Friday, February 19, 2010

Istanbul pt-2

Assalamualaikum dan selamat semua! Seronok, sebab da habis da kelas2 untuk minggu ni. Masa untuk update, yeaah! So nak sambung plak Istanbul pt-2. Kali ni ada 3 tempat yang aku rasa agak best untuk dikongsi dengan sekalian umat.
Yang pertama, Masjid Ayub.(kalau kt sana sebutan dia "Eyyub") Tempat ni jauh sikit dari hostel kitorang, kena naik metro and naik bas pulak. Masjid ni selain dinding mosaic dia yg cantik, dan pakcik jaga masjid yg sangat peramah dan sangat suka ambikkan gambar kitorang, yang lain tuh macam masjid biasa jer. Apa yang menarik adalah Ayub tu sendiri.
Beliau ni hidup masa zaman Rasullulah, and masa tuh, Rasullulah dalam hadis ada kata, "Kamu (umat islam) akan membuka kota konstantinople. Komander itu adalah sebaik2 komander dan askarnya adalah sebaik2 askar." So ramailah pahlawan2 ni nak merealisasikan seperti dalam hadis nabi tuh. Dan orang tuh termasuklah Abu Ayub al-Ansari ni. Tapi beliau x berjaya, dan pahlawan yg berjaya tu adalah...jeng jeng jeng... Sultan Mehmed Fateh!!
Masa Sultan Mehmed Fateh ni berjaya menakluk Konstantinople(kalau sekarang Istanbul bahagian Europe), beliau pun suruhlah orang cari tepat perkuburan Abu Ayub ni untuk ditempatkan di tmpat yg mulia. Masa orang lain gali2 tuh, diorang sempat cium kaki Abu Ayub, tapi bila giliran Sultan Fateh nak cium, kaki Abu Ayub bergerak seakan xnak dicium oleh Sultan. Sultan pun sedih tp dia bermimpi Abu Ayub datang jumpa dia and cakap dia malu kat Sultan Fatih sebab dia x dapat conquer Konstantinople and dia malu bila Sultan Fatih (Panglima hebat yg di describe kan dalam hadis nabi) nak cium kaki dia.
Masjid Ayub al-Ansari
Yang kedua, kan aku macam banyak je cerita pasal Sultan Mehmed Fateh ni kan, so kerana kehebatan dia nih (19 tahun da jadi Sultan, 24 tahun dah conquer 1 Turki...kita dimana yer??), kitorang pun pergilah ke Panorama 1453. Tempat ni paling menarik bagi aku.. daripada aku yang x suka sejarah tiba2 suka pulak sejarah..hebat lah tuh! Panorama 1453 nih macam muzeum tp 3D. Bukanlah macam timbul2 tuh, tapi ada lukisan yg menggambarkan suasana perang masa Sultan Fateh , agak real la lukisannye, ada bunyi2 meriam, orang jerit2, bunyi bom2, bunyi kuda, bunyi pedang, dengan rasa bahang, mmg mcm kat dlm perang.. Lukisan yang aku cakap tuh bukan mcm lukisan biasa kat dinding tuh. Tapi lukisan tu sekeliling kita, mcm bumi, pandang atas ada lukisan langit, 360 habis la, mmg real.. Korang jgn x pergi tau bila da sampai Istanbul nih!
So berbalik pada Sultan Mehmed Fateh nih, walaupun masa dia ganti tahta ayah dia (Sultan jugak), byk la mulut2 bau sardin yg kata dia ni mampu ker budak muda nih, layak ker dia, kuat ker.. Tapi, Fatih bukan kuat pada tenaga, tapi pada kepala otaknyer. Beliau mmg bijak, masa perang tuh strategi2 dia mmg mantap habis (yelah, da beliau nih orang yg dimaksudkan oleh nabi, mestilah hebat) Kalu korang nak tau lebih lanjut google la sendiri ek.
Tapi satu yg paling menarik bg aku, (korang tgk gambar yg ada tgn aku tgh tunjuk tuh ek), dalam gambar tuh, Fatih of course la yg paling obviouskan, yg handsome tuh..hehe.. k, tentera sebelah kiri dia, dia amik orang yg tgn kidal(guna tgn kiri), so kalu musuh nk attack dari kiri, orang tgn kidal ni bley handle. sama jugak cerita nyer untuk tentera belah kanan. Lepas tuh, ada tentera yg pegang lembing tuh, diorang ni dipilih sebab diorg laju berlari, and latihan perang diorang hanya berlaaari jer. Banyak lg la, korang cari la sdiri ek!

ni potrait Sultn Fateh, jgn main2 jiwang gak nih, siap pegang bunga lagi! hehe

antara scenery kt dlm tuh, yg belakng tu gmbar, tp meriam kt depan tuh real punyer!

"Panglimanya sebaik-baik panglima, dan askarnya sebaik2 askar"
Yang last ni actually bukanlah kewajipan sangat untuk nak pergi, tapi aku rasa menarik. Walaupun ada yg kata nyesal pergi, (actually aku pun ada gak rasa nyesal, ada ke patut bayar ~rm70 semata2 tgk orang pusing2, baik aku suruh roomate aku jer pusing2 lg bagus!) Yang kitorang pergi ni namanya Sufi Dance: Whirling Dervishes. Sufi Dance ni macam salah satu tarikan pelancong yg kalau x tgk, x sah la korang gi Turki,(camtu la lebih kurang). Ia jugak termasuk dalam list the World Heritage tah ape tah. Abang Adie yang dah pergi Istanbul dulu pun rekemenkan kat aku suruh pergi tgk. So aku assumed bila dia pusing2 tuh makin lama makin laju, tapi aku kecewa di tgh jalan, sama jer.. Even ada antara kawan aku yang ngantuk and tertido!! Sufi Dance ni macam salah satu cara diorang berzikir tahap high punyer(bak kata Nana, selaku Tour Guide kitorng di Istanbul), tp ntahlah, bila baca2 pamplet dia mcm ia mengagung2kan pengasas dia, nak samakan dengan nabi..tak tau la saya! Yang part kelakar tuh, masa dah habis persembahan mat2 saleh yg jugak kelihatan boring dan menyesal gi tgk x tepuk tgn pun, sebab xtau yg persembahan tuh sebenarnyer da habis, and diorng pun macam terkial2 jer meninggal kan tempat duduk. ngong!!

p/s untuk nak tau Istanbul pt-1, sila2 lah berkunjung di sini.
Posted by Picasa

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.