Thursday, November 1, 2012

Dear 22 years old me

Assalamualaikum... tajuk saja je tulis dalam English sebab lagi sedap bunyinye.. hoho

Lagi beberapa jam nak pukul 12 malam, nak masuk 2 November, bermakna masuklah aku kepada suatu usia yang baru. Walaupun pada hakikatnya usia tu bagi aku hanyalah angka, diri ni masih seperti tahun2 yang dulu.. x matang2 nampaknya.. hehe.. Dah lama jugak aku tak tinggalkan kenangan2 aku di sini.. ada lah dalam 5 bulan jugak.. So hmmm... apa ye nak cakap.. *krik..krik..*

Sebelum tu, in case aku akan baca post ni 10 tahun akan datang, so aku selitkanlah macam mana rupa aku sekarang..hehe..





Penduduk Insyirah =)


Masa ni berlalu cepat betul.. Tengok2 dah tahun ke-5 aku di Rusia. Hanya tinggal setahun setengah lagi sebelum pulang ke tanah air dan berkhidmat pada negara. Tapi semakin hari, semakin kuat persoalan dalam diri ni, "Bersedia ke aku untuk menjadi seorang doktor?", "Mampu ke aku untuk memikul tanggungjawab yang besar ni?", kerana aku sendiri rasa yang makin hari, makin jelas yang aku tak ada ciri2 seorang doktor itu. Sekeliling aku dah jadikan diri ni makin dingin dan makin tak ambil kisah pada orang lain. Dan aku sering kali persoalkan kenapa perlu bersusah payah untuk membantu orang lain?.. (ish2..tak patut betul!)

Selalu jugak aku menyalahkan diri sendiri dan menyesal kerana memilih untuk menuntut di sini, malah memilih untuk mengambil bidang kedoktoran ni! Setiap kali membaca perkembangan rakan seperjuangan di tempat2 lain, rasa jauh sangat perbezaan antara aku dan mereka. 5 tahun mereka memang diberikan latihan sepenuhnya untuk menghadapi apa yang bakal mereka lalui akan datang. Tapi 6 tahun aku di sini, ibarat satu percutian yang panjang dan tidak dilupakan sentiasa penuh dengan cabaran - lawatan yang mencabar, mungkin!

Apatah lagi jika aku pulang ke Malaysia dan membuat praktikal. Bertambah rasa diri ni sangat rendah dan bodoh kerana tak tahu itu tak tahu ini. Sudah tahun 4 tapi banyak lagi benda yang tak tahu, lupa.. Macam manalah nak merawat orang nanti?!!! T.T 


"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." Al-Mukminun, 62..


Bila teringatkan ayat ni, mungkin aku sebenarnya mampu je untuk hadapi semuanya, sebab kalau tak Allah tak akan meletakkan aku di sini.. Dan jika difikir-fikirkan, tak semua orang diberi kesempatan dan peluang sebagaimana apa yang aku dapat. Mungkin ilmu tu tak berapa nak melekat, tapi harapnya pengalaman2 yang aku ada dapat sedikit sebanyak menjadi bekal untuk aku. Makanya Aimi Iylia, inilah jalan yang kau pilih!! Inilah jalan yang kau akan lalui!! Moga Allah bagi aku kekuatan dan kebaikan sepanjang berada di jalan ini!!!!

By the way, Happy birthday Aimi Iylia! Aku sayang kau! Kau ingat tu! =)

p/s tulis ayat2 skema ni so not me! =P

4 comments:

norashikin rahmat said...

Aimi! happy birthday.. terkenang hari2 indah kita dulu, sambut birthday & buat surprise :D

i.am.me said...

thank you shikin! hehe.. btul2.. seronok sgt.. smpai menyorok2 blkang tingkap! hehehe

norashikin rahmat said...

hahahaaa.. aimi ingat lagi ke yang tuu.. seriyes dah lupa :p btw ukhwahfillah abadan abada, aimi.. moga Allah kasihkan kita :D

i.am.me said...

InsyaAllah ikin! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.