Saturday, February 25, 2012

rumah baru, sem baru, lagu baru..oops!

Assalamualaikum n salam semua! Nak kemas2 sikit la blog ni, berhabuk sangat dah nengoknyer.. hehe.. apa khabar semua orang? Finally ada masa sikit and terus terfikir nak update bloglah.. Hmm.. apa ye nak cerita dulu...? Patutnya nak update pasal uk-ire trip, tapi disebabkan masalah internet yang sangat lambat ni, sampai nak upload document 5Mb pun x mampu.. inikan nak upload gambar2 yang beratnye bukan main..

Ok 1st of all untuk semester baru ni, aku, S n R dah pindah ke hostel baru pulak.. for the 3rd time for god sake!! Cakap je hostel mane2, semua kitorang dah jejak dah.. and kali ni, kitorang menetap di hostel hak milik universiti MUTXT, or nama panggilan manjanye hostel Yugo.. memang antara yang terdekat jugaklah kalau nak pergi kelas. Dekat dengan pasar/supermarket/gerai2/mesin topup/kedai makan = bermaksud laju jugaklah duit2 aku terbang! huhu... Alhamdullilah bilik yang kitorang dapat pun yang baru renovate.. cantik dan luas.. (ingat nak upload gambar tp...) cuma dalam segala kesempurnaan ni, mesti ada je benda yang x sedapnya.. Entah macammana, kitorang diberitahu blok kami tu sekali dengan 2 orang lelaki. Maksudnya kitorang terpaksa berkongsi bilik mandi n toilet dengan diorang!!!! Terpaksalah bermuslimah setiap kali nak keluar bilik semata2 untuk ke toilet atau nak mandi.. sepertinya SEMUA orang tau, orang2 russia ni, especially yang lelaki ni pengotor! Tapi terkezut mak bila salah seorang daripada lelaki ni (by the way, diorang ni houseman/ordinator, sorang kat bahagian neuro (J, sebab dia berjambang), seorang kat bahagian surgery (G, sebab dia gemok =P) yang berwarga Ukraine sangatlah CLEAN FREAKKK!! Even sehelai rambut pun dia suruh kitorang kutip lepas habis guna shower.. maka adalah rutin tambahan kitorang kena bersihkan shower setiap kali lepas guna! (maksud bersihkan tu adalah menyental segala benda yang boleh disental, mop lantai sampai kering, kutip segala rambut2 yang ada... rasanya elok jugak kalau botakkn kepala bila seblok dengan diorang ni.. huhu)

Anyways, bukanlah nak kata benda ni teruk, bagus jugak sebenarnya mengajar kitorang yang x berapa pembersih ni untuk jadi lebih baik... bila mengadu kat mak masing2 pun semua kata, "haaa eloklah tuh..blah3.." .... =.=' Apa yang lucunya, diorang ni suka sound kitorang buat tu buat ni, and kekadang tu pinjam tu pinjam ni. tapi lepas tu tiba2 J akan compensate balik dengan bagi kitorang cenderahati (tapi basically benda2 tu pen n buku yang kita dapat free masa kat konvensyen2 selalunya..), atau pun pasang tu pasang ni dalam shower, G betulkan lampu bila terbakar.. Kita pun mulalah terfikir, ooh bagus gak duduk dengan diorang ni.. Sehinggalah pada suatu hari, iaitu kelmarin, bersamaan dengan Men's Day yang rasanya hanya disambut di Russia ni. J n G ketuk2 pintu minta kitorang bayar 200 ru setiap sorang sebab diorang dah belikan itu belikan ini.. Kitorang macam =O !! Ingatkan gentlemen je diorang ni, rupa2nya hareeem!!! Selamatlah kitorang bakal tukar bilik x lama lagi (harap2 bilik tu ok mcm bilik ni jugak..aminn!).. and by the way, sorry la aku nak bayar 200 ru takat untuk mentol 2 biji dengan barang2 yang memang kitorang x akan guna pun lepas ni.. 50 ru cukup lah! (tapi if in case kitorang stay kat sini... hmmm tu lain cerita lah.. gulp)..

......

Sem baru ni group aku dimulakan dengan subjek obstetrik dan surgery.. Bila dapat tau kitorang dapat cikgu yang sama, semua macam......"oooh tidak!!!!" Tapi3, selamatlah kitorang combine kelas dengan group sebelah.. Bila dah ramai2, ni xdelah semua orang kene jawab, n maksudnya kuranglah sikit kadar mengamuknya.. Dapatlah aku menuntut dengan tenang sikit.. takat ni baru diberi peluang untuk tengok C-sec secara live.. Tapi sebenarnya kalau boleh nak tengok natural delivery.. Tapi x pelah, iAllah akan ada peluang lain..

Xtau lah kenapa, kali ni bila belajar obs ni rasa sangat3 terasa... Rasa bersyukur sebab dilahirkan secara normal, tanpa sebarang masalah.. Kalau nak diikutkan apa yang aku belajar, banyak sangat problem2 yang boleh berlaku masa si ibu nak melahirkan anak ni.. Tapi Allah bagi juga peluang untuk kita semua ni merasa hidup di dunia ni, dengan mata yang dapat melihat, telinga dapat mendengar, mulut dapat berbicara, serba serbi sempurna.. Tapi masalahnya kita selalu fikirkan kekurangan2 yang kita ada.. Kita senang sangat nak bising bila berat badan naiklah, kurus sangatlah, mata sepetlah, hidung kemik la, kulit gelaplah... Sedangkan bila difikirkan balik, baaaaaanyak sangat nikmat yang Dia bagi kat kita tanpa sebarang charge pulak tuh! Guna jer, free! Macammanalah agaknya kalau kita xde mata nak melihat, even 2 hari lepas bila lampu bilik air x berfungsi tu, payah sangat nak guna, ye lah gelap gulita kut.. Masa tulah barulah rasa bersyukurnya ada lampu.. tu belum cakap udara yang kita sedut 24-7, makanan yang kita makan, macam2lah.. sila baca buku Tauhid Zindani yer, menawik!

Oklah, cakap pasal makan ni, nasi pun dah masak da... x sabar ni nak makan nasi panas dengan lauk ayam masak lemak cili api.. Almaklumlah, sejak pindah ni belum dapat lagi masak lauk proper sebab nak beli barang mentah pun peti ais nye ngak ada... oklah... thanks for reading! salam dan selamat berhujung minggu! ^^

p/s rambut biruuu..hikhikhik~

2 comments:

^__^ said...

ooo Sweetnyer Allah tu kan. setiap bende ada hikmah eventhough kekadang kita rasa bende tu tk baik pun utk kita ^__^

i.am.me said...

iAllah.. ye laaa orang tu dpt hadiah..haha.. tetibe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.