Saturday, February 25, 2012

rumah baru, sem baru, lagu baru..oops!

Assalamualaikum n salam semua! Nak kemas2 sikit la blog ni, berhabuk sangat dah nengoknyer.. hehe.. apa khabar semua orang? Finally ada masa sikit and terus terfikir nak update bloglah.. Hmm.. apa ye nak cerita dulu...? Patutnya nak update pasal uk-ire trip, tapi disebabkan masalah internet yang sangat lambat ni, sampai nak upload document 5Mb pun x mampu.. inikan nak upload gambar2 yang beratnye bukan main..

Ok 1st of all untuk semester baru ni, aku, S n R dah pindah ke hostel baru pulak.. for the 3rd time for god sake!! Cakap je hostel mane2, semua kitorang dah jejak dah.. and kali ni, kitorang menetap di hostel hak milik universiti MUTXT, or nama panggilan manjanye hostel Yugo.. memang antara yang terdekat jugaklah kalau nak pergi kelas. Dekat dengan pasar/supermarket/gerai2/mesin topup/kedai makan = bermaksud laju jugaklah duit2 aku terbang! huhu... Alhamdullilah bilik yang kitorang dapat pun yang baru renovate.. cantik dan luas.. (ingat nak upload gambar tp...) cuma dalam segala kesempurnaan ni, mesti ada je benda yang x sedapnya.. Entah macammana, kitorang diberitahu blok kami tu sekali dengan 2 orang lelaki. Maksudnya kitorang terpaksa berkongsi bilik mandi n toilet dengan diorang!!!! Terpaksalah bermuslimah setiap kali nak keluar bilik semata2 untuk ke toilet atau nak mandi.. sepertinya SEMUA orang tau, orang2 russia ni, especially yang lelaki ni pengotor! Tapi terkezut mak bila salah seorang daripada lelaki ni (by the way, diorang ni houseman/ordinator, sorang kat bahagian neuro (J, sebab dia berjambang), seorang kat bahagian surgery (G, sebab dia gemok =P) yang berwarga Ukraine sangatlah CLEAN FREAKKK!! Even sehelai rambut pun dia suruh kitorang kutip lepas habis guna shower.. maka adalah rutin tambahan kitorang kena bersihkan shower setiap kali lepas guna! (maksud bersihkan tu adalah menyental segala benda yang boleh disental, mop lantai sampai kering, kutip segala rambut2 yang ada... rasanya elok jugak kalau botakkn kepala bila seblok dengan diorang ni.. huhu)

Anyways, bukanlah nak kata benda ni teruk, bagus jugak sebenarnya mengajar kitorang yang x berapa pembersih ni untuk jadi lebih baik... bila mengadu kat mak masing2 pun semua kata, "haaa eloklah tuh..blah3.." .... =.=' Apa yang lucunya, diorang ni suka sound kitorang buat tu buat ni, and kekadang tu pinjam tu pinjam ni. tapi lepas tu tiba2 J akan compensate balik dengan bagi kitorang cenderahati (tapi basically benda2 tu pen n buku yang kita dapat free masa kat konvensyen2 selalunya..), atau pun pasang tu pasang ni dalam shower, G betulkan lampu bila terbakar.. Kita pun mulalah terfikir, ooh bagus gak duduk dengan diorang ni.. Sehinggalah pada suatu hari, iaitu kelmarin, bersamaan dengan Men's Day yang rasanya hanya disambut di Russia ni. J n G ketuk2 pintu minta kitorang bayar 200 ru setiap sorang sebab diorang dah belikan itu belikan ini.. Kitorang macam =O !! Ingatkan gentlemen je diorang ni, rupa2nya hareeem!!! Selamatlah kitorang bakal tukar bilik x lama lagi (harap2 bilik tu ok mcm bilik ni jugak..aminn!).. and by the way, sorry la aku nak bayar 200 ru takat untuk mentol 2 biji dengan barang2 yang memang kitorang x akan guna pun lepas ni.. 50 ru cukup lah! (tapi if in case kitorang stay kat sini... hmmm tu lain cerita lah.. gulp)..

......

Sem baru ni group aku dimulakan dengan subjek obstetrik dan surgery.. Bila dapat tau kitorang dapat cikgu yang sama, semua macam......"oooh tidak!!!!" Tapi3, selamatlah kitorang combine kelas dengan group sebelah.. Bila dah ramai2, ni xdelah semua orang kene jawab, n maksudnya kuranglah sikit kadar mengamuknya.. Dapatlah aku menuntut dengan tenang sikit.. takat ni baru diberi peluang untuk tengok C-sec secara live.. Tapi sebenarnya kalau boleh nak tengok natural delivery.. Tapi x pelah, iAllah akan ada peluang lain..

Xtau lah kenapa, kali ni bila belajar obs ni rasa sangat3 terasa... Rasa bersyukur sebab dilahirkan secara normal, tanpa sebarang masalah.. Kalau nak diikutkan apa yang aku belajar, banyak sangat problem2 yang boleh berlaku masa si ibu nak melahirkan anak ni.. Tapi Allah bagi juga peluang untuk kita semua ni merasa hidup di dunia ni, dengan mata yang dapat melihat, telinga dapat mendengar, mulut dapat berbicara, serba serbi sempurna.. Tapi masalahnya kita selalu fikirkan kekurangan2 yang kita ada.. Kita senang sangat nak bising bila berat badan naiklah, kurus sangatlah, mata sepetlah, hidung kemik la, kulit gelaplah... Sedangkan bila difikirkan balik, baaaaaanyak sangat nikmat yang Dia bagi kat kita tanpa sebarang charge pulak tuh! Guna jer, free! Macammanalah agaknya kalau kita xde mata nak melihat, even 2 hari lepas bila lampu bilik air x berfungsi tu, payah sangat nak guna, ye lah gelap gulita kut.. Masa tulah barulah rasa bersyukurnya ada lampu.. tu belum cakap udara yang kita sedut 24-7, makanan yang kita makan, macam2lah.. sila baca buku Tauhid Zindani yer, menawik!

Oklah, cakap pasal makan ni, nasi pun dah masak da... x sabar ni nak makan nasi panas dengan lauk ayam masak lemak cili api.. Almaklumlah, sejak pindah ni belum dapat lagi masak lauk proper sebab nak beli barang mentah pun peti ais nye ngak ada... oklah... thanks for reading! salam dan selamat berhujung minggu! ^^

p/s rambut biruuu..hikhikhik~

Saturday, February 18, 2012

dublin's love



Harini bangun pukul 5.30 pg sebab nk g galway pulak. Ireland ni terkenal selain sebagai pengeluar arak yg t'besr, dia jgak terkenal dgn keindahan semula jd dia. Pernah x tgk cerita p/s I Love You? Haa kt ireland la tu p'gambaran dia.. So kitorang harini ikut tour ke Galway naik bas. 7.30 pg smpai 9.30 mlm.. Heee x sabarnye nk tgk ciptaan Allah ni!!!

Ok,smlm smpai dublin dah ptg. Tp kt sini pn awal gelap. So walaupun baru pukul 6 tp da gelap mcm kul 8. Mula2 tu salah topup phone.. So mmg x dpt nk contact siser kt sini. Tp alhamdulillah, rupa2nya sister2 dublin ni dh smpai da pun nk jmput kitorng. Legaaaa!! Spnjg perjlnn nk ke umah diorg tu mmg lalu la kwsn perumhn, bandar2 dia.. Walaupun x nmpak sgt sbb da mlm, tp mmg cantik2.. Mcm lalu kt kwsn perumhn org2 kaya.. Rumah sebiji2 ade halamn rumah yg dihias comel2 sgt. Smpai rumah sister, mmg seperti yg dijangka la, cantik jugak! Memamg selesa la duk situ.. X nak balik ley x?! Hhehe.. Xpelah, nnt babushka rindu plak kt kite.

Apa yg aku prasan, relationship antara sister2 kt sini sgt rapat! Boleh x ada satu masa tu, tiba2 mcm segerombolan manusia dtg salam,peluk cium menyambut kedtgn kitorg.. Waaa sgt tersentuh you!!! Lpas tu kitorng ada tazkirah sikit drpd sister sana.. Seronok bila dengar something yg wlaupun da selalu dgr, tp bila dgr drpd org2 yg baru knal ni, rasa lagi meletop! Rasanya mmg aku tabik spring kt diorng ni.. Hebat sgala segi... Fyi, diorng ni student RSIC yg da smmgnya semua tau hebat tambah plak diorng ni sgt memahami islam sebenar! In fact, mlm tu ada jgak sisters yg da jd doctor kt sana.. Hebat ke dok!

Oklah, pening ah menulis kt dlm bas ni.. Hmm rasanya x lama lg nk smpai da ni.. Sangat2 harap cuaca ok n x hujan.. K.. Off.. Salam

Crossing the ireland, 21 jan, 9.20

Saturday, February 4, 2012

passport control itu sungguh horror!


cuba teka, ni kat laut mane?



Salam.. Lama x bukak blog ni..Kesian pulak aku nengoknyer.. Bila check2, ada pulak junior yang m'follow blog ini..mane dapat link ceq pun xtau la.. but anyways, selamat datang =)

Anyways, Aku baru je selamat pulang dari Winter Holiday trip atau nama islamicnyer "Jaulah" di UK-IRE. Sangat3 banyak benda yang berlaku yang menguji tahap kesabaran aku ni tapi at the same time banyak jugak benda2 best yang x akan aku lupa wat bila2... hehe... hmm,, x banyak pun post yang aku sempat karang sepanjang trip ni.. Sebab bila something bad happen, terus frust xnak blog dah.. so tgk la agak2 aku free and in the mood aku tulislah.. and at the mean time, baca je la pe yang ada..

................

Setiap kali nak melepasi pagar negara Rusia ni, mesti ade je dawai2 besi yang melingkari. Alhamdulillah, Allah bagi aku peluang untuk berjalan2 ke UK-Ireland tahun ni. Sebab x nak menyalahgunakan sgt duit Mara, so kami cuba utk naik airline yg paling murah- airbaltic n ryan air. Macam air asia la lebih kurang.. Beg kene 1 je, saiz sekian2, berat 8-10kg.. Ape sgtlah aku dapat bawak, dgn camera+lens dah sekilo lbih.. Tp x kisah la tuh..Sampai kat passport control, dah menjadi adat salah 1 passport kitorang akan diambil. Dia nak buat ape xtau lah. Tapi kali ni, tujuh2 passport dia amik. Mungkin moden sangat passport Malaysia ni sampai rusia x mampu nak catch up.. Tp masalahnya, kalau kitorang ada banyak masa sebelum nak boarding tu xpelah ko nak simpan wat jeruk ke hapa passport tu. Ni masalahnya flight kul 11.00, and pukul 10.45 kitorang still kat passport control lagi!!!!!! Bayangkan, cuma ada less than 15 min je nak lalu security check, cari gate yang jauh bukan main.. Masa security check ni kite kene tanggalkn segala benda2 metal termasuklah tali pinggang. So bile dah lepas S.C tu kitorng berlari x hingat dunia, dengan seluar yang hampir2 nak tercicir.. Huuuaahh..


Alhamdulillah, flight tu tunggu kami. Stgh jam jugaklah lewat..huhu.. Well, don't blame us. Blame those stupid security officers!! Bila masuk atas airplane plak, stewardess kata beg kami kene letak kat bawah (cargo) sebab cabin dah x muat.. Kenelah aku bukak pulak beg amik camera semua.. Bila dah duduk kat seat.. Tiba2 aku t'ingat yang Ipod ngn phone aku ade kat dalam beg tu, poket depan beg plak tuh!!!! sebabnya tadi serabut2 kat security check tu aku sumbat je segala benda masuk beg. Aku pun cakap dengan stewardess tadi yang harta benda aku kat dalam tu!! Sambil cakap2 tu t'emo pulak lalu berlaku la sedikit drama pendek.. Stewardess yang baik ni pun cepat2 pujuk n siap offer refreshment. X nk lepaskn peluang minta la air mineral. Tapi memang sgt perlu pun.. Ape x nye, kering anak tekak berlari dalam airport tu.. Macam dlm movie!! tapikan, bila aku raba2 poket seluar rupa2nya ada je kat situ.. Huhu.. Malu sye :p

Okeh... Sampai kat riga, tempat kami transit.. Tapi disebabkn beg kitorang kt bwh, so kenelah g passport control dulu untuk exit and amik beg, pastu baru check in balik.. Kat sini pun diorng nk amik gk passport kitorang!! Ya Allah tolonglah!! Dah rasa macam pendtg haram je tau x!!! (byk tul tanda seru haa) tapi org2 riga ni baik(n handsome ;p) x macam org rusia laknatullah tu! So xde la problem sgt.. Cuma sedikit pelik, masa nk explain kat diorng mslh kitrng, still kene cakap bahasa rusia baru diorng phm,... Mmg x ley lari tul ngn negara R ni! Okey, skang kat dlm flight nak ke london pulak.. Ditemani dgn ex~housemate hampir nk 4 thn.. dah jd ex da :(

Satu benda yang buat aku tertarik, bila kak H kata, nak b'jaulah pn payah.. dan x sangka aku ley jwb cmni, ni kira salah satu dr activity jaulah la ni, namanya menguji kesabaran. Woah!!


Vege soup je yg mampu.. ahaks!



Oklah, takat ni smpai sini dulu ye.. Salam




Somewhere over the rainbow (riga-london)
20 jan 2012, kul 12 tghari kut.











LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.