Wednesday, December 28, 2011

Orang baik


Ada lagi ke orang baik kat dunia ni?...

Selalunya yang kita dengar kalau orang ni buat baik mesti ada udang kat celah2 batu tuh... "Baik..Baik ada makna tuh.." Macam dalam cerita P.Ramlee.. Tak macam zaman nenek2 kita dulu, zaman kita sekarang ni bila ada orang asing offer untuk nak bagi bantuan selalunya kita akan tolak. In fact, ibu bapa kita sendiri kata jangan percaya kepada orang2 yang kita tak kenal. Sebabnya zaman sekarang ni, nak jumpa orang yang betul2 baik tuh, agak susah.. Dengan kes ragutlah, rogol, samun, culik.. Nauzubillah...


Tapi ada benda yang paling buatkan aku tersentak, bilamana percutian aku yang lepas di St.Petersburg. Kami yang dengan beg2 besar kami terkial2 nak cari marsyrut (van) yang betul untuk ke arah hostel kawan kami (sebab kami nak tumpang semalam kat hostel diorang). Dengan sebutan yang tak berapa nak fasih, kami cuba untuk bagitau alamat tempat tinggal kawan kami kat pemandu marsyrut tu. Tiba2 datang seorang mamat ni, terus mengofferkan diri untuk nak tolong kitorang.. Kami yang agak kebinggungan ikut je naik marsyrut kepunyaan mamat ni.. Cuma yang peliknya marsyrut tu xde penumpang lain. Hanya kami berempat dan lelaki tuh. Mulanya kami fikir mungkin sebab ni perhentian yang pertama, tapi bila sampai bas stop yang lain, dia x berhenti pulak ambil penumpang lain.. "OMG, apa kita nak buat ni???!! tah2 dia nak culik kita?!!"



Lelaki tu mula menegur sapa dengan kitorang.. Tanya soalan2 typical, kami ni muslim ke, sembahyang ke x, mengaji ke x, dan sempat pulak bertazkirah pendek pasal menutup aurat.. Hmm.. Masa tu nak kata lega sikit pun ada la jugak.. At least lelaki ni seagama dengan kitorang... Perjalanan yang sebenarnya dekat terasa sangaaaat jauh dan lama.. Biasalah kalau dah cuak macam tuh.. Tapi, yang membuatkan aku sangat terharu bila lelaki tu berhentikan kitorang betul2 kat depan pintu hostel kawan kami dan paling best, dia kata x payah pun bayar~! wow, ada lagi orang baik rupanya.. Rasa serba salah pulak bila fikirkan macam2 yang buruk pasal lelaki tuh tadi... huhu...

Tapi apa2 pun, aku bersyukur, walaupun kat luar tu macam2 ragam orang kita jumpa, tapi kat sini aku sentiasa dikelilingi orang2 yang sangat baik kat aku.. *terharu seketika* Harapnya bila kat Malaysia mungkin x jumpa sangat orang2 baik ni, tapi at least aku sendiri cuba untuk buat baik dengan orang lain..insyaAllah...sama2 doakan yer!

oowh yer, ada dalam hadis nabi, cabang iman ada 70, yang paling utama, bila kita sebut La ilaha illallah, dan yang paling rendah bila kita alihkan something yang mengganggu kat jalan.. dalam maksud lain, x semestinya buang batu/kayu kat jalan, tapi boleh jadi apa2 je benda supaya memudahkan orang lain.. gitulah gamaknyer..



Makcik2 ni baik sebab dia x marah bila nak amik gambar dia =P






Thursday, December 22, 2011

I Would Do Anything For You - Foster The People

Simply loving this "snow jungle" in front of the house.. really2 gonna miss staying here T.T



me likey all of their songzzz!! good night love =)






p/s currently interested in this Mediterranean Fever thingy~

Tuesday, December 20, 2011

Ego sedang bermaharaja lela di dalam diri. Ego yang tidak mendatangkan sebarang hasil, malah merosakkan diri. rakan kepada ego ini - rasa bersalah. Perasaan yang tak perlu nak dikata dah, makin meninggi setiap hari. Mungkin bagus juga adanya perasaan ini, supaya si ego tidak terlalu bebas....?


........

Perjalanan pulang dari kelas hari ini membuatkan aku terdetik seketika memikirkan tentang kematian. Sementara menunggu lampu hijau untuk melintas, aku fikirkan apa sahaja yang telah aku persiapkan diri ini jika aku mati pada hari ini. Dahulunya persiapan yang aku perjuangkan aku tinggalkan ditepi, "berehat seketika" mungkin.. angkara ego itu. Lampu trafik pun sudah bertukar.

Sudah menjadi kebiasaan aku menyumbat telingaku dengan earphone dan memakai hood di kepala. Supaya aku jauh dari pandangan asing mereka, dan aku, di dalam duniaku sendiri. Ku lintas lagi jalan untuk sampai ke rumah. Aku di tengah jalan, toleh ke kiri, kereta hitam laju meluru, toleh ke kanan...hampir seinci sahaja jarak aku dengan trolley bas! Aku hanya mampu berdiri kaku sementara bas itu melalui di hadapan mata. Tidak dapat aku bayangkan, jika aku mempercepatkan langkah aku ke hadapan untuk mengelak kereta hitam itu, mungkin post ini tidak wujud sama sekali.

Cepat sungguh persoalanku tadi dijawab. Dijawab dengan sedemikian rupa. Allah masih memanjangkan umurku, Allah masih memberiku nyawa. Untuk apa?? Kerana Dia masih sayangkan aku? Supaya aku masih tenggelam dalam dosa? Supaya aku masih sempat
bertaubat padanya? Supaya..... Bergantung kepada diri ini untuk memilih. Cumanya untuk memilih, aku perlukan hati yang baru, kerana hati ini sudah terlalu hitam!

Wednesday, December 14, 2011

trapped





He was trapped
inside
a devil's body.





He
wants to be
good,
but the devil
has conquered it all.











And there's nothing
he can do
about it...















Friday, December 9, 2011

exam - apa kata anda?

apa korang rasa tentang exam/peperiksaan/test/ujian bulanan? benda pertama yang kita pikir mestilah stress, busy, focus3 dan blah blah blah....~ Tapi, aku pulak tiba2 discover satu lagi "feature" baru sempena exam yang baru lepas ni.. apakah ia??

Kasih sayang seorang sahabat dapat dilihat menerusi kesedapan spagheti ini.. ooo dengan sate sekali! ahaks <3 ~~

Aku xtaulah sistem exam kat Malaysia tahap universiti ni macammana sangat. Tapi kalau kat Moscow ni, dan nak lebih spesifik lagi universiti aku yang tercinta ni, (rasanya dah banyak kali je sebut pasal bende ni..hehe) sistem permarkahan dia sangatlah random dan boleh kata memang "ikut nasib".. Kepada yang xtau, kat sini simple je cikgu nak bagi markah.x payah sampai seratus peratus pun, cukup dari angka 1 -5 je. 1-2 kira fail dan kenalah repeat balik. 3 kalau direct translationnya selesa, nak sedap lagi memuaskan lah kut. 4 pulak bagus dan 5 tu cemerlang gemilang terbilang. Cara menjawab examnya pulak (ni untuk exam final), kebiasaannya, ada bagi MCQ dan kekadang xde pun, lepas tu dia bagi kertas yang ada dalam 3-4 soalan. Lepas dapat soalan duduk dulu, cari ilham, tulis2, rangka2 ayat, xdapat nak rangka pikir nak goreng2 apa dan bila cikgu dah panggil tu kita pun mulalah jawab soalan2 tersebut.. borak punya borak dengan cikgu, cikgu pun bagi markah, tulis kat buku zacheot (macam report card) markah tu dan kita pun keluar dewan, cari tempat yang agak2 x ada orang sangat, lepas tu lompat2 gembira x hingat dunia sebab dah habis belajar subjek tuh.. (orang patutnya cari tempat untuk wat sujud syukur ker...huhu). Ok, ni x sampai lagi point yang aku nak sampaikan. Tapi sebab aku x busy sangat cycle ni, so aku tulis jelah meleret sikit, macam yang sekarang aku buat ni, walaupun sebenarnya x perlu pun.. woii!! dah stop!!

Ok sambung balik.. dah cerita pasal rangka exam kat sini, kita cerita isi dia pulak. 1st, soalan2 yang kita dapat tu memang randomly pick. So agak2 dapat soalan yang kita memang tau A-Z pasal benda tu atau paling best benda yang kita baru je baca 5 minit sebelum masuk dewan exam memang semoooth ajelah nak jawab dengan cikgu. Tapi kalau dapat soalan yang memang kita dah baca semua tapi adalah satu kecik co'et yang kita x baca/x sempat baca.. bende tu lah pulak yang keluarnya..."menangis x berlagulah" makanya tajuk drama tuh. Yang keduanya pulak, dengan cikgu mana kita akan jawab orally.. samaada dalam bahasa rusia mahupun bahasa enggeris (macam ni ke spelling english..asal macam lain je) ataupun tekan butang R untuk dwibahasa.. Kan selalu dengar, muka mungkin sama, tapi hati lain2.. memang lain.. so macam biasalah ada cikgu yang sangat strict dengan jawapan yang diberi, ada pulak yang x kisah sangat jawapan kita, ada yang buat short lecture sekejap, dan ada pulak yang kita pun xtau dia nak apa. So keseluruhannya memang gamble jer exam kat sini. Dan maka bermakna juga (sorilah ayatku seperti ****) markah yang kita dapat tu bukanlah penanda kepada ilmu yang kita ada.. Tapi x apply la kat semua. Memang ada je student yang memang excel tahap dewa and layak dapat otlichno (maksudnya cemerlanglah tuh) dan visa versa (maksudnya.....hish tu pun xtau!) Dan juga bermakna kita berjaya tu bukanlah atas usaha kita semata2, tapi semestinya dengan bantuan Allah!!! Ok, hampir nak sampai ke point dah..

So atas sebab randomnya exam kat sini, so rasa dependent/kebergantungan kita kat Allah tu sangatlah tingginya.. Walaupun aku sangat3 rasa kebergantungan ni masa exam/masa 2-3 hari lepas incident bom kat metro/jalan sorang2 tengah malam dan sebagainya.. tapi at least ada lah perasaan tuh.. (betul ke falsafah aku ni...huhu) daripada masa senang2, chill2, lepak2 ni, kita rasa cam kita dah selesa, everything is fine, life is forever, masa tu kita pun dah jauh dah daripada Dia. (sedangkan Dia x pernah berengang sedetik pun daripada kita T.T) ok ok..jgn sedih2 lagi.. Despite waktu nak prepare utk exam ni banyaklah kuku2 yang menjadi mangsa pencabulan, jerawat2 di muka juga timbul lalu dicabul jua justeru meninggalkan kesan2 degil di muka, dan walaupun banyak masa yang dileburkan untuk masak grand2 kerana nafsu yang tidak terkawal (waktu nak examlah gatal nak masak tu masak ni, sekarang dah free makan lempeng je pulak!) NAMUN, kita juga akan lebih cenderung untuk baca lebih lembaran2 suci alquran, lebih khusyuk dalam solat, solat sunat tu kalau boleh after setiap waktu, sujud lama2 sampai tertidur, tidur awal so that dapat bangun Qiam n lepas tu dapat study (ooo...ini rupa2nya motif dia...ish3.. apa nak jadi ni?!), doa bukan main panjang, dan waktu ni jugaklah kita menagih doa2 daripada orang2 yang dekat dengan kita dan masa ni kita mula minta maaf dengan orang yang kita pernah sakitkan hati dia or apa2.. hmm, nampaknya selain busy dan stress, banyak jugak kebaikan yang boleh kita amalkan masa nak exam ni.. Tapi tu lah, apa2 pun niat....bila aku baca2 balik ayat2 aku ni, rasa macam aku ni bergantung bila susah jer pulak.. Harapnya moga amalan2 ni berterusanlah walaupun after exam atau semasa senang. So kenelah selalu ingat untuk betulkan niat supaya kita buat semata2 untuk Allah, bukan sebab nk lepas exam.. Memanglah exam kita dapat warna terbang, tapi pahala zero.. sedangkan pahala jauuhhhhh lagi tinggi nilai dia...

Lempeng "pukul 3 pagi" khas untuk si perut yang meragam

Kesimpulannya, (typical karangan) kalau kita rasa kita susah sangat nak beramal, at least bila kita rasa kita jumpa satu saat yang kita sangat2 berharapkan pertolongan daripada Allah, masa tu kita bagilah all out kepada Dia. Moga daripada situ lahir jugak sikit2 dalam diri kita perasaan hamba kepada pencipta kita.. Dan daripada exam ni jugak, apa yang aku belajar, apa2 result yang kita dapat x membuktikan apa2 pun. Boleh jadi orang yang markahnya lebih tinggi daripada kita xlah sehebat mana dan boleh jadi orang yang markahnya lebih rendah daripada kita tu sebenarnya laaaaagi tererrrr.. So janganlah riak wahai diriku!

p/s Alhamdullilah Allah sangat2 permudahkan urusanku kelmarin.. bukan aku yang berjaya sebenarnya, tapi doa2 kalian yang mendoakan daku jugalah sebenarnya yang berjaya sekaligus nak kata yeay, ini adalah kemenangan kita bersama! hee *wink2*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.