Saturday, February 7, 2009

Its all about egypt Pt.1

Saya mulakan dengan Assalamualaikum kepada keluarga saya, kawan2 and para pembaca yang lain. Minta maaf sebab agak lambat utk nk ceritakan kepada anda semua tentang tour saya ke Mesir. Rasanya di dalam blog saya ni, x la selengkap blog kawan2 saya yang lain.. so just enjoy dengan gambar2 yang akan saya kongsikan dan kalau nak cerita yang lebih detail, silalah b'kunjung ke blog kawan2 saya yang lain..
Okay, here we go...

4 jam perjalanan Moscow-Hurghada



Hari 1- kami slamat smpai di Hurghada. 1st impression-- terkejut!! knape?? sbab pelik orang2 Arab kat sana bley cakap bahasa Russia. Dan lbey pelik lg bile kat papan2 tanda kedai ader tulisan Russia.. Kawan saya ader bgtau, yang Hurghada ni boley diibaratkan sebagai 1 negeri kecil Russia di tanah Mesir ni.. In fact, Hurghada ni da jadi macam tmpat maksiat smpai student Al-Azhar x dibenarkan utk dtg ke tmpat tu.. So yang pelik nyer, knape kitorng g sana plak.. Camni crite nyer. Kitorng cuba utk menjimatkan segala kos yang ader. So flight ke Hurghada lebih murah dari Kaherah aka Cairo. Tu je sbenarnyer.. Sementara menunggu Ustaz datang utk bawa kami ke KAherah, kami pun berjalan2 di sekitar bandar Hurghada tu.. And tgh malam, kitorng pun teruskan perjalanan ke Kaherah dengan mnaiki Coaster(macam van) bersama ustaz dr Al Azhar yang akan jadi tour guide kitorng sepanjang di Mesir.


Lawa jugak pemandangan kat Hurghada ni

jus lemon - MANTAP!!


Hari 2- Tiba di Kaherah. KAmi menetap di Abas Saad. Sebuah apartment yg agak besar, cukup selesa utk kami di sana. Kebajikan kami terjaga di sana..Cewah. Breakfast dan makan malam disediakan.. Antaranyer nasi lemak, mi goreng, mi kari, nasi ayam, nasi tomato, memang mantap skali..hehe..

Muka bahagia setelah dapat makan nasi lemak ;P licinnn


Posing2 sementara menunggu coaster sampai

Bangunan area apartment kami.


Kami memulakan ekspedisi kami yg pertama ke Makam Syafie. Bile saya jejakkan kaki ke dalam tu, terasa berdiri bulu roma..x tau knape..x jauh dr makam tu terdapat batu yg wangi plak.Dikatakan batu tersebut terdapat tapak kaki Nabi Muhammad yang diambil dr tmpat lain dan diletakkan di situ.. Entahla, Ustaz kata benda ni x sahih sgt..



Belakang tu makam Syafie


Kemudian kami ke Masjid.. (sori x ingat nama) yang menariknyer tentng masjid ni adalah, ia dijadikan pusat pendidikan bagi 4 Mazhab dan menariknyer lagi tentang masjid2 di Mesir ni adalah seni binaan masjidnya mampu menghasilkan gema dimana microphone atau amplifier x diperlukan apabila perlu melaungkan azan.

...


Kemudian kami ke Qalaah, iaitu kubu Salahuddin Al Ayubi. Kat dalam kubu tu ade masjid, muzium dan byk lagi benda2 b'sejarah.. Kemudian ke Egyptian Museum. Kat dalam tu pulak semuanyer mengenai firaun n sekutu2nyer. Agak boring sebab kami x tau sangat sejarah pasal firaun2 kat sana and we don't really care!! hehehe.. Next stop, hari pun dah beralih ke malam.. Kami singgah di Sungai Nile. Makan Shawerma di atas bot sambil menikmati udara malam..cewah..hehe.

Dalam Qalaah




Yang ni Egyptian Museum




Gambar ni pelik.. Mat saleh tu tgk sape sbenarnyer?? hehe...




yummy.. Muka2 bahagia duk Egypt.


On da way nk balik ke apartment, kami singgah utk minum jus.. FYI, kat Mesir ni famous dgn jus diorng. Especially jus manga. Mmg 99.999% buah. Saya order cocktail, campuran buah-buahan.. sedap hingga menjilat jari kaki..hehe.. paling x ley dilupakan...



terliuq!!

Hari-3 Ke Alexandria. Negeri kedua terbesar di Mesir. Alexandria berdekatan dengan laut. So aim kami semestinyer--- Seafood.. yela, duk kat Rusia ni jauh dgn laut, so makann laut ni agak mahal, dan x la fresh sgt. Tp sebelum tu, kami pergi ke Perkampungan Singa dulu. x pasti knape dinamakan sebagai perkampungan singa, tp sbenarnyer bley dikatakan mini zoo jer.. Ronda2 kat dalam tu skejap kitorng pun terus ke Muntazah. Muntazah ni mcm taman kecil kat tepi pantai. Ambik2 gambar dan kemudian ke Istana Raja Farouk aka Istana air mata rakyat. Sebabnyer, raja Farouk ni sgt zalim. Kami x masuk pun..Ambik gmbar kt luar jer.. K sambung lagi. Seterusnyer ke Kubu Qaitbay, sebuah kota lama kat Alexandria tu. hah, skang masa yang ditunggu2..makan!! Kami makan ketam, udang, sotong, bersama nasi n yang paling best, ikan sebelah aka ikan nabi musa.. First time saya makan, sedap!!



Ni kat perhentian R&R. tp yg ni R&G - Rehat & Gelek


Singa kat belakang tu tgh tenung kat kancil kat sebelah tu sbenarnyer...



kepoyoan melanda


Istana Raja lupe nama


Citadel of Qaitbay

Tinjau pe tu dik oiii?!


No editing here!! Everything is real


Skang musim strawberry. So murah sangat kalau nak beli. Dalam 5 genih = RM3.5 utk 30 biji lbey kurang.

Kami singgah ke Makam Nabi Daniel pulak. Mulanya da kunci tempat tu, tp penjaga makam tu dengan baik hati nyer bagi kami masuk. FYI, makam x semestinyer kubur, tp boley jadi tempat persinggahan mereka. Hmm... lupe plak nak bgtau. Di Mesir ni kadar kemiskinan mmg tinggi, so agak biasala kalu nmpak ramai orang datang utk minta sedekah. Ustaz kami bgtau, kalau rasa nak sedekah bagi jer, tp kalau x nak, jangan buruk sangka dgn mereka.. Sebab kadang2 bila kita da kasi diorng mintak lagi.. So pape pun kena la ikhlas!

-to be continued-

7 comments:

e.l.i.a.n.a MASTURA! said...

chomel nye saye.ahaxx

Amir said...

aku dapat rasekan tempat2 sejarah yg ko gi tu hanya utk permandangan...hahaha :P
weyh, Pushkin tu makam aku,
Tempat persinggahan aku, FYI k?

khalil said...

nk ayaq buah!!!

i.am.me said...

nk asir?? jom g egypt lg..hehe

Anonymous said...

hai adik, kak ika ni, hari ni bkesempatan tgok blog adik, mmg mengasyikkan egypt ni, leka tgok gmbar2 adik smpai tbengkalai krja kat ofis ni, apapun take care dan smoga bahagia selalu...

Zulaikha said...

Salam rindu dari kak ika, abang adie, akmal dan baby dalam perut...

i.am.me said...

oo really..hehe..mmg best kak ika..ley la nanti jejakkan kaki ke sana!! confirm x rugi..can't wait for my new anak buah..hehe.. moga everything selamat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.