Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

Bandung Sini Sana


Family Pakcik Sani

Assalamualaikum dan selamat semua..Lama ek tak update blog. Last week untuk family day yang ke-2, keluarga pakcik Sani bercuti ke Bandung. Sayangnya disebabkan tarikan utama di Bandung adalah bershopping, jadi beberapa anak2 buahku "terpaksa" ditinggalkan di Malaysia..kesian mereka..

Since dah masuk alam dewasa dan lebih matang ni, boleh dikatakan ni 1st time travel bersama keluarga yang besar luar dari Malaysia, and I tell you, terbaeek!! Semua benda 100% di cover oleh abang2, makan sedap, tempat tinggal mantap, transport hebat, kerja lain cuma seat back & relax.. Tak dinafikan kalau travel bersama kawan2 tu jauh lebih seronok, sebabnya lebih adventure sebab semua kena buat sendiri, tapi sekali sekala dilayan sebagai puteri ni seronok jugak..*hikhik*

One thing yang bagi aku menarik sepanjang kat Bandung ni adalah jalan raya dia yang sangatlah kecil, berlubang2 dan berpusing. Cukuplah aku 3-4 hari je kat sana, kalau lebih lagi memang termuntah2 dah dalam coaster tuh. Bayangkan, jalan yang hanya selebar jalan2 di kawasan perumahan tuh, dan sepanjang jalan tu ada je rumah2 yang dijadikan kedai2, dan depan rumah tu pulak ada lagi gerai2, memang pening nak tengok.

Yang keduanya, aku perasan bahasa Indonesia ni sangat direct. Contohnya,

-hospital = rumah sakit
-klinik bersalin = bidan
-toilet lelaki = kencing pria
-kedai gigi palsu
-zoo = kebun binatang

dan lain2 lagi, senang je orang nak faham.

First day sampai dah petang, disebabkan oleh flight yang asyik tertunda, so tak dapatlah nak buat banyak sangat, dan selepas check in, terus pergi makan kat Restoran Daun Pisang. Disebabkan malam, environmentnya yang sememangnya cantik, ditambah lagi dengan sinaran rembulan, subhanaAllah memang cantik. Dengan perut yang dari tahap lapar kepada kebulur, dapat pulak makanan yang sedap, memang terasa nikmat Allah tuh..

Hari2 seterusnya dipenuhi dengan shopping..dan shopping..dan shopping.. Sampai anak buah aku tu tanya,"Kenapa asyik turun kat kedai jer...?" Barulah aku tau, rupa2nya abang2 aku ni lagi hebat bershopping, mengalahkan isteri masing-masing..hehe..lepas geram la tuh..

The next day lagi, kitorang naik pulak gunung, namanya Tangkuban Perahu. Sebabnya kalau dari jauh, kelihatan gunung tu seperti perahu yang tertangkup/terbalik. Bandung ni rupa2nya dikelilingi oleh gunung2 berapi yang masih active..so bayangkanlah, kalau sekali meletup semua2 gunung berapi tuh, memang hilanglah Bandung ni..

Last day, sebelum balik, kami singgah sebentar di kedai Kartika Sari. Kedai ni jual makanan2/ole2 untuk pelancong. Dan selain kerepek2 yang pelik2 namanya tuh (cth: urat sapi/lembu, kulit sapi...dgr nama macam geli jer), benda utama yang dijual kat sini adalah brownies.

As a whole, tak seperti tahun lepas di Pulau Tioman, trip kali ni x terasa sangat family day nya, sebab sampai je kat satu shopping center/factory outlet, semua dengan family kecil masing2 berpecah ke tempat lain2.. So permintaan ibu, nak buat barbeque pulak kat rumah je nanti..oooh I can't wait!!!

Pemandangan dari jambatan apetah namanya..

Mencari rezeki

Pandang kiri..pandang kanan..pandang kiri..barulah melintas!

Tangkuban Perahu, kawah gunug berapi

nasi padang

memori daun pisang..lalala

Pasar Baru

Kartika Sari

x sangka sangat sedap!

p/s balik2 je sakit perut, ibu demam2.. huhu.. saguhati daripada Bandung!

Monday, June 21, 2010

Gelilaaaaah

Wow, cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik, kunyah telan kunyah telan, da seminggu dah kat Malaysia.. Kakak2 yang masih kat Moscow lagi bertanya apa khabar Malaysia. Aku kata macam tu jelah..Tapi bila duk pikir2 balik, baru sedar, Oh tidak!! GF sedang bermaharaja lela di Malaysia!!!! Dengan "kehangitan" World Cup di South Africa tuh, (jgn ingat 4 darab 100 xtau..hehehe) orang2 kita ni pun tak kan lepaskan peluang untuk jadi part of the event. 7.30 mlm, dah start duduk depan tv, dah start pergi kedai mamak, untuk tgk perlawanan bola pasukan kegemaran masing2.. lepas tuh pukul 2 pg smbung lagi tgk team lain plak. Senyum lebar taukey2 kedai mamak tuh. =D

Anyway, last weekend, setelah sekian lama, akhirnya ketemu jua aku dengan anak2 sedara ku yang makin besar dah semua. Sorang tu dengan gigi rabbit baru dia, sorang tu pulak dengan rambut ala2 china doll, yang sorang tuh, makin pemalu pulak, and yang last tu makin banyak cakap.. Cuma 2 orang je x dpt jumpa lagi, papanye busy sangatlah tuh, this week harap2 dapat jumpa diorang..oo x sabarnye!!!

Adam dah darjah 2, speaking pun makin laju, kalah dah aunty dia...huhu...Amirah pulak da pandai tulis, seronok dia bila kita puji tulisan dia cantik..Zara, dah start masuk stage bertanya,"apa tuh?".. selamatlah 2 ari je jumpa, kalau x penat nak jawab soalan dia..hehe..

Weekend ni jugak, abg ku tunjukkan aku video2 yang buat aku terngiang2 jer dalam kepala otak..haisshh.... Nasib baiklah abg aku yang sorang tu x minat sgt tgk bola, so tak la aku bosan. Ade ke patut kitorang lepak kat depan computer tgk video2 kt youtube, antaranya yg kat bawah ni n yang sewaktu dengannya... And sekarang ni trade mark kitorang, "geli mat, mat, mat, mat...." LOL, pecah perut.. (opps ni kire GF jugk nih! Adushhhh)



Awas: Kepada pihak yg berkenaan, jangan kecil hati yer, kalau kecil hati minta maaf la...

belilah yang canggih! LOL

Thursday, May 6, 2010

Bila mereka naik sheikh =D

Baru beberapa tahun dalam finansavi kansultan, inilah hasilnya.
And siapa sangka, makin hebat pulang mereka ni bergambar, model usahawan muda lah katakan~
Bangga pakcik Sani.




gambar ihsan dari fly.


p/s lets spot the difference. Kami memang bermuka bulat2.. haha

Posted by Picasa

Sunday, April 4, 2010

Audi A4

Abg Rudin kata A4 untuk-


Alifnur Iskandar
Adie Mudzaffar
Ahmad Isyak Rudin
Aimi Iylia =P


Berdesssuplah balik nanti.. congratulations!

p/s ibu tanya kamu nnt nak beli kereta apa? Aku jawab, kereta kancil je la..hihihi


Wednesday, March 10, 2010

tidak mengapa~


Jawapan kepada "benciiiiiiiiiiiinye";

Allah kata,
dalam ayat dia,(49:12)
Jangan berprasangka,
berprasangka itu dosa
tuhan tak suka.

Tidak mengapa,
mungkin itu rezeki mereka.

Rezeki kita...
InsyaAllah akan tiba.(yang halal punya!!)


........................................

Happy birthday mamal!!
Alisya n Akmal..comelnyer mereka!!!
Macam maksu diorang...heh heh~

p/s gambar diambil oleh abg long.

Tuesday, December 29, 2009

superwoman

and she is my ibu!!!


Wanita paling hebat pernah aku jumpa..
berbagai2 kisah ada padanya..
dialah pendakap terbaik,
setiap pelukannya memberikan kehangatan, keselesaan
(walaupun kat msia sememangnye panas)
dialah penasihat terbaik,
setiap kata2nya sentiasa memberikan aku semangat dan nafas baru..
malah, lawak jenakanya juga menceriakan hari-hariku..
dialah pendidik yang terbaik,
tidak perlu Einstein mahupun Hawking di sisi,
didikannya padaku, menjadikan aku manusia di dunia ini
dialah wanita terhebat,
kerana dia, lahirnya aku di sini.. Alhamdullilah

ibu, kaulah ratu di hati ku!


selamat hari lahir yg ke 54...


love u till the end!! muahhs

p/s ibu saya kalau amik gmbar, selalu x pndang camera.. kira cam style2 org dulu la nih, amik gmbar pndang tepi..hehe

Saturday, December 19, 2009

ayah

2-3 thn lepas, aku pergi amik result spm kat sekolah, aku ditemani ibu n ayah.. Alhamdullilah, result yg aku dpt telah melayakkn aku utk berada di tempat aku sekarang.. Mase tuh, ayah aku hanye tunggu di luar dewan, ibu pula menemani aku hingga ke kounter utk menerima keputusan.. Bila keputusan berada di tangan aku, sememangnyer aku memeluk erat ibu saye dan air mata turut mengalir kegembiraan.. saya berlari ke arah ayah aku, dgn tenang ayah hanya mengucapkan tahniah.. aku terus terfikir, itu sahaja???
Entah mengapa persoalaan minda ku terkeluar hingga ak bertanya kepada ibu, "ibu, ayah x gembira ke dgn pencapaian aku?" Ibu dgn pantas menafikan. Katanya ayah telah menghubungi semua abang2ku, aunty uncle, saudara-mara ku, mengkhabarkan kepada mereka kejayaan anak perempuannya..

inspirasi daripada cerita Papadom, "Sebagai lelaki, ayah sangat sukar utk meluahkan perasaan mereka dgn kata2, hanya dgn perbuatan sahaja,moga2 anak2 tahu bahawa mereka sgt sayangkan anak2 mereka" Afdlin Shauki

ayah, sorry for all my misbehave, do forgive me!!



p/s walaupun ak bkn la big fan of Afdlin shauki, tp movie ni mmg thumbs up ah!
p/s aku dlm xde duit nih lepas gak sepasang winter boot baru..ngehehehe
p/s biochem smlm.. mcq sungguh ^%$##@^%... moga 2 yg terbaik utk aku...amin..sigh TT
p/s internet xde, malas nk topup, pe pe hal cntact thru sms, call, or telepathy!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.