Thursday, April 19, 2012

Exterminate, Regenerate (Ukulele)

Lama dah x tengok charlie ni =)





Doctor What =)

Banyak sangat benda nak cerita tapi kontroversi sangat plak nak cerita kat sini.. huu.. Happy Hitler Day! cuti wuhoo!!


Friday, April 6, 2012

update minggu ni. *rasa mcm artis pulak =P*

Its friday!! Have you read al-kahf?





New kicks are in town.. hehe.. Just got myself a pair of boots for the next winter.. Even though I bought it after my roommate bought it a day before(exactly the same! even the size are the same!!), but still who cares.. hehe.. in fact, she's ok with it ^^.. Patutnya nak cari boot leather macam yang pakai before ni. Tapi nampaknya Sketchers dengki x nak keluarkan lagi kasut macam tuh.. huh!


Perasan x ade anjing 3 ekor tuh.. Well, honestly speaking sesuatu camera itu tidak berlaku jujur.. Sebenarnya anjing tu sebenarnya sangat3 besar!!! Tapi bila tengok dalam gambar nampak macam biasa jer.. huhu.. xtaulah macam mana seorang perempuan boleh jadi trainer untuk 3 ekor anjing yang sangat besar ni.. Kalau sekali depa mengamuk mahunye ditarik tuan dia ni.. Tapi kan, sepanjang perjalanan naik se-gerabak dengan anjing2 tuh, mata x lepas pandang tengok kat diorang. bukanlah maksud takut..hehe.. (tapi at first tu terkejut la jugak).. Tapi x sangka bila tengok anjing2 tu elok je duduk kat tengah2 gerabak tuh, rasa sangat tenang.. which in my case memang peliklah.. kebiasaanya kalau nampak anjing memang menjerit dulu..huhu. Tapi bila fikir2 balik, diorang ni pun ciptaan Allah jugak, diorang pun berzikir kat Allah 24-7. dan penah ada member yang trademark dia mcm ni ^_____^ (heh heh) cakap Allah tahu manusia ni memang sukakan nature, dah memang naluri kita macam tuh.. Mungkin sebab tulah bila tengok anjing2 tu rasa tenang, aman, damai.. well, what can I say, He has many interesting ways in throwing us calmness and tranquility.. Amazing subhanaAllah..

Mi sup..mi sup... mi sup tu xdelah sedap pun, tapi aku rasa special sebab masa nak masak ni sambil skype dengan ibu. 2 in 1.. Potong bawang depan laptop, potong daging depan laptop, tapi sayangnya bila nk makan depan ibu, beliau nak kena offline plak.. huhu.. So secara ringkas, mi sup ni dihasilkan dengan penuh kasih sayang..ngahaha..

And owh, buku putih yang bertulis "Biochemical Myocardial Infarction" tu di"snap" masa kelas terakhir Therapy.. Duk belek2 buku tu sampai last2 tengok cover belakang tulis harga buku tu : 1 ruble 4 kopeika = RM 0.10 sen (ikut rate sekaranglah..hehe..just for fun.) 10 sen untuk buku myocardial infarction.. owh and by the way buku ni published tahun 1976! очень интересно!! (sebutan ochen interesna = very interesting)

Semalam 5 April, bangun2 pagi tengok kat tingkap snowing balik! Baru ingatkan dah spring dah tapi ade lagi saki baki atau"residual volume" macam dalam 2nd ngan 3rd stage BPH (benign prostate hyperplasia.. haha..tetibe merapu..) Tapi alhamdulillah hari ni sinar mentari kembali menyinari hari jumaat yang penuh barakah! Alhamdulillah~ Tengoklah esok macam mana pulak.. mungkin terus summer pulak.. haha.. So secara rasminya hari ni or esok bermulalah days off selama 4-5 hari sempena penukaran cycle.. Seriously, I really love this cycle system!!~..hehe.. And harap2nya adalah produk yang terhasil sepanjang cuti ni.. *but I doubt it :-S

And finally.. *hikhik ^^* someone is being sulky!... aaa kiyoewa!!!~



p/s baru je cakap nak buat something produktif, tapi sambil2 tulis post ni boleh plak tertengok Barbie makeup tutorial.. 20million++ viewers. apekah~ =.="


Sunday, April 1, 2012

Yeay!!!! Rosaklah lagi!!!! Rosaklah!!! Silakan!!! Rosaklah beramai2!!!


"Nowadays, barang2 electronik ni memang dicipta untuk bertahan sampai 3-4 tahun jer. Orang2 dulu x terfikir lagi sistem ni, sebab tu peti ais kat belakang rumah kita still boleh guna sampai sekarang (almost 20+ tahun dah)" -quoted by esyaque.

=.='



Semester ni dah macam back-to-back episode barang2 elektronik aku rosak.. Bermula dengan rosaknya dslr (sebab tu lah sunyi sikit uk trip tahun ni...uhuks), lepas tu periuk nasi (tapi ni x memberi effect langsung kepada quantiti pemakananku), seterusnya laptop yang sampai sekarang x berjaya lagi nak claim duit kat MARA, dan paling latest earphone yang baru je beli sem lepas.. Bagus2, apa lagi nak rosak lepas ni?! grrrrr... Tapi among all these things, laptoplah yang agak penting sebab skang ni banyak jugak nk guna untuk buat refarat dan presentation. Cuba kasi groupmate tengok2kan kut2lah boleh diselamatkan lagi, tapi tiada sinar harapan kelihatan. (Dah plan dah kalau laptop tu boleh diselamatkan bolehlah aku hulur2 sikit brownies ke..=P) Kalau nak beli kat sini pulak, memang software semua dalam bahasa Rusia, lepas tu warantee kena beli asing, xde free gift.. (penting tuh..hehe)

Ni salah satu barang purba yang still boleh pakai lagi..Hebat2...

Tapi3.. disebalik keserabutan ni, Alhamdullilah ada pulak hamba Allah yang balik kejap ke Malaysia sebab nk uruskan something (Sapelah sangka tengah2 semester ni ade pulak orang nak balik Msia..ish2.. memang syukur Alhamdulillah).. Bila dengar tu terus contact family member tolong belikan laptop baru untuk den n passkan kat orang yang balik Malaysia tu... n Alhamdulillah dah selamat sampai dan selamat digunakan sekarang.. Love u my Bros!! Nanti balik I buy you guys something nice k!

Tapi hakikatnya, aku ni memang terkenal dengan merosakkan benda2 electrik ni.. Dari dulu lagi memang dah macam ni, xtaulah tangan ni power sangat kut. Dan dah jadi kebiasaan kalau rosak je mesti terus tanya kat abang R what to do (walaupun sebenarnya agak takut nnti dia akan marah..hoho), sampai last2 bila aku tegur dia kat FB, dia boleh cakap,"ehmmm rosaklah tuh~" ish.tau2 jer..haha =D Well, apalah agaknya akan jadi kalau xde diorang ni..

...................

Bulan Mac berlalu dengan pantasnya.. x sempat nak buat pape dah masuk April dah...haishh... Habis cycle Urology (dengan cikgunya yang agak GS sikit..tapi sangat bagus mengajar..) dan therapy (patutnya ni subjek favourite aku tapi makin hari dah makin menyampah dan meluat dan $^%^%$#!!.. ), masuklah plak cycle baru, dermatology, endocrine dengan stomatology (subjek yang ni pun dengar2 bakal mengundang kebencian jugak..!). Ehy x abis cerita pasal subjek urology ni, so basically belajar pasal masalah2 dengan buah pinggang dan salur kencing. (terasa pelik translate ke BM..haha).. Kesimpulan yang aku dapat daripada belajar subjek ni, JAGALAH KESIHATAN DAN PEMAKANAN KITA SELAGI MASIH ADA MASA! Seram sejuk aku tengok video operation yang diorang buat tu. cuba tengok kat sini . Nama dia TVT for stress urinary incontinence.. Tapi yang tengok kat kelas tu lagi banyak procedure n lagi complicated n lagi seram daripada yang ni.. Agak2 lemah semangat tu x payahlah tengok.. tengok yang ni instead... hehe.. jangan marah aaaa! *all eyes on my blue hair TOP pleaseeee..ahaks*

Untuk kelas therapy ni pulak, dapatlah jumpa sorang patient ni, umur 64, nampak luaran segak je. Tapi bila tanya, macam2 penyakit ada.. Senang cerita setiap sistem (CVS, Pulmonary, GIT, Endocrine, Uro... ) ada masalah.. xtaulah nak kata apa.. Semestinya salah manusia tu sendiri jugak sebab x jaga apa yang Allah dah kasi yang elok2, sihat2, sempurna kat kita. Teruknya kita ni kan! Harap2nya lagi lama aku dalam bidang ni, aku masih dapat ambil iktibar n ibrah (wahh keluar dah perkataan2 usrah..haha) dalam setiap patient yang aku jumpa.. Minta kat Allah tanam lagi rasa sensitif dengan persekitaran and jangan sampai tengok orang mati pun dah xde rasa apa2 dah... huhu..Minta Allah beri kekuatan kat kita semua..amin

........................

*Aku selalu fikir yang sesetengah manusia ni memang dah lahir2 kat dunia ni dia memang baik.. Dan sayangnya aku x tergolong dalam kumpulan ni.. tsk tsk.. Jealous sangat bila tengok mereka ni takda pun even slight bad intention dalam fikiran diorang (okay, kita memang xtau apa fikiran orang lain, tapi still diorang berjaya untuk x tunjukkan kat orang.. that's a good thing.. I guess~) X kisahlah apa-apa yang aku cuba buat pun, bajet nak jadi A nak jadi B, tapi still macam tu jugak.. in fact rasa lebih teruk daripada sebelum jadi A or B.. (x paham ek..xpelah, nak explain nnt mcm berlagak plak..hahaha)..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.