Wednesday, November 21, 2012

Yeay, I'm not a maniac!!

Assalamualaikum!!

Semalam (20/11/12) masa kelas psychiatry, rasa sangatlah ngantuknya, tak macam hari-hari sebelumnya.. Pusing sana, pusing sini,  tak jugak hilang-hilang ngantuk ni.. Tapi dalam ngantuk2 tu, dapat je la tangkap apa yang cikgu nak cakap.. Masa tu kami sedang berbincang tentang tajuk depression, mania, dengan apathy/abulia.. Masuklah dengan tajuk mania.. Cikgu cakap kita semua ni mesti ada talent /bakat masing-masing, dan dia pun secara randomly tanya jelah kat dalam kelas ni siapa yang ada bakat dalam anything.. Tiba-tiba seorang sahabatku ini (i know u'll read this..lol) pergi jaja nama aku dengan kata aku ada bakat fotographi.. Lepas tu dengan muka bersinat-sinar cikgu tu tanya, " So you are really good in photography? Please tell me more about it. Do you mind to show me some of your pictures now? " Adoiiii nak gugur jantung den!! Dalam hati memang dah terfikir dah nak tunjuk few pics dalam iPod, tapi  tak rasa pun cikgu ni serius nak tengok.. Memang masa tu terus terfikir yang cikgu ni nak test aku je ni.. So dengan muka agak merah (sebab malu) aku pun cakaplah aku tak ada gambar2 tu sekarang.. Dan sebenarnye.....!!!

Sebenarnya memang betul dan tepat tindakan aku!! hehehe.. Untuk nak klasifikasi orang yang ada penyakit mania, salah satu simptomnya orang ni akan suka bangga diri and cakap/tunjuk semua bakat-bakat yang dia ada.. Dalam erti kata lain - Show of.. Contoh dalam 1 pesakit ni, makcik tua, bila ditanya dengan bakat/kemahiran, dengan lajunya  dia mengaku yang dia pandai berbahasa Sepanyol, Perancis, English, Chinese, Japanese, dan banyak lagi. Lepas tu dia pandai mengait baju (tapi doktor sure yang baju tu dia beli kat kedai je pun.. lol), pandai menyanyi dan menari.. Sempatlah makcik ni buat persembahan depan doktor tu.. Memang lawak habis! Tapi mungkin kita akan terfikir kalau dah orang tanya kita jawablah kan.. Tapi dalam kes makcik ni, kira macam tak sesuailah sebenarnya cara dia nak ceritakan bakat dia.. Sampai menari-menari dalam hospital.. Dan best lagi, sebabkan doktor kena profesional, so bila makcik tu buat persembahan muka doktor tu memang ketat habis.. Terus makcik tu tanya, "Doktor tak suka ke persembahan saya?" LOL

So back to my story, ALHAMDULILLAH aku buat decision untuk tak buat apa2.. Kalau tak, habislah lepas ni aku kena label mania!!! hohoho... Plus, sebabkan sahabat aku ni tadi jual nama aku, terus hilang ngantuk dan sambunglah sesi pembelajaran aku dengan efektifnya! =P

p/s kepada orang-orang yang suka sangat nak show of tak bertempat tu, berhati-hati, anda mungkin ada penyakit mania! hehe

Sunday, November 11, 2012

Updating my B'day celebrations.. XOXO

Chocolate cake by my roomates, food and presents by groupmates, card by yugo citizen ^^



necklace by elya 

trifle by afiqah 

 with kak yana, november babies

cupcakes by kak Nad 

and present + notes too by kak Nad =)



There you go... Thanks everyone for the splashes of love!! 


Thursday, November 1, 2012

Dear 22 years old me

Assalamualaikum... tajuk saja je tulis dalam English sebab lagi sedap bunyinye.. hoho

Lagi beberapa jam nak pukul 12 malam, nak masuk 2 November, bermakna masuklah aku kepada suatu usia yang baru. Walaupun pada hakikatnya usia tu bagi aku hanyalah angka, diri ni masih seperti tahun2 yang dulu.. x matang2 nampaknya.. hehe.. Dah lama jugak aku tak tinggalkan kenangan2 aku di sini.. ada lah dalam 5 bulan jugak.. So hmmm... apa ye nak cakap.. *krik..krik..*

Sebelum tu, in case aku akan baca post ni 10 tahun akan datang, so aku selitkanlah macam mana rupa aku sekarang..hehe..





Penduduk Insyirah =)


Masa ni berlalu cepat betul.. Tengok2 dah tahun ke-5 aku di Rusia. Hanya tinggal setahun setengah lagi sebelum pulang ke tanah air dan berkhidmat pada negara. Tapi semakin hari, semakin kuat persoalan dalam diri ni, "Bersedia ke aku untuk menjadi seorang doktor?", "Mampu ke aku untuk memikul tanggungjawab yang besar ni?", kerana aku sendiri rasa yang makin hari, makin jelas yang aku tak ada ciri2 seorang doktor itu. Sekeliling aku dah jadikan diri ni makin dingin dan makin tak ambil kisah pada orang lain. Dan aku sering kali persoalkan kenapa perlu bersusah payah untuk membantu orang lain?.. (ish2..tak patut betul!)

Selalu jugak aku menyalahkan diri sendiri dan menyesal kerana memilih untuk menuntut di sini, malah memilih untuk mengambil bidang kedoktoran ni! Setiap kali membaca perkembangan rakan seperjuangan di tempat2 lain, rasa jauh sangat perbezaan antara aku dan mereka. 5 tahun mereka memang diberikan latihan sepenuhnya untuk menghadapi apa yang bakal mereka lalui akan datang. Tapi 6 tahun aku di sini, ibarat satu percutian yang panjang dan tidak dilupakan sentiasa penuh dengan cabaran - lawatan yang mencabar, mungkin!

Apatah lagi jika aku pulang ke Malaysia dan membuat praktikal. Bertambah rasa diri ni sangat rendah dan bodoh kerana tak tahu itu tak tahu ini. Sudah tahun 4 tapi banyak lagi benda yang tak tahu, lupa.. Macam manalah nak merawat orang nanti?!!! T.T 


"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." Al-Mukminun, 62..


Bila teringatkan ayat ni, mungkin aku sebenarnya mampu je untuk hadapi semuanya, sebab kalau tak Allah tak akan meletakkan aku di sini.. Dan jika difikir-fikirkan, tak semua orang diberi kesempatan dan peluang sebagaimana apa yang aku dapat. Mungkin ilmu tu tak berapa nak melekat, tapi harapnya pengalaman2 yang aku ada dapat sedikit sebanyak menjadi bekal untuk aku. Makanya Aimi Iylia, inilah jalan yang kau pilih!! Inilah jalan yang kau akan lalui!! Moga Allah bagi aku kekuatan dan kebaikan sepanjang berada di jalan ini!!!!

By the way, Happy birthday Aimi Iylia! Aku sayang kau! Kau ingat tu! =)

p/s tulis ayat2 skema ni so not me! =P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.