Tuesday, April 27, 2010

Selamat Malam

hot3!!!!!


Salam, selamat semua..

Banyak gile benda nak post, banyak gile benda nak diluahkan, banyak3!!! Tapi nak ckp pasal ni satu dulu lah..

Dulu, aku ni bukanlah orang yang senang sgt nak terima teguran orang lain, sebab aku akan tengok dulu orang yg tegur aku tu sama taraf ngan aku ke x, (nak tegur2 aku konon) or apa benda yg nak ditegurkan tuh, (benda kecik nak kecoh, apsal kau?!) .........itu dulu....sekarang??

Hmmm.... ada jugak kut..hehe... Mestilah susah kut nak terima nasihat orang lain, tapi tak la cepat sgt nak melenting, aku simpan dulu, kunyah dulu, pastu telan. Agak2 comment dia x ley pakai, muntahkan balik, kalau boleh diterima akai, let the digestion and absorption begin~

Aku suka ada orang ni kata, setiap nasihat yang orang bagi kat kita tuh, sebenarnya datang dari Allah, and Dia gunakan kawan2 kita, kakak2 usrah kita, or sesape yang kat tepi jalan tuh sebagai perantara kita dengan Dia. So bila orang tegur or bagi nasihat kat kita, maksudnya Allah yang nak sampaikan kat kita. Senang kata, Dia nak bagi hidayah kat kita dengan cara tuh.. So alangkah ruginya, jika kita tolak nasihat orang tuh a.k.a tolak hidayah yang Dia nak bagi.

Aku teringat dulu, ada makcik kat metro tuh, aku macam terlanggar sikit beg dia, pastu dia terus pandang2 and buat macam aku ni nak curi beg busuk dia. Aku pun bising2 lah kata makcik tu itulah, inilah... Tapi ada sorang kawan aku ni bagitau, cuba kalau aku ditempat dia, mesti aku suspicious gak. Punyalah panas telinga aku dengar, (hissh aku ni punye la nak marah, dia boleh backup makcik tu pulak..) Tapi dalam perjalanan pulang yg agak lama tuh, aku pun pikir2 balik, betul je apa yang kawan aku cakap tuh...

So, natijah daripada cerita aku ni, setiap nasihat tuh kita amik je, sebab bila ada orang bg nasihat, maknanya ada orang sayang kat kita. And bila adanya nasihat tu jugak, tandanya Dia ingat kat kita. (giiilo guna word "natijah")

....................

Skang ni, aku tengah layan balik Faizal Tahir nye lagu2 baru.. Adush..lagha2, tp still susah lg xnak suka kat depa! So ni lagu feveret aku, dok nyanyi ulang2..(xlama lg boring ah tuh)


Walaupun siang makin panjang, dan malam pun lambat lagi, tapi aku nak cakap jugak SELAMAT MALAM buat semua, especially kamu tuh, saya sayang kamu, kamu tau x?! *If you know wat I mean*



video
"karma" pun best gak, tp x phm ah bro, dlm sgt !

Friday, April 23, 2010

kofe haus











4 biji kek + 2 capucino ice + 2 milk shake = 1500++ ru..... cool isn't it!

..........

okay, tutup buku biochem, bukak buku physio pulak.... *i mean later.* ....grrrr


Posted by Picasa

Wednesday, April 21, 2010

jom kite rock n dangdut!

Meh nak share lagu best, baru dapat tadi, terus excited nak share kat semua.. jom2 dgr!

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim


video

Tuesday, April 20, 2010

dah nak kawen?!

Ni gambar abg aku kawin dulu, gambar aku.hehe..belum lagi =P

Kini semua org mengatakan tentang ia.... Baik secara terang2, mahupun dalam diam...hihihihi..*tersipu2*. Nampaknya dah sampai pun masa dan usia aku untuk termasuk dalam perbualan tentang hal ini.. Kalau dulu-dulu yang menjadi buah mulut hanyalah komik terbaru, fesyen terbaru, "scandel" terbaru.. tapi sejak usia nak meningkat ke angka 20 ni, bergaul pula dengan mereka yang telah berumur 20+, perkataan itu bukan lagi sekadar gurau senda dan jenaka.

Hari ni dapat berita yang mengejutkan penghuni2 bilik, tentang bakal pernikahan seorang teman. Ucapan tahniah jua aku mulai. Semoga setiap urusanmu dipermudahkan olehNya.

Berkahwin pada usia yang muda? Dahulu aku sama sekali tidak menyetujui kerana berfikiran bahawa ia terlalu awal, dan masih tidak matang untuk memikul tanggungjawab yang sememangnya berat untuk dipikul, nak2 pula sedang belajar.. Tapi 2 tahun aku di sini, bergaul dan berkenalan dengan mereka, mula memahami tujuan dan niat mereka, aku rasa berkahwin itu adalah yang terbaik. Semoga dengan perkahwinan ini, lebih pantas dakwah ke jalanNya bergerak dan berkembang di bumi Rusia ni. Tahniah sekali lagi buat saudari, dan moga segalanya berjalan lancar.Amin

p/s buat kawan2 lain yang sedang hangat bercintan cintun tu, lekas2 la kawin, senang mata2 kami yang memandangnya. Dan buat mereka yang berhajat untuk berkahwin, ku sisipkan doa agar hajat anda dimakbulkan..Amin..

......hanya Allah tahu isi hati ini....

Sunday, April 18, 2010

Saya sayang usrahmates saya!


The best weekend ever! Full with joy and laughter.. Dah lama x rasa perasaan sedemikian. Nak2 pulak lepas habis exam and benda2 "bad stuff" yang aku buat seminggu nih..hehehe.. usrah kali ni memang Alhamdullilah recharge aku balik.

This time mereka sleep over kat hostel kami. And alang2 hostel dah dekat dengan park semua, kami pun sempat beriadah sekejap kat sana selepas usrah. Jogging2, main skipping (1st time berjaya skip smbil silang2 tgn..hebat woooh!!), main lari2 nak elak anjing..hehe..

Lepas makan malam, which is mee bandung muar (ok sila jeles ye), kami solat maghrib and isyak diselang dengan sedikit tazkirah yang mana agak byk tersentuh kalbuku, ceewah..iaitu bersyukur. Tapi yang paling tersentuh, bagi aku, adalah selepas solat isyak, kami ada buat bedah lagu "Destinasi Cinta". Sebenarnya, aku ni bukanlah layan sgt lagu2 nasyid malaya ni, and before ni dengar macam tu x2 je lagu ni. Tapi rupa2nya lirik dia sgt best.. Hampir nak nangis masa cuba nak hayati lagu nih, tapi cepat2 cover dengan makan cheese cake kakak bawak..hihi..

"Destinasi cinta yang ku cari,
Sebenarnya terlalu hampir,
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati.."

Lepas tengok short film daripada sorang brother MAI ni, tajuk nye "chocolate cake", kitorang pun dengan kepenatan jogging td and kekenyangan, terus landing beramai2, sebab ada Qiamulail pagi tu. Qiamulail aku, честно говоря mmg terhuyung hayang sebab ngantuk..huhu.. tp paksa gak la diri ni =P

hmm weekend ku sangat seronok, ditambah pula dengan cuti 3 hari nih. Moga diisi dengan benda2 yang berfaedah.Amin...



Ukhuwah itu manis



p/s park x cantik lagi, tp xpe, belasah je!



Friday, April 16, 2010

xtaulah nak letak tajuk apa~


Wah2...hari ni terasa sangatlah busynyer, dari pagi sampai ke malam.. Hari Jumaat, ade Biochem, lepas tuh ada Microbe, colloq!! OMG, mmg xtau kenapa, blur yang teramat, blank dan yang sewaktu dengannye. Bila nak jawab soalan oral dengan ckgu, ntah macam ada benda tersangkut kat mulut.. Selamatlah ckgu bagi muka kat aku yang *** ni. Tu lah orang kata, kalau dah prepare bagai nak rak tuh, kalau Dia x bagi, xde la jawabnye.. Owh yer, mcq pulak dapat variant 5, soalan dia macam ****!!! Sabar je la, adelah hikmahnye tuh..

Pulanglah aku ke rumah dengan setension2nya. *Dah lah pensel box milo-color hijau-sejak dari mrsm dulu aku pakai-semua alat2 utk menelaah ada kat dalam tuh (kalau terjumpa tolonglah pulangkan kat saya ye!) tu hilang*, muka plak kena attack dengan bapak2 segala jerawat, exam pulak jawab x jawab jer.. TT

Oleh kerana hati resah gelisah gundah gulana, aku pun menghangkut roommate tersayang pergi jogging kat taman kecil kat area hostel kitorang, walaupun hanya 3 round je aku lari(tgk la lama2 nanti..b'belas aku lari), tapi..ehy suka hatilah aku nak lari banyak mana!

Malam ni aku nak buat facial mask daripada yogurt(cuma takut2 nnt ade "zone of inhibition" je around mulut aku..haha), sebab ada kakak senior tu kata cuba try untuk nak repair balik muka aku yang macam nak **** nih. Ada ke patut, before tuh dia tanya, "Kamu kena chicken pox ke?" Adusssh, mmg jelas teruk ah tuh!!

mangsaku malam ni! har har~

ooh ye, cuti birthday pakcik Hitler dah mula, kira2 ada 5 hari semuanya..hmm nak buat apa ye duduk kat rumah nih??? hmmm jom start dengan tengok documentary ni.



p/s esok ada event yang best insyaAllah...huhu excitednye!!!

...........................
kata2 pedas yang didengari minggu ini:

"kalau diorang dapat ****** tu, aku maki diorang!" (maki lah, ko yg dpt dosa)
"Apa korang buat.......... x study?!" (huhu.. ye2..baiklah)
"Disebabkan 1 benda buruk yang korang buat, benda2 baik yang lain terus tertutup" (like I care)
"Kamu kene chicken pox ker?" (baguslah tuh, mmg x kena pun lagi..heh heh)




Wednesday, April 14, 2010

Something for the eye

I love the view from my window..
always makes me appreciate the beauty of His creation.

Posted by Picasa

Sunday, April 11, 2010

saya suka 2nd sem!!!

sebab :
1. second sem dah xde winter, masuk spring and autumn.. x payah pakai jacket tebal2
2. dapat beriadah, jogging2, main2 kat taman2 berhampiran
3. paling banyak cuti.. Hari lelaki, hari wanita, birthday pakcik Hitler (dis yr 19-21 April yer kengkawan).. yang latest ni, disebabkan tragedi kapal terbang meletup kt russia, so officially diumumkan cuti jugak..mantap seyh!!
4. Picnic marathon..x lama lagi banyak la post2 pasal gi picnic sana, gi picnic sini, makan sana makan sini.. nak2 pulak bila mereka tu dah beli barbeque set, boleh la kitorng tumpang guna..har harr
5. habis sem 2 ni apa lagi, balik kampung la wei! Malaysia tanah air tercinta!

Wednesday, April 7, 2010

Sedih


Hari ni dalam utusan, "400 kanak2 Palestin diseksa"...lagi

Sedih, kecewa, tapi bukan pada kanak2 ini, kerana mereka sememangnya kuat dan bersemangat tinggi, lebih lagi daripada kita2 ni.. Tapi sedih pada diri sendiri yang x mampu nak buat apa-apa untuk membantu mereka. Tak perlu kata nak membantu mereka, nak membantu diri sendiri melawan nafsu dan godaan2 duniawi pun belum berjaya lagi.. hmmm memang menyedihkan....*sigh*


Sunday, April 4, 2010

Audi A4

Abg Rudin kata A4 untuk-


Alifnur Iskandar
Adie Mudzaffar
Ahmad Isyak Rudin
Aimi Iylia =P


Berdesssuplah balik nanti.. congratulations!

p/s ibu tanya kamu nnt nak beli kereta apa? Aku jawab, kereta kancil je la..hihihi


Saturday, April 3, 2010

Islamist, Jewist, Christianist, Hinduist, Buddist......

Selain Islamist, pernah ke kita dengar or lihat kat media term-term yang lain nih berkaitan dengan keganasan atau perang2?? Xde kan... Nak kata masyarakat yang beragama selain Islam xde yang pernah abad diorang berperang.. begitu ker?? BS!

Nak kata, negara US, yang dok perang sana perang sini nak menjatuhkan negara2 Islam seperti Afganistan, Iraq, xde plak media kata Christianist2 yang melancarkan perang dan membunuh ramai org awam. Negara Israel yg x abih2 nak merampas tanah Palestin, xde plak sebut Jewist2 ni telah mengorbankan ramai wanita dan kanak2 yang tidak bersalah, tmpat2 awam dan sebagainya. Tapi apabila berlakunya satu serangan balik daripada negara2 yang ditindas ni, atas dasar untuk mempertahankan diri, keluarga dan negara, mulalah "pihak2 itu" mengheboh2kan, Islamist!! Islamist!! Islamist!! Ada patutkah?!

Pemikiran kita sekarang dah habis dicuci oleh orang barat, aka Ghazwhul Fikr(perang pemikiran). Sesetengah dari kita tidak diperang dengan keganasan, tapi pada pemikiran kita.. Kita telah berjaya dijauhkan pada al-Quran dan sunnah. Sebab tu kita dah x hirau dengan apa yang berlaku pada saudara2 kita yang berada jauh di sana. Bak kata seorang member, "Orang Islam sekarang seperti "Singa tapi berkelakuan seperti kijang". Mereka x sedar, bahkan x tau pun yang sebenarnya mereka ini hebat seperti singa, tapi sekarang, semuanya hanya berdiam diri, ada yang pengecut, dan sentiasa menjadi mangsa.

Bila terfikir2, memang benar setiap yang Allah lakukan ada hikmahnya disebaliknya. Bila berlakunya sesuatu cth; bombing kat Moscow nih, sesuatu yang berlaku pada batang hidung kita, barulah kit alebih peka dan sensitive terhadap masalah2 seperti ni. Mungkin Allah nak suruh kita bangun dan buka mata kita seluas2nya, agar kita tidak lagi tidur dan terus tidur didodoikan dengan kelazatan dan keenakan yang disajikan oleh "pihak2 itu."

-nota untuk diri sndiri-

p/s x ingt sgt 4 sure ayat yg singa tuh (lupa lah nama bnatang lg sekor), tp tu la maksud yg nak disampaikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.