengan berat hatinya melepakan peluang. so cukuplah tu je pengorbanan yang aku buat, besar dah tuh, penat nak lawan nafsu nih!... lepas tu malas dah nak ambil tau.. Pandai2 lah orang sana, ada kut orang lain nak tolong.......Kalaulah ada kanak2 palestin baca ni, malunyaaaaaa!!!

Nampak x, kita (actually more to aku iamme..huhu) ni selesa sangat.. Hidup terus rasa imbalance bila sesetengah benda kecil yang kita nak kita x dapat buat. Sedangkan orang2 yang dekat Palestin tu berjuang 24-7, tiap hari dengar bom sana bom sini, tiap hari ada je saudara mara anak bini meninggal dunia, sedangkan kita, bising just because x dapat nak makan cheeseburger + fries yang sedap gile tuh! huh.. Malu2...Lemah betul diri ni.. Tapi yelah, habis tu nak buat ape pulakkan?? Hmm, memang kita x ley nak buat apa sangat pun, tapi mcm aku kata tadi, jadilah macam burung tu..

Huish, kepada mereka yang sekapal dengan aku yang hampeh ni, jom kita tukar balik niat kita, ikhlaskan hati, so that benda2 yang kita buat (walaupun kecil je) diterimaNya, and x sia2.. In fact, bukan hasil yang kita tengok, tapi usaha ke arahnya tuh yang diambil kira..

Ni antara sedutannya, jomlah tengok..nak sebarkan pun lagi bagus.. jadilah seperti burung =)



p/s mereka yang dalam video tu pelajar moscow jugak, tapi amik jurusan engineering.. hebat kan!

3 comments:

norashikin rahmat said...

ish.. aimi, this writing is also a contribution.. thanks, nice sharing! Kadang2 kita tak rasa urgency, tak rasa keterikatan bahawa muslim di Palestine adalah saudara kita. Lecturer ikin cadangkan, untuk merasa urgency dalam boikot, baca setiap hari website tentang apa yang berlaku di palestin.. bukan setakat benci, pandang barang diorang pun takkan rasa teringin sebab terbau darah anak2 Palestin kat barang penghasilan Yahudi..

i.am.me said...

huhu..my writing is not that good laa..tapi kalau dpt something from it, then alhamdullilah. waa bagus la lecturer cikin..hmm iAllah akn cube utk dipraktikkn! jazakillah <3 miss u laaaa!!!

samanosuke_04 said...

macho weyh video kita production tue.. jom yemi kito wak video.. ko plakon..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.