Wednesday, November 23, 2011

Bergambar dengan squad HARIMAU MUDA!! ngaumm~


hehe... sorry, bukan saya..tapi abang long dengan familynya yang kebetulan berada kat tempat yang sama dengan diorang ni.. Well, diorang pun manusia biasa jer kan, tapi memandangkan diorang baru je menang sea games yang lepas, dan kebetulan aku yang x pernah abad minat bola pun tertengok, tu yang terexcited lebih tuh..hihihi... nak2 plak player favourite ada dalam gambar sekali.. owhh jealous!

amboi, abang aku nyer gaya dah macam best friend dah ni..hehe

credit: abg long

p/s next week dah nak exam MCQ Topan.. doakan kami yer!!

Monday, November 14, 2011

we are on Russian news!!


hehe..kepada mereka yang dah tahu kat FB hari tuh sorrylah, saya ni memang kepohci sikit..hikhik... yela, bukan senang tu nak masuk berita.. walaupun gambar jer, n walaupun muka seposen.. hikhik... ni kira sambungan siapa yang terkorban? lah yer.. =)



Sambil tu tengok2 jugak gambar2 sambutan raya kat kawasan2 lain kat russia ni, Subhanallah!!!! Ramainyer makhluk, sampai ke jalan2 raya.. dahlah tiba2 je pagi raya tu sejuk ya amat, lebih kurang -10 degree la jugak.. huu... ni link ria novasti tuh..

Happy Topan n Neuro everyone..!!


Sunday, November 6, 2011

Siapa yang terkorban?


ni namanya kuali berasap!

Salam aidiladha! Semalam rumah kitorang telah diberikan amanah untuk dijadikan sebagai tempat berkumpul untuk iftar(buka puasa). Semasa tazkirah pendek oleh salah seorang ustazah pilihan, beliau ada mention yang baru tahun ni dia rasa betul2 apa erti sebenar raya haji ni, apa itu hari arafah n etc.. hey, guess what... ME TOO!!!! Selama 20 tahun, x pernah kisah sangat pasal raya haji ni sebab raya ni xde kuih raya sangat, duit raya pun x dapat..hehe... tapi entah kenapa, baru tahun ni tau pasal kebaikan 10 hari pertama zulhijjah, puasa 9 zulhijjah n ganjarannya, (ada sumber yang kata, kalau kita x dapat nak gi wat haji, means gi kat padang arafah tu, kita bolehlah wat puasa sunat tu, and kita juga iAllah akan tergolong orang2 Arafah..kalu salah betulkanlah yer.) Well, walaupun dah tua bangka baru tau, tapi at least better late than never, right?!

prepare nak bertakbir. Allahuakbar....Allahuakbar!~

Kebetulan kawasan rumah kitorang ada buat sembahyang raya (Mufti sini sewa exhibition hall untuk dijadikan tempat untuk solat raya), so tanpa melepaskan peluang, kitorang pun join-venture, nak rasa macammana plak feeling beraya dengan orang2 sini.. Before nak gerak tu, dah jadi adat memang akan tengok weather forecast dulu..Alangkah terkejut mak nak... -9!!! xsuke!!! so kitorang pun membalutkan diri setebal mungkin and memulakan langkah.. Setibanya di exhibition hall tuh, (memang grand jugak dewan tuh..besau ya amat! ) xnampak pulak muslimah2 tuh,. aikk x kan lelaki je kut.. kitorang pun bermuka tebal meneruskan jer..Alhamdulillah ada la 2 orang nenek ni... Kitorang sampai dalam pukul 8 lebih..dalam jadual pukul 8 kutbah dan 9.30 dah start solat raya..tapi tunggu2 dalam pukul 10 jugak baru mula solat.. Kat sini, diorang baca kutbah dulu sebelum solat. dah la bahasa rusia (of course la..daaa~), mengantuk pulak tuh..tah bape kali menguap tah..hehe.. owh yer, disebabkan kami2 ni sahaja muslimah, lepas tu pakaian pulak paling colourful (nak compare dengan russian yang lain yang mostly pakai baju hitam je ), banyaklah camera2 yang meliar ke arah kami.. dah rasa macam artist 5 minit..

Ni ada satu "adengga" (bahasa baru yang dicipta oleh rakan saya, yang bermaksud agenda) yang agak memalukan dan err xtau nak cakap apa.. Kebiasaannya untuk solat raya angkat takbir 7 kali pada rakaat pertama and 5 kali pada rakaat kedua, lepas tu baru baca alfatihah dan surah dan ruku' kan? Masa rakaat pertama betul dah.. tapi masa nak masuk rakaat kedua, lepas dah bangun daripada sujud, imam terus baca alfatihah.. dalam hati dah pelik dah, tapi follow jer la., lepas tu bila imam takbir, kami2 yang sederet ni ruku', tapi nenek sebelah angkat takbir pulak.. kitorang pun bangun balik and angkat takbir and menghabiskan solat... Bila dah selesai solat, bagi salam, tengok kat depan, ada cameraman dengan camera besarnya tengah record kitorang.. Allah hai, malu nyer.... !! harap2 cameraman tu delete je part kitorang =P

besar kan3!! ni x ramai lagi ni..awal lagi.

tengah baca kutbah


kalau tengok dari songkoknya, orang Kirgistan ni..hehe



sunat makan lepas solat raya.. belasah!!

Selamat hari raya dari i.am.me! (mulut ponoh)

hmm, tu la serba sedikit benda yang lucu di pagi raya! Tapi, as a whole, sangat2 terasa raya kali ni, erti sebenar korban.. mengkorbankan masa, mengkorbankan nafsu, dan paling penting mengkorbankan diri untuk lebih ikhlas!!! susah wooo!! Oklah, cukuplah takat ni dulu yer, cycle berbisa pun dah nak mula dah esok.. doakanlah semoga kami berjaya melaluinya dengan hati tenang dan dipermudahkan segalanya.. Minta ampun atas segala salah silap dan selamat hari raya aidiladha! =)

.....jawapan untuk di atas = mereka dan keluarga mereka... lame =.="

Friday, November 4, 2011

love.cupcake.love.

Salam, and hi! Today I received a white, cute little package from someone special.. and guess what's inside.....

=)

jom tinjau2

tadaaa..!!

nyum2!




p/s selamat hari raya aidiladha kepada semua pembaca.. esok jangan lupa puasa.. iAllah akan diampunkan dosa tahun sebelum dan selepasnya.

Thursday, November 3, 2011

2NE1!

alhamdulillah3.. semalam genap 21 tahun aku menghirup nafas dibumiNya ni. syukur tak terhingga! Lebih bersyukurnya aku bila masuk bulan ni, macam2 benda best yang berlaku. Antaranya Palestine menang dalam voting untuk diterima masuk UNESCO, Hagia Sophia yang kat Istanbul tu akan ditukarkan daripada muzium kepada masjid, birthday aku jatuh pada bulan Zulhijjah, dan ibuku sedang mengerjakan haji di tanah haram, dan2.... haa, negeri sembilan menang piala Malaysia..hikhik

Walaupun dah x berapa excited menyambut hari lahir ni (sebabnya yang paling significant bila transformation dari 19 ke 20.. so lepas 20 onwards, rasa macam tu je la..heh heh..), tapi wish2 dan doa2 family, saudara2, kawan2 (lama, baru) memang menceriakan hari2 aku.. thanks anda2 semua..

Macam biasa, birthday aku sentiasa disambut bersama2 dengan "kembar" x seiras, x serupa.. Housemate yang juga lahir pada tarikh yang sama tapi berlainan tahun. Tapi last2 dia join sekali wat surprise (xla surprise pun =P) untuk aku..haha.. Sebabnya housemate lain yang bancuh kek, semua buat dalam bilik si kembar aku ni.. siap dia tanya cukup x gula, tepung bagai..hhehe.. comel2..

jazakumullah kepada kamu2 yang bertungkus lumus menyiapkan kek, pizza untuk birthday kami.. Moga persahabatan kita berkekalan dunia akhirat, and moga bukan hanya kerana kepentingan semata2, tapi kerana Dia..

Last year's picture
credit: elya

unik kek pisang anggur tirah n radzlin ni =)

pizza ni jauh datang resepi dia

Ni surprise sungguh ni... lagi gempaq la nampaknya aku masak..huhu.



p/s dah bolehlah register untuk mengundi ni.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.