Sunday, December 23, 2012

Ice skating with usrati!!

Bismillah...

 Introducing Gorky Park, and also my usrati (minus 1 person, because she's afraid of falling down from skating)

SubhanaAllah the view was fantastique! This was actually the first time (in 5 years since I'm in Moscow) I skate in the famous Gorky Park skate rink because for the past few years I only went to skate in Sokolniki Park, only few minutes from my previous apartment. And another reason I didn't go to Gorky Park is because there is entrance fee (around 200-300ru aka RM20-30) while in sokolniki its free! But because one of my besties which is also my usrati so eager to skate (since she just bought her skate shoes, that's why... hehe) so we grab the chance and head up to Gorky Park! And truely, I didn't regret that I had to pay because the ring is really smooth and I really enjoy skating..

Most of the skate rink that I went to is actually a park, a typical park. But during winter season, they will turn these park into an ice skating rink.. So, while we were skating, we can actually feel the natural, cold and freezing open air!! That's why after a few rounds, we can't help ourselves but to stop and have a rest in the "resting room" provided..  We even had some ponchiki (donuts) for our break! Hot and steamy =P
 Posing with the skate shoes =P





 We play till our feet and hands were frozen and numb!! So we ran to the heater and hug them! hehe


 My kakak naqibah's first attempt on skating and she eventually manage to skate by her own, but ooppss she fell once =)
 Me again.. I'm cute right! LOL!








Yesterday I managed to sell another batch of cookies! Alhamdulillah... Although the business was a bit slow, but I still reached my target! weehooo! =P


p/s my English suck! I know... Oh My English~

Saturday, December 22, 2012

homemade cookies


Salam and hi everyone!! Its therapy cycle, and as usual my class is in Rossalima.. Therapy should be one of the killer subject. However, since it's in Rossalima, thus this subject become our "holiday" cycle. And because of this too, I decided to do some few things that bring more benefit (in my case - Moneyyyy!!!) to me instead of just sitting in front of my lappy for doing god knows what! I managed to do some stuff which I had planned before and a few more "projects" under my sleeves.. (tah betul tah tidak ayat tu. .hoho)



p/s Sometime I wonder why I choose medic on the 1st place! huhu~

Wednesday, November 21, 2012

Yeay, I'm not a maniac!!

Assalamualaikum!!

Semalam (20/11/12) masa kelas psychiatry, rasa sangatlah ngantuknya, tak macam hari-hari sebelumnya.. Pusing sana, pusing sini,  tak jugak hilang-hilang ngantuk ni.. Tapi dalam ngantuk2 tu, dapat je la tangkap apa yang cikgu nak cakap.. Masa tu kami sedang berbincang tentang tajuk depression, mania, dengan apathy/abulia.. Masuklah dengan tajuk mania.. Cikgu cakap kita semua ni mesti ada talent /bakat masing-masing, dan dia pun secara randomly tanya jelah kat dalam kelas ni siapa yang ada bakat dalam anything.. Tiba-tiba seorang sahabatku ini (i know u'll read this..lol) pergi jaja nama aku dengan kata aku ada bakat fotographi.. Lepas tu dengan muka bersinat-sinar cikgu tu tanya, " So you are really good in photography? Please tell me more about it. Do you mind to show me some of your pictures now? " Adoiiii nak gugur jantung den!! Dalam hati memang dah terfikir dah nak tunjuk few pics dalam iPod, tapi  tak rasa pun cikgu ni serius nak tengok.. Memang masa tu terus terfikir yang cikgu ni nak test aku je ni.. So dengan muka agak merah (sebab malu) aku pun cakaplah aku tak ada gambar2 tu sekarang.. Dan sebenarnye.....!!!

Sebenarnya memang betul dan tepat tindakan aku!! hehehe.. Untuk nak klasifikasi orang yang ada penyakit mania, salah satu simptomnya orang ni akan suka bangga diri and cakap/tunjuk semua bakat-bakat yang dia ada.. Dalam erti kata lain - Show of.. Contoh dalam 1 pesakit ni, makcik tua, bila ditanya dengan bakat/kemahiran, dengan lajunya  dia mengaku yang dia pandai berbahasa Sepanyol, Perancis, English, Chinese, Japanese, dan banyak lagi. Lepas tu dia pandai mengait baju (tapi doktor sure yang baju tu dia beli kat kedai je pun.. lol), pandai menyanyi dan menari.. Sempatlah makcik ni buat persembahan depan doktor tu.. Memang lawak habis! Tapi mungkin kita akan terfikir kalau dah orang tanya kita jawablah kan.. Tapi dalam kes makcik ni, kira macam tak sesuailah sebenarnya cara dia nak ceritakan bakat dia.. Sampai menari-menari dalam hospital.. Dan best lagi, sebabkan doktor kena profesional, so bila makcik tu buat persembahan muka doktor tu memang ketat habis.. Terus makcik tu tanya, "Doktor tak suka ke persembahan saya?" LOL

So back to my story, ALHAMDULILLAH aku buat decision untuk tak buat apa2.. Kalau tak, habislah lepas ni aku kena label mania!!! hohoho... Plus, sebabkan sahabat aku ni tadi jual nama aku, terus hilang ngantuk dan sambunglah sesi pembelajaran aku dengan efektifnya! =P

p/s kepada orang-orang yang suka sangat nak show of tak bertempat tu, berhati-hati, anda mungkin ada penyakit mania! hehe

Sunday, November 11, 2012

Updating my B'day celebrations.. XOXO

Chocolate cake by my roomates, food and presents by groupmates, card by yugo citizen ^^



necklace by elya 

trifle by afiqah 

 with kak yana, november babies

cupcakes by kak Nad 

and present + notes too by kak Nad =)



There you go... Thanks everyone for the splashes of love!! 


Thursday, November 1, 2012

Dear 22 years old me

Assalamualaikum... tajuk saja je tulis dalam English sebab lagi sedap bunyinye.. hoho

Lagi beberapa jam nak pukul 12 malam, nak masuk 2 November, bermakna masuklah aku kepada suatu usia yang baru. Walaupun pada hakikatnya usia tu bagi aku hanyalah angka, diri ni masih seperti tahun2 yang dulu.. x matang2 nampaknya.. hehe.. Dah lama jugak aku tak tinggalkan kenangan2 aku di sini.. ada lah dalam 5 bulan jugak.. So hmmm... apa ye nak cakap.. *krik..krik..*

Sebelum tu, in case aku akan baca post ni 10 tahun akan datang, so aku selitkanlah macam mana rupa aku sekarang..hehe..





Penduduk Insyirah =)


Masa ni berlalu cepat betul.. Tengok2 dah tahun ke-5 aku di Rusia. Hanya tinggal setahun setengah lagi sebelum pulang ke tanah air dan berkhidmat pada negara. Tapi semakin hari, semakin kuat persoalan dalam diri ni, "Bersedia ke aku untuk menjadi seorang doktor?", "Mampu ke aku untuk memikul tanggungjawab yang besar ni?", kerana aku sendiri rasa yang makin hari, makin jelas yang aku tak ada ciri2 seorang doktor itu. Sekeliling aku dah jadikan diri ni makin dingin dan makin tak ambil kisah pada orang lain. Dan aku sering kali persoalkan kenapa perlu bersusah payah untuk membantu orang lain?.. (ish2..tak patut betul!)

Selalu jugak aku menyalahkan diri sendiri dan menyesal kerana memilih untuk menuntut di sini, malah memilih untuk mengambil bidang kedoktoran ni! Setiap kali membaca perkembangan rakan seperjuangan di tempat2 lain, rasa jauh sangat perbezaan antara aku dan mereka. 5 tahun mereka memang diberikan latihan sepenuhnya untuk menghadapi apa yang bakal mereka lalui akan datang. Tapi 6 tahun aku di sini, ibarat satu percutian yang panjang dan tidak dilupakan sentiasa penuh dengan cabaran - lawatan yang mencabar, mungkin!

Apatah lagi jika aku pulang ke Malaysia dan membuat praktikal. Bertambah rasa diri ni sangat rendah dan bodoh kerana tak tahu itu tak tahu ini. Sudah tahun 4 tapi banyak lagi benda yang tak tahu, lupa.. Macam manalah nak merawat orang nanti?!!! T.T 


"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." Al-Mukminun, 62..


Bila teringatkan ayat ni, mungkin aku sebenarnya mampu je untuk hadapi semuanya, sebab kalau tak Allah tak akan meletakkan aku di sini.. Dan jika difikir-fikirkan, tak semua orang diberi kesempatan dan peluang sebagaimana apa yang aku dapat. Mungkin ilmu tu tak berapa nak melekat, tapi harapnya pengalaman2 yang aku ada dapat sedikit sebanyak menjadi bekal untuk aku. Makanya Aimi Iylia, inilah jalan yang kau pilih!! Inilah jalan yang kau akan lalui!! Moga Allah bagi aku kekuatan dan kebaikan sepanjang berada di jalan ini!!!!

By the way, Happy birthday Aimi Iylia! Aku sayang kau! Kau ingat tu! =)

p/s tulis ayat2 skema ni so not me! =P

Friday, May 25, 2012

Ron!!!

Dalam banyak2 benda yang terpikir dalam kepala ni, post ni jgak yang terhasil..hoho.. Mungkin sebab demam harry potter x berapa nak malap lagi, (sampai bangunan Derma pun dah macam Hogwart..)so rasa excited sebab Ron ade dalam video ni!!!.. hehehe... In fact kalau dalam HP, aku rasa Ron lagi best n lagi cute.. Bila marathon HP haritu (fewhh... too much emotion!), barulah.. BARULAH paham betul2 cerita ni.. Before ni ikut je abang AD bawak gi tgk kat wayang.. Seronok2 macam tuh jer.. Tapi bila dah marathon tu baruuulah paham jalan ceritanya.. in fact dulu memang pelik bila tiba2, ada pulak mamat botak hidung kemik ni tertiba ada dalam cerita (refer to Voldermort).. tapi layan jer.. padahal dalam 1st episode dah cakap pasal dia. memang hampeh, I know.. hikhik..





The only thing yang buat aku suka lagu ni sebab ada Ron jer.. tah sape2 tah ed sheeran ni..




Cycle sekarang : Neurology, Genetic ngan Public Health.. Neurology!!!!! 1 of my favourite subject... Walaupun x dapat cikgu yang menjadi rebutan ramai (Louisa), tapi best jugak dapat cikgu lelaki baru ni.. comel... hihi... Anyways, neurology ni best sebab kebanyakan problem yang berkaitan ngan CNS ni kita boleh nampak daripada luaran pesakit tu jer.. tengok cara dia jalan je kita dah boleh tau.. (some diseases la, not all..) And another thing yang best pasal neuro ni ada banyak syndrome2/symptom2 yang boleh kita cari kat Youtube.. Bila dapat tengok iAllah lagi senang nak paham n ingat... Tambahan yang menarik pulak, lagi dapat rasa bersyukur kat Allah sebab kita ni dilahirkan sihat wal afiat, x macam mereka yang Allah uji tu, nak bangun pun susah.. contohnye dalam video ni, diorang kecil2dah dapat penyakit ni, lepas tu jangka hidup belas-belasan je, pastu meninggal,, sedih wey..comel2 jer budak2 tuh.. Bersyukurlah wahai umat sekelian alam...!! al-Wadud!! Tapikan, satu persamaan yang aku nmpak kat budak2 ni sume, diorang sume happy jer.. especially yang Mitchell 8 tahun tuh =)


Macam2 cara Allah nak ajar kita, sambil belajar pun boleh kasi keinsafan kat kita yang lalai ni.. kan..



p/s tadi kenal seorang kawan baru, asal dari Azerbaijan =)

Monday, May 14, 2012

Ni semua kerja Dia!


Cuba tengok part yang last2.. iceberg berguling.. SubhanaAllah!! hebatnya ciptaan Dia!!





*nak embed video tapi x weti la..


p/s doalah, jangan berhenti berdoa.. Doakan untuk aku yer :')

Tuesday, May 8, 2012

saya.suka.lecture.hall.derma

Aku suka lecture hall dia jer, tapi kalau generally bangunan dia ni aku takut sikit nak pegang. Yelah, what do you expect from a dermatology department kan, dengan orang yang ada macam2 penyakit kulit lepas tu pegang sana pegang sini.. haha.. walaupun pada hakikatnya bukanlah akan ter"transmit" macam tu, tapi still, I do have that Monk characteristic..hehe..

Antara banyak2 lecture hall yang pernah aku pergi, aku rasa ni antara lecture hall yang paling antique dan nostalgic...lol.. tapi still, ada gak sentuhan modern tau, jangan main2.. bila lecture nak start, cikgu akan tekan butang kat podium tu and langsir kat tingkat atas akan tutup dengan automaticnya.. sorry if I sound a bit "jakun". But thats what you get when you are here..haha.. everything is old school and lame.. lol...





Last semester, subjek dermatologi ni memang a NO-NO lah untuk aku.. even esoknye nak exam, baru nak tanya cikgu beza eczema dengan dermatitis.. Bagi aku semua tu sama jer.. (but, it is the same in certain countries). Tapi bila dah masuk 2nd sem ni, nak x nak kene la put an effort jugak, xkan nak hafal jawapan bodoh2 jekan..terasa rugi plak di situ.. so atas nasihat kawan seperjuang.. aku pun tanam tekad untuk study betul2 gak (tp x payah nak betul sgt la =P) and alhamdulilah, dapat la paham something walaupun x banyak. Ehy better sikit daripada xde langsungkan.. haha...

2nd sem ni memang belajar pasal syphilis jer.. dan kalau ckap pasal derma ni, cara utama untuk belajarnye adalh dengan tengok clinical picture (maksudnya tengok kulit oranglah).. So kalau dah syphilis ni ko paham2 jelah, asyik tengok lelaki punyer *tut* jer.. kalau normal aku boleh terima lagi,(ehy x jgak lah.. *malu*), tapi ni dengan hard chancre sana sini., ada tu yang dah sampai xde rupa dah!! geli weyh! and I can't help tu notice yang patience2 yang ade penyakit syphilis ni (according tu pictures masa lecture la, bukan real patient, gile ko!) jari2 diorang ni kotor2, hitam2.. dah memang dasar x pandai jaga hygiene..pengotor! Memang betullah Islam ni ajar kebersihan tu salah satu daripada iman! (banyakkan tanda seru!!)

Oklah, malas dah...hmm aritu ingat nak jawab exam dengan Kochergin (ketua department), so that kawan boleh curi2 amik gambar aku tgh jawab exam dgn dia.. tapi dapat cikgu lain pulak..hmm xpelah... By the way, quality gambar sangatlah %$%#&*)(@! sebab gune ipod jer.. huhu.. tapi ehta the heck la kan..oklah, ciao cin cao! *sedapnye air soya dengan cincau~
Jawab exam ngan Tepluk.. kelakarkan nama dia..

ni la Kochergin.. kat bilik dia ada banyak sijill..hebat leteww konon

orang lain plak exam





Monday, May 7, 2012

ko ade masalah ke?


Assalamualaikum everyone!! Hari ni, semalam, kelmarin, and for the next few days akan hujan!!! Memandangkan aku ni xdelah ape sangat nak buat kat luar, and most of the time memang duduk rumah jer, so bila duduk tepi tingkap sambil dengar nyanyian hujan rintik2, angin sepoi2 bahasa, udara dingin dan sedap, memang syok habis kalau tidur.. ehy bukan2..study =)) Semalam dapat pengisian pasal nama-nama Allah..


Selalu x bila study, kita dok baca2 tapi x paham2.. ? n last2 tidur..huhu
Pernah x orang dok accuse kita on something yang kita x pernah buat?
Kita confirm akan cuak gile bila pikir macammana nasib kita masa jadi HO nanti kan!
Selalu x kite frust menonggeng bila ext hard disc kita yang ada semua gambar2 kita from 1st-4 th yr rosak and semua data dalam tu lesap sekelip mata???!!
Pernah x kita terfikir apalah bakal jadi ngan masa depan negara kita, apa jadi ngan nasib anak cucu kita? fuyoo
And pernah x kita rasa bila hati kita macam dah tertutup?!!!!!



Pernah x??

Pernah x??
Pernah x??



Salah satu cara untuk selesai masalah2 ni ialah dengan berdoa pada al-Fattah.. Siapa al-Fattah ni?

al-Fattah.. Maksudnya Pembuka sesuatu yang tertutup, pembuka jalan, penyelesai masalah, saksi kepada percanggahan, pemenang.. something like thatlah. ehmm x reti dah camne nak cakap, tapi kalau dengar talk by Amr Khaled ni memang best la.. *kat sini* Lama memang lama tapi its worth it! trust me.. =)

*ni utk episode al-fattah


*ni utk episode2 yang lain pulak


I just love sitting besides windows =)





p/s sangat2 tersentuh dengan seseorang ni yang sangat gigih untuk nak belajar mengaji.. so sweet!! =))






Thursday, May 3, 2012

gajah comel



Bukan kami yang gajah tau!! tp comel tu ye =)


Assalamualaikum! Esok nak exam tapi harini update blog?! ish3... pandai..pandai... =)

2 hari lepas sempena cuti buruh sedunia, finally aku dapat ketemu long lost friend aku kat family day.. (xdelah, cuma dah lama x jumpa sebab cycle lain2) Punyalah lama simpan hadiah birthday dia and finally dapat kasi jugak.. what a relief!.. hehe.. Aku sangat suka buat benda2 kraft ni.. Memandangkan x busy sangat, so aku plan untuk buat something special.. Hadiah dah ada, tapi xtau nak letak dalam bekas apa. So randomly cari2 printable stuff kat internet, last2 dapat jugak jumpa satu design ni, comel!!!~

1st thing 1st... Print3!! Make sure you have enough ink..if not the body will be black, while the other part of its body look purple!


Instruction dia sangat senang..follow jer.. =)



Yeay, jom cantum2!!






okay... sekarang teka ape ke binatangnyer nih!! =)))






Apa agaknya ada dalam tu yer? hehe..

=))


....................


Lepas bagi orang present, kita plak dapat jugak present.. Thanks my ex-naqibah.. Yup, I miss our happy times together. Rindu sangat2 usrah kita yang dulu.. too bad we all have to be separated.. hukhuk =(



p/s Doakan untuk exam esok! =)

Thursday, April 19, 2012

Exterminate, Regenerate (Ukulele)

Lama dah x tengok charlie ni =)





Doctor What =)

Banyak sangat benda nak cerita tapi kontroversi sangat plak nak cerita kat sini.. huu.. Happy Hitler Day! cuti wuhoo!!


Friday, April 6, 2012

update minggu ni. *rasa mcm artis pulak =P*

Its friday!! Have you read al-kahf?





New kicks are in town.. hehe.. Just got myself a pair of boots for the next winter.. Even though I bought it after my roommate bought it a day before(exactly the same! even the size are the same!!), but still who cares.. hehe.. in fact, she's ok with it ^^.. Patutnya nak cari boot leather macam yang pakai before ni. Tapi nampaknya Sketchers dengki x nak keluarkan lagi kasut macam tuh.. huh!


Perasan x ade anjing 3 ekor tuh.. Well, honestly speaking sesuatu camera itu tidak berlaku jujur.. Sebenarnya anjing tu sebenarnya sangat3 besar!!! Tapi bila tengok dalam gambar nampak macam biasa jer.. huhu.. xtaulah macam mana seorang perempuan boleh jadi trainer untuk 3 ekor anjing yang sangat besar ni.. Kalau sekali depa mengamuk mahunye ditarik tuan dia ni.. Tapi kan, sepanjang perjalanan naik se-gerabak dengan anjing2 tuh, mata x lepas pandang tengok kat diorang. bukanlah maksud takut..hehe.. (tapi at first tu terkejut la jugak).. Tapi x sangka bila tengok anjing2 tu elok je duduk kat tengah2 gerabak tuh, rasa sangat tenang.. which in my case memang peliklah.. kebiasaanya kalau nampak anjing memang menjerit dulu..huhu. Tapi bila fikir2 balik, diorang ni pun ciptaan Allah jugak, diorang pun berzikir kat Allah 24-7. dan penah ada member yang trademark dia mcm ni ^_____^ (heh heh) cakap Allah tahu manusia ni memang sukakan nature, dah memang naluri kita macam tuh.. Mungkin sebab tulah bila tengok anjing2 tu rasa tenang, aman, damai.. well, what can I say, He has many interesting ways in throwing us calmness and tranquility.. Amazing subhanaAllah..

Mi sup..mi sup... mi sup tu xdelah sedap pun, tapi aku rasa special sebab masa nak masak ni sambil skype dengan ibu. 2 in 1.. Potong bawang depan laptop, potong daging depan laptop, tapi sayangnya bila nk makan depan ibu, beliau nak kena offline plak.. huhu.. So secara ringkas, mi sup ni dihasilkan dengan penuh kasih sayang..ngahaha..

And owh, buku putih yang bertulis "Biochemical Myocardial Infarction" tu di"snap" masa kelas terakhir Therapy.. Duk belek2 buku tu sampai last2 tengok cover belakang tulis harga buku tu : 1 ruble 4 kopeika = RM 0.10 sen (ikut rate sekaranglah..hehe..just for fun.) 10 sen untuk buku myocardial infarction.. owh and by the way buku ni published tahun 1976! очень интересно!! (sebutan ochen interesna = very interesting)

Semalam 5 April, bangun2 pagi tengok kat tingkap snowing balik! Baru ingatkan dah spring dah tapi ade lagi saki baki atau"residual volume" macam dalam 2nd ngan 3rd stage BPH (benign prostate hyperplasia.. haha..tetibe merapu..) Tapi alhamdulillah hari ni sinar mentari kembali menyinari hari jumaat yang penuh barakah! Alhamdulillah~ Tengoklah esok macam mana pulak.. mungkin terus summer pulak.. haha.. So secara rasminya hari ni or esok bermulalah days off selama 4-5 hari sempena penukaran cycle.. Seriously, I really love this cycle system!!~..hehe.. And harap2nya adalah produk yang terhasil sepanjang cuti ni.. *but I doubt it :-S

And finally.. *hikhik ^^* someone is being sulky!... aaa kiyoewa!!!~



p/s baru je cakap nak buat something produktif, tapi sambil2 tulis post ni boleh plak tertengok Barbie makeup tutorial.. 20million++ viewers. apekah~ =.="


Sunday, April 1, 2012

Yeay!!!! Rosaklah lagi!!!! Rosaklah!!! Silakan!!! Rosaklah beramai2!!!


"Nowadays, barang2 electronik ni memang dicipta untuk bertahan sampai 3-4 tahun jer. Orang2 dulu x terfikir lagi sistem ni, sebab tu peti ais kat belakang rumah kita still boleh guna sampai sekarang (almost 20+ tahun dah)" -quoted by esyaque.

=.='



Semester ni dah macam back-to-back episode barang2 elektronik aku rosak.. Bermula dengan rosaknya dslr (sebab tu lah sunyi sikit uk trip tahun ni...uhuks), lepas tu periuk nasi (tapi ni x memberi effect langsung kepada quantiti pemakananku), seterusnya laptop yang sampai sekarang x berjaya lagi nak claim duit kat MARA, dan paling latest earphone yang baru je beli sem lepas.. Bagus2, apa lagi nak rosak lepas ni?! grrrrr... Tapi among all these things, laptoplah yang agak penting sebab skang ni banyak jugak nk guna untuk buat refarat dan presentation. Cuba kasi groupmate tengok2kan kut2lah boleh diselamatkan lagi, tapi tiada sinar harapan kelihatan. (Dah plan dah kalau laptop tu boleh diselamatkan bolehlah aku hulur2 sikit brownies ke..=P) Kalau nak beli kat sini pulak, memang software semua dalam bahasa Rusia, lepas tu warantee kena beli asing, xde free gift.. (penting tuh..hehe)

Ni salah satu barang purba yang still boleh pakai lagi..Hebat2...

Tapi3.. disebalik keserabutan ni, Alhamdullilah ada pulak hamba Allah yang balik kejap ke Malaysia sebab nk uruskan something (Sapelah sangka tengah2 semester ni ade pulak orang nak balik Msia..ish2.. memang syukur Alhamdulillah).. Bila dengar tu terus contact family member tolong belikan laptop baru untuk den n passkan kat orang yang balik Malaysia tu... n Alhamdulillah dah selamat sampai dan selamat digunakan sekarang.. Love u my Bros!! Nanti balik I buy you guys something nice k!

Tapi hakikatnya, aku ni memang terkenal dengan merosakkan benda2 electrik ni.. Dari dulu lagi memang dah macam ni, xtaulah tangan ni power sangat kut. Dan dah jadi kebiasaan kalau rosak je mesti terus tanya kat abang R what to do (walaupun sebenarnya agak takut nnti dia akan marah..hoho), sampai last2 bila aku tegur dia kat FB, dia boleh cakap,"ehmmm rosaklah tuh~" ish.tau2 jer..haha =D Well, apalah agaknya akan jadi kalau xde diorang ni..

...................

Bulan Mac berlalu dengan pantasnya.. x sempat nak buat pape dah masuk April dah...haishh... Habis cycle Urology (dengan cikgunya yang agak GS sikit..tapi sangat bagus mengajar..) dan therapy (patutnya ni subjek favourite aku tapi makin hari dah makin menyampah dan meluat dan $^%^%$#!!.. ), masuklah plak cycle baru, dermatology, endocrine dengan stomatology (subjek yang ni pun dengar2 bakal mengundang kebencian jugak..!). Ehy x abis cerita pasal subjek urology ni, so basically belajar pasal masalah2 dengan buah pinggang dan salur kencing. (terasa pelik translate ke BM..haha).. Kesimpulan yang aku dapat daripada belajar subjek ni, JAGALAH KESIHATAN DAN PEMAKANAN KITA SELAGI MASIH ADA MASA! Seram sejuk aku tengok video operation yang diorang buat tu. cuba tengok kat sini . Nama dia TVT for stress urinary incontinence.. Tapi yang tengok kat kelas tu lagi banyak procedure n lagi complicated n lagi seram daripada yang ni.. Agak2 lemah semangat tu x payahlah tengok.. tengok yang ni instead... hehe.. jangan marah aaaa! *all eyes on my blue hair TOP pleaseeee..ahaks*

Untuk kelas therapy ni pulak, dapatlah jumpa sorang patient ni, umur 64, nampak luaran segak je. Tapi bila tanya, macam2 penyakit ada.. Senang cerita setiap sistem (CVS, Pulmonary, GIT, Endocrine, Uro... ) ada masalah.. xtaulah nak kata apa.. Semestinya salah manusia tu sendiri jugak sebab x jaga apa yang Allah dah kasi yang elok2, sihat2, sempurna kat kita. Teruknya kita ni kan! Harap2nya lagi lama aku dalam bidang ni, aku masih dapat ambil iktibar n ibrah (wahh keluar dah perkataan2 usrah..haha) dalam setiap patient yang aku jumpa.. Minta kat Allah tanam lagi rasa sensitif dengan persekitaran and jangan sampai tengok orang mati pun dah xde rasa apa2 dah... huhu..Minta Allah beri kekuatan kat kita semua..amin

........................

*Aku selalu fikir yang sesetengah manusia ni memang dah lahir2 kat dunia ni dia memang baik.. Dan sayangnya aku x tergolong dalam kumpulan ni.. tsk tsk.. Jealous sangat bila tengok mereka ni takda pun even slight bad intention dalam fikiran diorang (okay, kita memang xtau apa fikiran orang lain, tapi still diorang berjaya untuk x tunjukkan kat orang.. that's a good thing.. I guess~) X kisahlah apa-apa yang aku cuba buat pun, bajet nak jadi A nak jadi B, tapi still macam tu jugak.. in fact rasa lebih teruk daripada sebelum jadi A or B.. (x paham ek..xpelah, nak explain nnt mcm berlagak plak..hahaha)..





Wednesday, March 28, 2012

even though can't meet you in reality...



What does it mean when you start to dream about someone.... twice?

Someone with blue mint hair!!!!...
*melt*




please come to my dream again..and again =)))

Thursday, March 8, 2012

iWoman - celebrate yourself 2012


<3



Hari ni 8 Mac aka Hari Wanita Sedunia (tp malaysia mungkin x sambut kut), cuti!!!! hehe... asyik cuti jer.. Rasa dah lama sangat terperuk kat rumah, finally dapat jugak ambil masa bersuka ria dengan member2, kakak2, adik2 kat Sportzal M2 hari ni.. Walaupun lewat sejam nak start majlis, (menunggu orang2 x sampai2...huhu...), tapi in the end everything went smooth.. Some usrah kena incharge buat booth.. And memandangkan hari ni hari wanita, so setiap booth tu ade la berkait dengan hal2 wanita ni, contohnya fesyen, masakan, tokoh, pekerjaan, aurat, kesihatan, dan sebagainya (amik ayat MC... haha..) Dan mostly semua ni ke arah pandangan Islam..Woman's Day, Islamic way.. ecehh..




MC triooooo~



Untuk usrah ni, kitorang pilih tema wanita dan pekerjaan.. So sambil2 nak cari maklumat pasal tajuk ni, dapatlah aku kenal sikit2 wanita2 Islam yang hebat2 kat dunia ni.. Antaranya Tawakkel Karmen, Dr. Rosyidah Ishak, and banyak lagilah.. Walaupun sibuk2 tadi, sempat jugak curi2 masa tinjau2 booth orang lain, dapatlah dengar cerita tentang Khaulah, prajurit masa Perang Yarmouk yang menaikkan semangat wanita untuk bangun memperjuangkan hak.. Tapi walaupun beliau sangat hebat berlawan, tapi at the same time tetap menjaga kehormatan dia... Hebak2!!..

Disebabkan dah ditugaskn untuk jaga booth, so peluang nak main sekali memang taraklah.. Tapi still tumpang gembira sebab roomate berjaya menang dan dapat bawak balik pokok kaktus yang comellll sangat!! arggh geram!



tengok tu nak makan epal orang! hehe



Tadi, sempat jugak kakak2 6th year buat persembahan pentomin.. Mesej yang nak disampaikan memang best and realistik dengan kehidupan kitorang kat sini.. Antaranya, jangan meniru masa exam, jangan cakap kuat2/bising2 dalam metro, jangan lecahkan2 bilik air kalau nak amik air sembahyang, sebab kita kan duta kecil Islam. Apa orang agama lain akan anggap bila tengok kelakuan kita yang lebih teruk daripada orang2 dia sendiri.. Last2, disebabkan kelakuan buruk kita sendiri, agama Islam tu yang tercalar.. huuu... sesama la insap yo! Tapikan... kita rasa sedihlah... Masa tengok lakonan akak2 ni, tiba2 terdetik kat hati.. Lepas ni bila diorang dah graduate mesti rasa kosong jer.. X dapat dah nak bermanja2 dengan diorang lagi... T.T


hmm, oklah2.. what to do kan, life must go on.. Anyways, moga ukhuwah kita ni sentiasa diteruskan walaupun dah berjauahan..



kesian... nampaknya ramai yang sakit lutut...



one must have a big heart.. Happy Woman's Day!!! =))





(credit: Elya )
asik duk credit orang jer.. gambar sendiri tarak!


















p/s excited sorang2 diri sebab dapat jumpa kakak tuh hari ni!!! ngeeeee.... <3<3<3








Saturday, March 3, 2012

meh update sikit


Suatu masa dulu, zaman sekolah2, pagi2 hujung minggu jer mesti duduk depan tv nak tengok MHI (Malaysia Hari Ini) kat tv3.. Sebab dapat tengok Ally Iskandar.. And sempat pulak bergambar dengan Ally masa jumpa kat Sure Heboh..hehe.. terkezut bile baru hari ni tau yang dia dah berkahwin!!!! huuu... patahlah hati~~ hehe... Yang paling bestnye lagi bila wife Ally ni bukan calang2 orang.. Orang tarbiyah rupanya.. Maksudnya orang yang sangat2 faham tentang Islam, and bergerak ke arahNya.. untunglah Ally..huuu.. walaupun sedikit kesedihan tapi tetap tumpang gembira dia beristerikan isteri yang solehah.. (Doakan aku juga menjadi isteri solehah.. amin.. hukhuk..) huuu, still x boleh terima hakikat... O.O..T.T...^^


ok.. post lepas cakap pasal duduk serumah dengan russian guys.. Alhamdulillah, rabu lepas dapat jugak berpindah ke bilik baru.. serumah dengan Malaysian, PEREMPUAN!!! hhehe... Dan disebabkan bilik baru, internet pun baru.. xde dah masalah xley upload la, lambat la.. Boleh la post pasal uk-ire trip ni.. Alhamdulillah3... Segala puji hanya untuk Dia.. So, my life is in peace now..finally..insyaAllah.. pheww!

Obstetric and Surgery cycle..hmm, apo nak di kato ?! Should be ada exam final untuk subjek Obs awal bulan 3 ni. Tapi dengan tiba2nya cikgu memutuskan untuk buat test sahaja on the spot.. Sebab katanya dia dah tau dah level ilmu kitorang ni, so kalau bagi masa untuk study pun result sama jer... huhu.. sampai hati cikgu cakap gitu.. Surgery pulak... hmm... memanjang xde je, asyik busy dengan operation jer.. so mostly tujuan pegi ke kelas surgery hanya untuk berjogging or exercise di pagi hari.. no m ore than that,... So dengan rasminya dapatlah aku bercuti seminggu.. Lama tuh.. Dah plan dah nak wat masak2 baking2..hehe..

Excited sebab cuti lama!! (credit: kent, at Edinburgh Castle, Scotland)


p/s Woman's day just around the corner.. seronok tengok russian women dapat bunga.. even babushka pun dapat.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.