Showing posts with label Istanbul. Show all posts
Showing posts with label Istanbul. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Istanbul pt-3

Assalamualaikum...

Sementara menunggu jamuan makan CNY anjuran penduduk2 hostel Kuzmin yang akan berlangsung beberapa minit lagi, perut aku yang agak lapar membuatkan aku tidak khusyuk untuk menatap nota2. Lantas update blog lah aku pilih sebagai pengisi masa..(ish3 patutnyer baca Quran ke, b'zikir ker... )

Banyak sangatlah nak cerita pasal Istanbul ni sampai dah x tercerita dah dibuatnyer.. Istanbul ni satu jer, kalau nak betul2 enjoy trip anda ke sana, mesti tau sejarah dia, baru best..Kalau agak2 x sempat sgt nak cari buku pasal tempat2 dia, or online, sesetengah tempat tuh ada description pasal sejarah dia.So jgn segan silu bacalah mana yg termampu..

Last post pasal Istanbul ni, makanan kut..

Bagi mereka yang berasal dari kawasan2 kurangnya makanan halal dan kempunan sgt nak melantak makanan sedap tepi2 jalan, Istanbul adalah salah satu pilihan anda.(tapi masih x dpt menandingi Malaysia dan Egypt!!) Makanan yang famous kat Istanbul ni kebab. Mana2 kedai mesti jual kebab punyerla.. Harga bergantung kepada lokasi. Kami tinggal kat area berdekatan Sultan Ahmed, so tourist attraction byk kat situ. Nak dapat mknn yg murah tu susah ckit. So kalau nak yang lebih murah, jalan2 ckit dekat luar Spice Market, kat situ ada banyak kedai kebab yg murah2!

Nak order air pulak, nak2 untuk taraf student2 yang duit pun macam cukup x cukup je nak belanja, order la Turkish Tea. Tea nyer pekat gile, tp sedap je la.. Tapi paling aku suka x lain x bukan Apple Tea. Even kat Bazaar2 nnt ada byk jual serbuk Apple Tea or mcm2 lg jenis (orange, kiwi, ros i tak dalee), maka boleh lah sekiranya korang nak menikmati tea walaupun tidak berada di Istanbul.

Turkish Delight- ni antara makanan yang perlu beli. Bagi aku rasanye macam marshmellow, tp ada jugak yg rasa lain. Macam2 colour, macam2 saiz, macam2 harga.. Rambang mata woo.. (pesanan ringkas, kalau boleh jgn beli yg dalam kotak kecik, harga murah..sebabnyer bila bukak2, ada 4 ketul je dlm tuh..anda akan menangis sendirian.. In fact, nak bg orang pun cm x sedap jer~)

Aku rindu pada roti ala2 pretzel kat sana.. Roti ni aku xtau la nama dia, tapi byk jual kt tgh2 jalan, tepi2 jalan. Harga murah jer. Walaupun roti ni xla panas, dan sedikit keras, tapi mmg sedap bila dia lalu kat dalam mulut anda! Cubalah..

Oklah, itu sahaja post untuk Istanbul, nak lebih lanjut, pergi la sendiri. Kalau x mampu, google je la!








Posted by Picasa

Friday, February 19, 2010

Istanbul pt-2

Assalamualaikum dan selamat semua! Seronok, sebab da habis da kelas2 untuk minggu ni. Masa untuk update, yeaah! So nak sambung plak Istanbul pt-2. Kali ni ada 3 tempat yang aku rasa agak best untuk dikongsi dengan sekalian umat.
Yang pertama, Masjid Ayub.(kalau kt sana sebutan dia "Eyyub") Tempat ni jauh sikit dari hostel kitorang, kena naik metro and naik bas pulak. Masjid ni selain dinding mosaic dia yg cantik, dan pakcik jaga masjid yg sangat peramah dan sangat suka ambikkan gambar kitorang, yang lain tuh macam masjid biasa jer. Apa yang menarik adalah Ayub tu sendiri.
Beliau ni hidup masa zaman Rasullulah, and masa tuh, Rasullulah dalam hadis ada kata, "Kamu (umat islam) akan membuka kota konstantinople. Komander itu adalah sebaik2 komander dan askarnya adalah sebaik2 askar." So ramailah pahlawan2 ni nak merealisasikan seperti dalam hadis nabi tuh. Dan orang tuh termasuklah Abu Ayub al-Ansari ni. Tapi beliau x berjaya, dan pahlawan yg berjaya tu adalah...jeng jeng jeng... Sultan Mehmed Fateh!!
Masa Sultan Mehmed Fateh ni berjaya menakluk Konstantinople(kalau sekarang Istanbul bahagian Europe), beliau pun suruhlah orang cari tepat perkuburan Abu Ayub ni untuk ditempatkan di tmpat yg mulia. Masa orang lain gali2 tuh, diorang sempat cium kaki Abu Ayub, tapi bila giliran Sultan Fateh nak cium, kaki Abu Ayub bergerak seakan xnak dicium oleh Sultan. Sultan pun sedih tp dia bermimpi Abu Ayub datang jumpa dia and cakap dia malu kat Sultan Fatih sebab dia x dapat conquer Konstantinople and dia malu bila Sultan Fatih (Panglima hebat yg di describe kan dalam hadis nabi) nak cium kaki dia.
Masjid Ayub al-Ansari
Yang kedua, kan aku macam banyak je cerita pasal Sultan Mehmed Fateh ni kan, so kerana kehebatan dia nih (19 tahun da jadi Sultan, 24 tahun dah conquer 1 Turki...kita dimana yer??), kitorang pun pergilah ke Panorama 1453. Tempat ni paling menarik bagi aku.. daripada aku yang x suka sejarah tiba2 suka pulak sejarah..hebat lah tuh! Panorama 1453 nih macam muzeum tp 3D. Bukanlah macam timbul2 tuh, tapi ada lukisan yg menggambarkan suasana perang masa Sultan Fateh , agak real la lukisannye, ada bunyi2 meriam, orang jerit2, bunyi bom2, bunyi kuda, bunyi pedang, dengan rasa bahang, mmg mcm kat dlm perang.. Lukisan yang aku cakap tuh bukan mcm lukisan biasa kat dinding tuh. Tapi lukisan tu sekeliling kita, mcm bumi, pandang atas ada lukisan langit, 360 habis la, mmg real.. Korang jgn x pergi tau bila da sampai Istanbul nih!
So berbalik pada Sultan Mehmed Fateh nih, walaupun masa dia ganti tahta ayah dia (Sultan jugak), byk la mulut2 bau sardin yg kata dia ni mampu ker budak muda nih, layak ker dia, kuat ker.. Tapi, Fatih bukan kuat pada tenaga, tapi pada kepala otaknyer. Beliau mmg bijak, masa perang tuh strategi2 dia mmg mantap habis (yelah, da beliau nih orang yg dimaksudkan oleh nabi, mestilah hebat) Kalu korang nak tau lebih lanjut google la sendiri ek.
Tapi satu yg paling menarik bg aku, (korang tgk gambar yg ada tgn aku tgh tunjuk tuh ek), dalam gambar tuh, Fatih of course la yg paling obviouskan, yg handsome tuh..hehe.. k, tentera sebelah kiri dia, dia amik orang yg tgn kidal(guna tgn kiri), so kalu musuh nk attack dari kiri, orang tgn kidal ni bley handle. sama jugak cerita nyer untuk tentera belah kanan. Lepas tuh, ada tentera yg pegang lembing tuh, diorang ni dipilih sebab diorg laju berlari, and latihan perang diorang hanya berlaaari jer. Banyak lg la, korang cari la sdiri ek!

ni potrait Sultn Fateh, jgn main2 jiwang gak nih, siap pegang bunga lagi! hehe

antara scenery kt dlm tuh, yg belakng tu gmbar, tp meriam kt depan tuh real punyer!

"Panglimanya sebaik-baik panglima, dan askarnya sebaik2 askar"
Yang last ni actually bukanlah kewajipan sangat untuk nak pergi, tapi aku rasa menarik. Walaupun ada yg kata nyesal pergi, (actually aku pun ada gak rasa nyesal, ada ke patut bayar ~rm70 semata2 tgk orang pusing2, baik aku suruh roomate aku jer pusing2 lg bagus!) Yang kitorang pergi ni namanya Sufi Dance: Whirling Dervishes. Sufi Dance ni macam salah satu tarikan pelancong yg kalau x tgk, x sah la korang gi Turki,(camtu la lebih kurang). Ia jugak termasuk dalam list the World Heritage tah ape tah. Abang Adie yang dah pergi Istanbul dulu pun rekemenkan kat aku suruh pergi tgk. So aku assumed bila dia pusing2 tuh makin lama makin laju, tapi aku kecewa di tgh jalan, sama jer.. Even ada antara kawan aku yang ngantuk and tertido!! Sufi Dance ni macam salah satu cara diorang berzikir tahap high punyer(bak kata Nana, selaku Tour Guide kitorng di Istanbul), tp ntahlah, bila baca2 pamplet dia mcm ia mengagung2kan pengasas dia, nak samakan dengan nabi..tak tau la saya! Yang part kelakar tuh, masa dah habis persembahan mat2 saleh yg jugak kelihatan boring dan menyesal gi tgk x tepuk tgn pun, sebab xtau yg persembahan tuh sebenarnyer da habis, and diorng pun macam terkial2 jer meninggal kan tempat duduk. ngong!!

p/s untuk nak tau Istanbul pt-1, sila2 lah berkunjung di sini.
Posted by Picasa

Thursday, February 11, 2010

Istanbul pt-1


"X rugi duit MARA aku!!" Itulah apa yang aku dapat sum upkan dari semua tempat yang aku jelajah untuk winter trip kali ni. Syukur sebab adenya kengkawan yg masing2 menunjukkn belang dan kehebatan mereka dalam merantau nih. 5 hari kami di Istanbul, memang kami teroka sampai habis, kecuali beberapa tempat je yg kami rase x pergi pun x pe. X seperti winter trip tahun lepas, kali ni kami tidak ditemani tourist guide, semuanya kami ber-6 lakukan sendiri, beli itu, beli ini, cari itu cari ini.. Kalau nak kata sesat tuh mmg x payah cerita dah. Kitorang pernah kene berjalan sampai 2km untuk sampai ke satu tempat tu. Alhamdullilah dlm jln2 tuh, sempat plak "terjumpa" shopping mall and ada KFC utk mereka2 melepaskan geram.

Kami sampai ke Istanbul agak petang, tp disebabkan winter, siang makin pendek, jadi keadaan pun da gelap. Kami terkejut sebab sesampainyer kitorang di sana, saljinye, dgn anginnye..."humangai!!" kuek gilo jang! Nak pulak lepas tuh hostel kitorang xde heater, hambik kau, same je la sejuknyer di luar or di dalam. Perut pun dah lapar, macam biasa kalau da sampai kat negara majoriti Islam ni, kalau boleh mmg nak belasah semua makanan yg ada. Kami pun bertekad la utk "jalan2 cari makan!" OOoo yer, duit x tukar lg (tindakan yg sgt "bijak"), semua pegang duit US Dollar, Euro, mata wang Turki aka Lira semua x tukar lg.. kitorng pun g la cari money changer, nk cucuk duit Malaysia dah kul 12 mlm, tutup. Jalan punyer jalan punyer jalan.... semua kedai money changer da tutup..alangkah sedihnyer kami pun pulanglah kembali ke hostel, dgn sejuk2 tuh kitorg pun menjamahlah maggi jenama Rolton keluaran Rusia yg dibeli sewaktu di Moscow itu. TT

Antara tempat yang kami pergi kat Istanbul:

Hadja Sophia
Dahulunyer gereja, selepas dtgnyer kerajaan Uthmaniah dijadikan masjid. Kini selepas Kamal Atarturk, dijadikan muzium. Menariknyer bangunan ni, kalau tgk dalam gmbar ade mariam, isa, and ade kalimah Allah n Muhammad. Ceritanyer camni... masa Sultan Muhammad Fatih(my new inspiration!!) jadikan Hadja Sophia ni masjid, diorang hanya tampal je lukisan2 tuh dgn kertas, sbb x nak kacau ape yg ade. So bile orang skang kaji2 bangunan tu, diorang pun perasan ade lukisan2 tu and cabut kertas2 tampalan tuh. And lepas sekian lama org2 confius sama ada Hadja Sophia ni masjid or gereja, Kamal Ataturk yg "bijak pandai" ni pun jadikan la ia muzeum. Lagi tempat yang kitorang pergi adalah masjid Sultan Ahmed atau name glamour nyer masjid Biru, New Mosque, Topkapi Palace, Kariye Muzium, Sultan Ayub Mosque, Grand Bazaar, Spice Market and byk lg ah..
Tips utk cuti2 anda di Istanbul:
1. kalau gi waktu winter pakai la baju tebal2 ckit ek, sbb cuaca dia mmg x menentu! And make sure tmpat tinggal anda ada HEATER!!!!
2. Kalau nmpak kat tepi jalan ade org jual jagung, jgn beli sbb anda akn tertipu dgn luaran jagung tersebut. (x judge the jagung by its colour!)
3. Mesti order apple tea sbb mereka sgt sedap.
4. Kalau xtau sesuatu mknn or minuman jgn order, kalau nk juga tnyer taukey kedai dulu, sbb anda mungkin akan menyesal, sbg contoh - Ayran (sjenis minuman yg di order oleh ayu, tp akhirnyer aku jugak tukang abiskan..hehe
5. Kalau jalan kat Grand Bazaar or Spice Market, jgn hiraukan jeritan2 org kedai sperti "Malaysia??!!, "apa kabar!", "excuse me!"sbb lama2 anda akan bosan. Ada 1 incident, mangsanya Sheila. Orang kedai panggil dia, dia kata"miss, u drop something!", Sheila pusing belakang, lelaki tu sambung"u drop my heart!" ....mmg mengong!
6. Kalau nak beli barang or souvenir, bargain sampai dpt half price or more.
7. Jangan malu2 utk mntak tolong kalau ada pape probs, sbb org2 Turkey sgtla baiknya!
,


Posted by Picasa

Wednesday, February 10, 2010

world trip

Posted by Picasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.