Tuesday, March 30, 2010

What happen when....


What happen
when you got stuck in your room,
got nothing to do,
and an oven next door??



well, here they are.. 2nd trial..=P


2nd day since the bombing occured. Watched tv3 buletin utama this morning, laugh a bit when our juniors (1st year students) were on tv. Cool isn't it.. But actually it's just their voices calling from the scene. And today finally got to see the faces of the suicide bombers. Had a lil' chat with abang long.. He was kinda worry, he suggested for us to wear something else rather than wearing tudung to cover our head, so that at least we wouldn't get hit by the moscovites.. scary huh.. Well, hope everythings going to be fine. InsyaAllah..



p/s just wondering, if the cookies are for sale, does anybody wanna buy it? hehehe
Posted by Picasa

Monday, March 29, 2010

Hari ni bom di metro Moscow, esok mcmne?


Pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari rakan sehostel. Katanya ada letupan bomb berlaku di metro/train bawah tanah di Lubyanka. Lubyanka ni dekat line merah, mmg laluan untuk ke kelas kitorang. Hari ni sepatutnya memang ada lecture di Ohodni Ryad, line merah jugak. So kitorang pun fikir untuk naik line chocolate, satu cara utk tidak lalu ke Lubyanka. X berapa lama lepas tuh, ada 1 lagi panggilan telefon ke housemate aku. Katanya Park kulturi pula dilaporkan ada letusan bomb. Dan park kulturi ni pulak terletak di line chocolate. So hari ni memang kelas dibatalkan, tp esok xtau lagi macam mane.. Ya Allah, kekadang kita lupa yang ajal tuh dekat sangat dengan kita.. Bila2 masa je Allah tarik nyawa kita.. Pikir2kanlah~



Boleh jadi yang duduk kat kerusi itu kita...


keadaan di dalam metro

di hadapan metro

gambar di ambil dari www.lifenews.ru

Saturday, March 27, 2010

Kisah kita ber-6


Assalamualaikum dan selamat semua

Setelah sekian lama aku bersenyap-senyap (senyap x bermaksud x buat apa2 ok!), akhirnya semalam aku kembali semula ke alam maya yang penuh "dugaan dan cObaan" ini. Selama yang berlaku hari2 aku, setiap kali aku mesti memikirkan satu perkara nih, dan InsyaAllah akan aku muntahkan ia dalam post nih..

Buat korang,

Mulanya kita berlapan, tapi kerana beberapa masalah, kita terpaksa berpisah.. kini tinggallah berenam.(ceeewah macam artis la pulak..owh ye, ingat tak kita penah digelar Spice Girl masa kat Istanbul..haha). Bermulanya pulang ke Malaysia tahun lepas sehingga kini, kita berenam still together-gether, menempuh onak duri, lautan berapi dan suka duka bersama-sama. Tipulah kalau kata x pernah bergaduh atau bermasam, tp semua tu Alhamdullilah cepat je pulih balik dan kembali reda. Orang kata air dicincang x akan putus.. eh, dah macam adik beradik pulak rasanye.. Bagus jugak tuh. Duduk kat negara orang ni, dah jauh dengan family, sape je lagi yang tinggal, kalau bukan kawan2 kita.

Yang lebih seronoknya, bagi aku, setiap 6 orang ni ada perwatakan yang berbeza-beza dan sangat melengkapi each other. (jgn marah ye bg yang terasa) ada sorang tuh macam mak kepada kitorang, sangat caring, sentiasa meng'iakan apa yang kita cakap, sentiasa gelak dgn lawak yag dibuat(walaupun kekadang dia x phm pun lawak tuh..sigh~), sentiasa menerima pendapat orang lain, dan sangatlah berfikiran positive, all the time!! So bila 5 orang yang lain tu agak2 macam ada problem, kiranya dia ni la yg tukang nasihat kita balik. Memang macam mama betul lah! (k "mama", byk aku puji ko nih, bley la belanja ak lepas nih! hehe) ;P

Ahli Spice Girl yang kedua ni pulak..hmm.. bagi pendapat aku, bila dah ade mama, mesti la ade papa nye pulak kan.. LOL... (sori2).. yang sorang ni dia strict orangnyer.. kalau dalam argument, mesti dia yang akan stand untuk kita semua. Boleh kata suaranya mampu menggegarkan dekanat dan moslanka...hehe... dan dia ni jugak cerdik orangnyer, cepat memikirkan benda2 yang agak kritikal untuk dipikir manusia biasa..
Next, dia ni lebih kurang sama gak dengan papa di atas, cuma lebih kepada bos, i can say. Bukan nak kata dia ni "bossy", cuma macam aku kata macam papa, dia ni jugak sangat cekap dalam hal2 berkaitan argument2 ni. Sentiasa memikirkan consequence2 yang bakal berlaku, yang x mampu dipikirkan oleh manusia biasa amnya. Bos kita ni, bila dia nak sesuatu, x sape boleh halang dia, (kecuali kalau Allah dah x bg tuh, hmm lain cerita lah). Dia sentiasa confident dan tegas denagn pendapat dia..kekadang bila tersalah pun dia confident gak..bagus lah tuh..hehe.. Boleh kata trip kita yang lepas, (Istanbul dan Paris) tu, memang agak mudah dan lancar dengan kemahiran yang dia ada.
Lagi sorang nih, pelawak no 1 dunia. Aku gelar dia penghibur kita la. Kalau masuk raja lawak mmg boleh menang nih! Setiap kali ada jer cerita2 dia, dan mostly cerita2 tu semua berakhir dengan gelak tawa kitorang sampai keluar air mata dan sakit2 perut sbb tahan gelak. Kepakaran dia adalah menghabiskan makanan sehingga licin.. Bukan apa, katanya setiap makanan tu berkat, kalau x habiskan, boleh jadi benda yang x habis tuh adalah berkat kita.. hmm betul jugak kn.
Yang terakhir dalam ahli spice girl kuzmin ni (bertambah2 pulak namanya), orang nye kadang2 pendiam, kadang2 suara dia je yang kita dengar. Dia x pernah excited dalam sesuatu benda, semuanye biasa2 je. Kelebihan dia, sentiasa jadi perhatian orang, so boleh ambik hati orang lain dan kekadang memudahkan kerja2 kita..(waa mcm kejam plak bunyi nyer). Dia ni pun pandai jugak dalam ilmu2 agama, so boleh kata ustazah rock kut..hehe..
(Description ahli yang keenam a.k.a penulis x perlulah kut..haha sbb suka hati aku lah!)
Sambung balik cerita. Dalam kitorang berenam ni, kekadang timbullah problem, kata yang sorang tu asih suruh buat nih, buat tuh, yang sorang tu pulak complaint kata, apesal aku je yang kena buat, orang lain duduk senyap jer. Bila pikir2 balik, sebenarnya sangatlah bersyukur, sebabnya kalau xde la sorang tuh yang boleh hanya senyap dan bersabar je, dan boleh tunggu bebelan2 orang lain, susah jadinya. Kalau xde yang sorang tu sangat teliti dengan apa2 masalah, sume benda kene pandang serius, susah jugak kalau dia xde, x berjalan lah kerja jawabnya.. Dan kalau xde yang nak buat lawak, asik serius jer pulak, mesti tension hidup.. So, biarlah masing2 dengan sikap dan perwatakan masing2 sebab adanya mereka2 ni lah, dapat meng-complete-kan mereka2 yang lain.
Akhir kata, moga Allah memberkati persahabatan kita semua. Moga still dapat bersama lagi and aku sayang korang semua. Sorry atas kekurangan aku..



p/s Sedih la post nih...TT
Posted by Picasa

Tuesday, March 16, 2010

summary hidup.. 1 page je..

1 bulan.....

uuuweeeekkk...
x banyak cerita sangat,
nangis2 kasi je susu..
senyaplah dia..




5 tahun.....

apa tuh?
apa nih?
kenapa tu?
kenapa ni?
Banyak betul soalan dia...
penat nak jawab!!




10 tahun...

petang ni nak main apa kat padang?
ibu, nak beli tu, nak beli nih....




15 tahun...

Awak sayang saya??
saya sayang awak jugak!!
(kecik2 dah pandai)




17 tahun...

tak boleh kacau!!
exam2!!




20 tahun...

study...study..??
kawin..kawin..??
kerja..kerja..??





30 tahun...

alamak!!!
x bayar lagi duit sewa rumah..
kereta..
susu anak..
kasi duit ibu ayah..!!




50 tahun...

Sakit pinggang....
sakit lutut...
darah tinggi..
kencing manis...




70 tahun...

kau siapa cu?
den konal ko kau??..
tahun apo skang nih??...
den kat mano nih??
(dah nyanyuk)




75 tahun....

Innalillahiwainnailaihiroji'un...


macam tu la hidup tanpa aim/target yang betul.. tak banyak pun sebenarnya benda yang kita buat kat dunia nih... lip lap lip lap.. dah itu..dah ini.. makin hari terasa cepat masa berlalu... Sayang kalau kita tak ambil masa yang kita ada sekarang untuk buat sesuatu yang bermanfaat, menyampaikan kebaikan kepada yang lain, sbg contoh. Itu pun kira bagus dapat hidup selama itu..boleh jadi kalau esok kita mati...hmmm...


-nota untuk diri-


p/s 1 kisah hidup berikut xde kaitan dgn yg hidup atau yang da "bye2".
p/s 2 kita hidup untuk apa ye??




Wednesday, March 10, 2010

tidak mengapa~


Jawapan kepada "benciiiiiiiiiiiinye";

Allah kata,
dalam ayat dia,(49:12)
Jangan berprasangka,
berprasangka itu dosa
tuhan tak suka.

Tidak mengapa,
mungkin itu rezeki mereka.

Rezeki kita...
InsyaAllah akan tiba.(yang halal punya!!)


........................................

Happy birthday mamal!!
Alisya n Akmal..comelnyer mereka!!!
Macam maksu diorang...heh heh~

p/s gambar diambil oleh abg long.

Monday, March 8, 2010

terjumpa abang Mus..hehehe


Salam.
hehe..jgn terkejut baca tajuk tuh..

Last Saturday, segerombolan kngkwn dari Nizhny datang menziarah rakan2nye di Moskva. Penat memikirkan mane nak bawak diorang ni jenjalan..So last2 dapat kata putus, nak g Space Muzium. Nak2 plak masuk free kalau ada student card.(susah nak jumpa barang free kat Moscow nih..hehe).. So bermulalah pengembaraan kami dalam muzium tuh.. Sayang sekali, tahap kefahaman kami dalam bahasa Russia tidak mencukupi untuk memahami semua description2 yang berbahasa Russia sejati.. So..mulalah buat pemahaman sendiri, dan yg lain2 pun mengiyakan sahaja..heh heh..

Lagi satu yang x berapa nak best, dalam muzium ni x dibenarkan amik gambar(tapi ada je yg ambik, x kene marah pooon!!! grrr). Tapi selamatlah atas budi baik makcik yg sorang tuh, bg gak kitorang amik gmbar dgn hero malaya.. heh heh..

Selama abad aku duduk kat Russia ni, dgn pelbagai perasaan bercampur gaul, dgn sumpah ranahnyer, dgn kutuk mengutuknya, tetiba terasa bangga pulak dapat belajar kat sini..Russia ni sangat hebat, xtaula macam mane boleh terfikir nak cipta kapal pergi angkasa. Bak kata kawan aku dari Nizhny tuh," aku nak lukis orang lidi pun susah!".. Tu belum cerita pasal metro/train diorang lagi, (nanti nak gi muzium pasal metro plak..hehe).. Hebat2! Mmg otlichno!


Monument yg berdekatan dgn Muzium tuh..
So bleh la jadi landmark kepada sesiap yg nak pergi.


Pertemuan Moscow-Nizhny


Ke"excited"an mereka terserlah~




Ni kat dalam Muzium tuh

Yang kat screen pun jadilah.. Bangga wooh!

Kelakarlah plak tgk gambar ni balik! huhu~

Beraksi di khalayak ramai =P

..................................................................

Sempena Hari Wanita, aku nak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua wanita2 yang aku kenal. Kepada yg Muslim, mari kita jadi muslimah2 terhebat! iA.


Ni gambar semalam aku ambik kat dalam metro. sampai x nampak dah girlfriend dia...ntah berapa hinggitlah bear ni!!! gerammnyeeer! =P
Posted by Picasa

Saturday, March 6, 2010

belajar bahasa Russia cepat!!!

video

Mantap seh!
Kene terer cakap ruski pulak ni, bahasa kita diorang dah reti..owh tak boleh jadi ni!!!

Nama beliau Natalya Budanova. Budanova tu nama cikgu Microbe aku, dia pun agak "sihat2" jugak..ntah2 adik beradik kut~ =P

cari makan


make a living
Originally uploaded by aei_me
Manusia kini ligat mengejar dunia, mencari harta...
Sanggup bergadai maruah, prinsip, moral malah nyawa sendiri dan orang lain....
Rasuah sana, rasuah sini..
Tipu sana, tipu sini...
Tikam depan, tikam belakang...
Demi sebuah kereta mewah, sebuah rumah besar..
Agama dan akhlak bukan lagi di depan..
Sibuk..sibuk dengan peredaran zaman...
Dunia kini penuh dengan mereka..

Namun, lelaki ini masih di situ..
Jauh dari desakan dunia...
Lelaki itu dan binatang-binatangnya..
Mengingatkan daku..
Biarlah dunia berputar..
Selagi iman dan Islam mekar di dada..
Itulah kejayaan yang utama.

Thursday, March 4, 2010

Say what you need to say.

Tuesday, March 2, 2010

My.My.(moo moo)



Hari ni menarik! =D

Tolak dgn kehampehan aku dalam menjawab soalan ionkina, Alhamdullilah dah lepas 2 subtopik!. Seronok jugak perasaan letih lepas kelas ionkina ni. Sebab apa tau, bila beliau dok check jawapan aku, fuhh jantung aku berdegup sampai nak meletup, and bila dah habis, penatlah jawabnye...

Jom pergi My.My.!!! (sebutan Moo Moo)
Yup itulah destinasi kami berempat selepas selesai penderaan jiwa bersama ion. LOL.. My.My. ni salah satu restoran di Moscow yg menghidangkan makanan Rusia.FYI, kitorang ni kata je duk kat Rusia, tp x pernah pun lg makan makanan Rusia..heh heh.. So, atas galakan daripada cikgu Russian kami jugak, kitorang pun menuju ke sana dengan gumbiranya, walaupun 1st time pergi and xtau nak order ape!

Masuk2, memang banyak makanan untuk dipilih, tapi yang boleh dimakan oleh manusia bergelar Islam, macam biasalah "bez miasa". Maksudnya tanpa daging. Dalam sedikit kekalutan tuh, aku pun hanya mengorder sup bernama "borsh". Borsh ni memang salah satu makanan depa. Sup ni warna ala2 purple campur merah pekat sebab daripada beet root.xtau apa nama dlm bahasa Melayunye. Kawan2 aku yang lain kelihatan "lawan taukey" dgn mengorder ikan goreng bersama wedges dan salad. cehh!! Tapi xpe, adat org xde duit (lupa nak bawak duit lebih, harap wallet je besar, duit tarak!)

Aku pun pulang sepreti hari2 biasaku. Selalunya perjalanan yg mengambil masa hampir 30 minit-1 jam aku isi dengan baca buku selain academic, dengar lagu or tido. Tapi disebabkn lupa nak bawak buku, lupa nak bawak earphone, dan x mengantuk, aku pun dah xtau nak buat apa. Nak2 pulak dapat tempat duduk, aku pun terus fikir nak masak apa balik nanti..(padahal baru balik dari restoran!!)

Duduk2 tuh, aku rasa macam aku terlepas stesen yang aku patut turun. Tapi sebab malas nak buat kelam kabut, (padahal pintu metro x tutup pun lg), aku pun tunggu je, n turun kat next stesen.. ntah apa masalah tah aku hari nih!.

Sesampainya hostel, aku pun naik tangga hostel sambil tertembung dengan sorang budak kecik denagn parents dia, umur dalam 3 tahun kut, nampak aku dia kata."devushki, paka!" OOooHHhh soooo cute! Aku pun babai kat dia balik. Rasa nak cubit je pipi dia! Geram!!

Anyway, cerita pasal cute, hari ni masuk2 kelas, 1 of my classmate kata aku cute! ngahaha.. xde kaitan...



Borsh

fried fish+potatoes+salad

okaylah nak makan ayam kurma! chiao.. salam
Posted by Picasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.