Tuesday, December 20, 2011

Ego sedang bermaharaja lela di dalam diri. Ego yang tidak mendatangkan sebarang hasil, malah merosakkan diri. rakan kepada ego ini - rasa bersalah. Perasaan yang tak perlu nak dikata dah, makin meninggi setiap hari. Mungkin bagus juga adanya perasaan ini, supaya si ego tidak terlalu bebas....?


........

Perjalanan pulang dari kelas hari ini membuatkan aku terdetik seketika memikirkan tentang kematian. Sementara menunggu lampu hijau untuk melintas, aku fikirkan apa sahaja yang telah aku persiapkan diri ini jika aku mati pada hari ini. Dahulunya persiapan yang aku perjuangkan aku tinggalkan ditepi, "berehat seketika" mungkin.. angkara ego itu. Lampu trafik pun sudah bertukar.

Sudah menjadi kebiasaan aku menyumbat telingaku dengan earphone dan memakai hood di kepala. Supaya aku jauh dari pandangan asing mereka, dan aku, di dalam duniaku sendiri. Ku lintas lagi jalan untuk sampai ke rumah. Aku di tengah jalan, toleh ke kiri, kereta hitam laju meluru, toleh ke kanan...hampir seinci sahaja jarak aku dengan trolley bas! Aku hanya mampu berdiri kaku sementara bas itu melalui di hadapan mata. Tidak dapat aku bayangkan, jika aku mempercepatkan langkah aku ke hadapan untuk mengelak kereta hitam itu, mungkin post ini tidak wujud sama sekali.

Cepat sungguh persoalanku tadi dijawab. Dijawab dengan sedemikian rupa. Allah masih memanjangkan umurku, Allah masih memberiku nyawa. Untuk apa?? Kerana Dia masih sayangkan aku? Supaya aku masih tenggelam dalam dosa? Supaya aku masih sempat
bertaubat padanya? Supaya..... Bergantung kepada diri ini untuk memilih. Cumanya untuk memilih, aku perlukan hati yang baru, kerana hati ini sudah terlalu hitam!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.