ni namanya kuali berasap!
Salam aidiladha! Semalam rumah kitorang telah diberikan amanah untuk dijadikan sebagai tempat berkumpul untuk iftar(buka puasa). Semasa tazkirah pendek oleh salah seorang ustazah pilihan, beliau ada mention yang baru tahun ni dia rasa betul2 apa erti sebenar raya haji ni, apa itu hari arafah n etc.. hey, guess what... ME TOO!!!! Selama 20 tahun, x pernah kisah sangat pasal raya haji ni sebab raya ni xde kuih raya sangat, duit raya pun x dapat..hehe... tapi entah kenapa, baru tahun ni tau pasal kebaikan 10 hari pertama zulhijjah, puasa 9 zulhijjah n ganjarannya, (ada sumber yang kata, kalau kita x dapat nak gi wat haji, means gi kat padang arafah tu, kita bolehlah wat puasa sunat tu, and kita juga iAllah akan tergolong orang2 Arafah..kalu salah betulkanlah yer.) Well, walaupun dah tua bangka baru tau, tapi at least better late than never, right?!
prepare nak bertakbir. Allahuakbar....Allahuakbar!~
Kebetulan kawasan rumah kitorang ada buat sembahyang raya (Mufti sini sewa exhibition hall untuk dijadikan tempat untuk solat raya), so tanpa melepaskan peluang, kitorang pun join-venture, nak rasa macammana plak feeling beraya dengan orang2 sini.. Before nak gerak tu, dah jadi adat memang akan tengok weather forecast dulu..Alangkah terkejut mak nak... -9!!! xsuke!!! so kitorang pun membalutkan diri setebal mungkin and memulakan langkah.. Setibanya di exhibition hall tuh, (memang grand jugak dewan tuh..besau ya amat! ) xnampak pulak muslimah2 tuh,. aikk x kan lelaki je kut.. kitorang pun bermuka tebal meneruskan jer..Alhamdulillah ada la 2 orang nenek ni... Kitorang sampai dalam pukul 8 lebih..dalam jadual pukul 8 kutbah dan 9.30 dah start solat raya..tapi tunggu2 dalam pukul 10 jugak baru mula solat.. Kat sini, diorang baca kutbah dulu sebelum solat. dah la bahasa rusia (of course la..daaa~), mengantuk pulak tuh..tah bape kali menguap tah..hehe.. owh yer, disebabkan kami2 ni sahaja muslimah, lepas tu pakaian pulak paling colourful (nak compare dengan russian yang lain yang mostly pakai baju hitam je ), banyaklah camera2 yang meliar ke arah kami.. dah rasa macam artist 5 minit..
Ni ada satu "adengga" (bahasa baru yang dicipta oleh rakan saya, yang bermaksud agenda) yang agak memalukan dan err xtau nak cakap apa.. Kebiasaannya untuk solat raya angkat takbir 7 kali pada rakaat pertama and 5 kali pada rakaat kedua, lepas tu baru baca alfatihah dan surah dan ruku' kan? Masa rakaat pertama betul dah.. tapi masa nak masuk rakaat kedua, lepas dah bangun daripada sujud, imam terus baca alfatihah.. dalam hati dah pelik dah, tapi follow jer la., lepas tu bila imam takbir, kami2 yang sederet ni ruku', tapi nenek sebelah angkat takbir pulak.. kitorang pun bangun balik and angkat takbir and menghabiskan solat... Bila dah selesai solat, bagi salam, tengok kat depan, ada cameraman dengan camera besarnya tengah record kitorang.. Allah hai, malu nyer.... !! harap2 cameraman tu delete je part kitorang =P
besar kan3!! ni x ramai lagi ni..awal lagi.
tengah baca kutbah
kalau tengok dari songkoknya, orang Kirgistan ni..hehe
sunat makan lepas solat raya.. belasah!!
Selamat hari raya dari i.am.me! (mulut ponoh)
hmm, tu la serba sedikit benda yang lucu di pagi raya! Tapi, as a whole, sangat2 terasa raya kali ni, erti sebenar korban.. mengkorbankan masa, mengkorbankan nafsu, dan paling penting mengkorbankan diri untuk lebih ikhlas!!! susah wooo!! Oklah, cukuplah takat ni dulu yer, cycle berbisa pun dah nak mula dah esok.. doakanlah semoga kami berjaya melaluinya dengan hati tenang dan dipermudahkan segalanya.. Minta ampun atas segala salah silap dan selamat hari raya aidiladha! =)
.....jawapan untuk di atas = mereka dan keluarga mereka... lame =.="
No comments:
Post a Comment