Wednesday, August 3, 2011

leica baby!




Abang aku yang sorang tu baru jer beli Leica.. katanya untuk wife dia..tapi, hard for me to believe.. Sebabnya dah lama dia nak beli camera ni, tapi untuk DIRI DIA SENDIRI lahh, aha... anyways, bila cakap pasal Leica ni, teringat plak masa kitorang gi jalan2 Berlin.. masuk kat technology muzeum yang sangat3 best!!! kiranya kalau dah sampai kat Berlin tuh mesti pergi sana tau!! Ada satu section tuh, pasal photography, dan memandangkan Leica ni pun asal daripada Germany, so memang ada lah display collection Leica ni.. Macam2 bentuk dia, tapi yang paling typical macam yang kat atas ni lah..

Tapi yang sedihnya, masa euro trip yang lepas, 2G SD card aku x mencukupi untuk nak amik gambar kelima-lima negara tuh.. sampai kat Berlin jer, (which is negara ke-3 selepas Brussel dan Amsterdam), memory card pun dah penuh.. Selamatlah kitorang tumpang rumah sister ni and bermulalah kerja2 men"transfer" gambar2 tu ke ipod member.. tapi bila dah sampai rumah, baru perasan some of the pictures dah xde!!! huu sedih gile mase tuh.. tp nak wat camne.. harap2 gambar2 dalam kepala otak ni masih kekal!


.......



Masa pergi KL minggu lepas (ingat x post yang member kawin tuh), abang aku yang plan nak jemput aku kat ktm sempat singgah The Mall dulu untuk beli kasut dia.. Ni kira kasut dia yang ke-3 selepas 2 lagi kasut dia kene curi..haishh KL...KL... Boleh x dia cakap lepas dah beli kasut warna putih tuh, tetiba dia nampak yang colour hitam plak.. so dia angkut 2-2... x sangka abang aku ni kuat jugak shopping..hehe.. siap cakap jangan gtau wife dia..so nasib kasut yang hitam tuh dalam bonet kereta lah.. hahaha.. Tapi xtau apa yang best sangat dengan kasut yang ber "stripe 3" tuh.. owh well~






p/s rasanya x ucap lagi selamat menjalankan ibadah puasa kepada mereka yang bertandang ke sini! Jom kita bertarawikh, setahun sekali jer! =)



Posted by Picasa

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.