<3
Hari ni 8 Mac aka Hari Wanita Sedunia (tp malaysia mungkin x sambut kut), cuti!!!! hehe... asyik cuti jer.. Rasa dah lama sangat terperuk kat rumah, finally dapat jugak ambil masa bersuka ria dengan member2, kakak2, adik2 kat Sportzal M2 hari ni.. Walaupun lewat sejam nak start majlis, (menunggu orang2 x sampai2...huhu...), tapi in the end everything went smooth.. Some usrah kena incharge buat booth.. And memandangkan hari ni hari wanita, so setiap booth tu ade la berkait dengan hal2 wanita ni, contohnya fesyen, masakan, tokoh, pekerjaan, aurat, kesihatan, dan sebagainya (amik ayat MC... haha..) Dan mostly semua ni ke arah pandangan Islam..Woman's Day, Islamic way.. ecehh..
MC triooooo~
Untuk usrah ni, kitorang pilih tema wanita dan pekerjaan.. So sambil2 nak cari maklumat pasal tajuk ni, dapatlah aku kenal sikit2 wanita2 Islam yang hebat2 kat dunia ni.. Antaranya Tawakkel Karmen, Dr. Rosyidah Ishak, and banyak lagilah.. Walaupun sibuk2 tadi, sempat jugak curi2 masa tinjau2 booth orang lain, dapatlah dengar cerita tentang Khaulah, prajurit masa Perang Yarmouk yang menaikkan semangat wanita untuk bangun memperjuangkan hak.. Tapi walaupun beliau sangat hebat berlawan, tapi at the same time tetap menjaga kehormatan dia... Hebak2!!..
Disebabkan dah ditugaskn untuk jaga booth, so peluang nak main sekali memang taraklah.. Tapi still tumpang gembira sebab roomate berjaya menang dan dapat bawak balik pokok kaktus yang comellll sangat!! arggh geram!
tengok tu nak makan epal orang! hehe
Tadi, sempat jugak kakak2 6th year buat persembahan pentomin.. Mesej yang nak disampaikan memang best and realistik dengan kehidupan kitorang kat sini.. Antaranya, jangan meniru masa exam, jangan cakap kuat2/bising2 dalam metro, jangan lecahkan2 bilik air kalau nak amik air sembahyang, sebab kita kan duta kecil Islam. Apa orang agama lain akan anggap bila tengok kelakuan kita yang lebih teruk daripada orang2 dia sendiri.. Last2, disebabkan kelakuan buruk kita sendiri, agama Islam tu yang tercalar.. huuu... sesama la insap yo! Tapikan... kita rasa sedihlah... Masa tengok lakonan akak2 ni, tiba2 terdetik kat hati.. Lepas ni bila diorang dah graduate mesti rasa kosong jer.. X dapat dah nak bermanja2 dengan diorang lagi... T.T
hmm, oklah2.. what to do kan, life must go on.. Anyways, moga ukhuwah kita ni sentiasa diteruskan walaupun dah berjauahan..
kesian... nampaknya ramai yang sakit lutut...
one must have a big heart.. Happy Woman's Day!!! =))
(credit: Elya )
asik duk credit orang jer.. gambar sendiri tarak!
p/s excited sorang2 diri sebab dapat jumpa kakak tuh hari ni!!! ngeeeee.... <3<3<3