Monday, May 30, 2011

si peminta

Snap kt Barikad, lepas kelas pharmaco,lepas dapat zacheot!

Kelmarin, dalam bulatan gembira, kitorang bercakap2 pasal cinta Allah pada kekasihNya a.k.a. wali Allah.. Siapa yang layak digelar sebagai wali Allah ni? Mestilah bukan calang2 orang.. Hanya mereka yang bertakwa je dapat jadi wali Allah.. N kita bila start cakap pasal perkataan takwa ni mesti rasa cam biase2 jer.. sebab (ni kalau pendapat eden la..) untuk yang x berapa nak clear ni rasa cam general sangat ayat tuh. "jadilah orang yang bertakwa"..fine2..takwa..takwa... tapi apa sebenarnya takwa ni?!
Umar al Khatab pernah bertanya kat Ka'ab bin Malik (sahabat nabi), takwa tu apo ko bondo eh? Ka'ab dengan selamba pun tanya, "Umar, apa kau akan buat kalau kau jalan atas jalan yang berduri?" Umar pun reply, "aku sinsing kain jubahku, dan berjalan dengan berhati2, so that jubah aku x tercarik kat duri n kaki aku x terpijak dengannya"
Dengan cover2 macho Ka'ab pun jawab, " Itulah takwa"
So.... pikir2 sendirilah ek!
tapi..tapi..tapi..kan.. napa nak jadi kekasih Dia plak? Best ke? ......Haper punyer soalan daaa!!
Mestilah best dowwh! Kalau based on hadis qudsi, Allah sendiri gitau yang Dia akan protect kita, defense kita, lepas tu, setiap perkara yang kita buat Dia redha..(and that is our aim of life right, nak dapatkan redha Dia!) Lepas tu lagi, Allah siap suruh Malaikat Jibril cinta kat kekasih Dia ni, and Jibril plak suruh setiap penghuni langit and bumi untuk cinta kat si fulan tuh! O.o
Bestnyer!!
poetomu (dats y), habluminaAllah n habluminannas co-relate. If bila kita ade something wrong dengan manusia, meaning kita ade lah something wrong dengan Allah... (PANGGG..adoi!)


Soooo..jom jadi si peminta...untuk jadi kekasihNya!!




p/s perasaan dapat zacheot pharma = perasaan dah habis final =P


Posted by Picasa

Thursday, May 19, 2011

kebetulan

Sejak kebelakangan ni, banyak sangat "kebetulan" berlaku dalam hidup aku.. contohnya masa baca quran+terjemahaan, baca blog orang, tengok telatah orang dan alam ni sekali! Hmm rasa macam eh... oh... aik....?! Kekadang rasa scary pun ada gak.. Tapi kita tau kebetulan tu memang x wujud dan semua tu adalah perancangan yang mantop daripada Dia kepada kita.. tapi mungkin aku pun sensitif sangat kut, baca/tengok sikit je dah pikir lebih2.. tapi kekadang bagus gak pikir lebih2 kan.. Ni antara ayat2 yang terkena kat aku.. almost berturut2 gak la..

1.) 2:216 ( masa ni terbaca ayat ni malam before nak exam pharmaco.. huh, terus da ade intuition something is not going to be good..~ n it did.. tp tu yang terbaik right!

2.) 3:77 ( ni masa sibuk tentang kes sumpah2 yang datuk trio buat tuh..)

3.) 3:119 (ayat ni xde kene mengena pun, tapi masa baca ayat ni tengah gigit kuku.. hehe..bad habit~)

4.) 4:142 (nak2 bila sekarang ni waktu isyak n subuh sangat la lewat (dah nak dekat kul 12 malam) n awal (sekarang ni 3.30 pagi), nak bangun solat tuh memang kene harap orang lain je kejutkan.. kalau x...bye2 la jawab nye...huhu..).. Satu lagi point dalam ayat tu tentang riya.. hmm kita memang x ley lari dalam masalah ni, especially dalam process nak berubah ni, banyak je hasutan2 durjana nk kacau kita...

ada lagi tapi x ingat sangat dah..

hmm lepas tu bila jump2 blog orang pulak, rasa macam ehy, dia ni mereply post aku ker? (sori aku memang kuat perasan..hikhik..) tapi kalau betullah wujud macam tuh.. waa that's really cool! (baca dengan accent british ek)

ada 1 lagi, bila aku perasaan effort "seseorang tu" untuk membetulkan keadaan/masalah yang aku ada... u are really sweet, do you know that! here a big hug for you XOXO!

haa last, ni satu lagi benda yang aku discover. Sebenarnya kita dengan orang lain sama je.. bila kita tengok betul2 sekeliling kita, bukan kita seorang je ada tabiat yang kita rasa kita sorang je yang buat gitu, sebenarnya orang lain pun buat benda yang sama gak. So x payah lah nak tension2 sangat.. Tapi bukan lah bermaksud x yah ubah (sebab pikir orang lain buat benda yang sama), instead cuba ubah slow2.. kita mesti x suka orang buat kat kita camtu kan..so kita pun jangan wat camtu gak kat orang lain..

daaaa tu jer!


Wednesday, May 11, 2011

Jika aku seorang lelaki

Salam

Minggu lepas adalah minggu "hujan lebat" untuk aku.. Macam2 benda berlaku, nak cerita kang x masak pulak aku hari ni...

Tapi memang best kan jadi lelaki, hidup senang je. Santai, chill2, x payah nak emo2.. jealous betul! Kalau kaum aku ni, mesti ada je benda yang x kena, itu salah ni salah. Penat. Mungkin jugak aku je yang fikir macam ni.. Sejak 2 menjak ni terasa macam sangat lonely. Jalan sorang2, makan sorang2.. (padahal memang selama ni jalan n makan sorang2 pun =P).. tapi disebabkan orang disekeliling aku tu ada, x terasa lah sangat loneliness tuh.. Tapi xtau kenapa sekarang ni dah lain. Walaupun diorang still ade je, x berubah 1 cm pun, tapi rasa sangat kosong.. Mungkin aku ada buat salah kat diorang? Mungkin aku je yang anggap dioranglah kawan baik aku, tapi diorang fikir sebaliknya? Atau mungkin aku sendiri yang x reti bergaul? ntahlah aku pun xtau. Tapi aku dah x rasakan macam dulu.. Setakat bergurau senda kosong, tu je, x lebih dari tuh.. Mungkin jugak sebab aku hanyalah orang yang ke-3 untuk diorang? x penting pun, mungkin kalau x wujud pun xde significant sangat.. Ataupun semua ni hanya hasutan pakcik setan yang menyumbat2kan prasangka dalam kepala otak ni? hmm xtaulah nyah~

Aku memang sure, jadi seorang lelaki ni memang xde masalah2 macam ni..(based on pengalaman hidup dengan 3 orang pemuda itu..huhu).. Ye, perempuan ni memang emo sebab dah ditakdir begitu 1 akal 9 nafsu.. Dan kebetulan pulak dalam minggu lepas ada sister yang bertanyakan pada aku kenapa ditakdirkan begitu.. Jawapannnya mahukan lain daripada yang lain, ntahlah dik, akak pun xtau.. (kalau ade sesape tau bleh lah share ye)


oops lupa plak, memang jadi lelaki ni best, x yah emo2..tapi lupa plak jadi lelaki ni pun susah gak, kene jadi pemimpin.. pemimpin keluarga, pemimpin negara.. hmm no thanks, hehe~


Kembali ke seri pentas...

Tapi apa yang kita hadapi sekarang itulah yang terbaik untuk kita.. Tapi adakah dengan aku begini, ini yang terbaik untuk aku? Boleh ke aku aplikasikan teori tu dalam hal ni? I need an answer!




p/s sejak kebelakangan ni asyik post emo2 je.. korang jangan emo plak ek,

"sebab emo itu tidak cool"

=P

Sunday, May 8, 2011

B to the I to the G ~



salam..

Happy mother's day IBU!!!!!

hmm, aku ni x reti nak mengekspresikan perasaan sangat (tapi tang expresion gile2 tu laju je plak..haishh), so x reti lah nak mengayat2 jiwang ni..Tapi yang penting mak kita sendiri tahu yang kita sayang sangat kat dia..kan ibu kan <3
=)

..........

C dneom pobedi untuk semua warga russian!! Disebabkan adanya perayaan ni lah, dapat aku cuti hari isnin (hari isnin ni hari yang paling hectic, fyi)..yeahoooo!!! =D
owh yer, tetibe sangat2 teringat kat memori zaman2 hingusan dulu, at this day, 2 years back.. LOL.. aimi2...

...........

Finally, dah ade kawan aku yang bakal pecah tradisi utk menghabiskan zaman bujang nye... awww... tahniah! =))

............

Semalam aku berjaya buat something yang bagi aku agak susah nak dilaksanakan...

Bila kita dah belajar banyak sangat teori (dalam usrah), dan sekarang ni bukan takat terima je teori tu, tapi dah sampai tahap menyampaikan kat orang lain pulak..bila tiba masa nak mempraktikkan teori kita tuh, fuhhh SANGAT SUSAH! Tapi orang kata ilmu tanpa amal sia2.. Dan orang jugak cakap, kita jangan cakap x serupa bikin..So, dengan tekad yang kuat (walaupun "kawan2" kat kiri kanan duk berbisik kat telinga supaya aku ubah fikiran aku), aku pun menetapkan keputusan untuk buat apa yang aku patut buat.. well, i'm kinda proud of myself...truely...hehe...

Semalam terbaca ayat ni 4:115 "Dan barang siapa menentang rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang2 mukmin, Kami biarkan dia dalam kesesatan yang telah dilakukannya itu dalam neraka Jahanam, dan itu tempat seburuk2 tempat kembali."

Ya Allah, janganlah Kau golongkan kami dalam golongan orang yang dibiarkan sesat tuh... amin..

tapi kan..tapi kan.... kite sedang sedap dalam kesesatan tuh.. cammane ni.. yang tu tu, satu tuuuu jeeee... ish tut betul! hehe.. sowi =P

Friday, May 6, 2011

Salam..

hmm.. terfikir something.. tapi actually lebih kepada tersedarkan sesuatu.. Aku nampak perubahan tuh.. Makin banyak benda yang dulu kau macam tu, tapi sekarang kau dah macam ni.. And I.H.A.T.E.I.T!

Nampaknya surrounding kau tu memang sangat3 influence kat diri kau balik.. Masalah dalaman yang tak selesai2 buatkan kau asyik nak mengalah je, asyik nak menangkan orang lain je. Memanglah mengalah tu bagus, ( kalau untuk kebaikan), tapi kalau asyik nak mengalah je, sampai dah termakan diri sendiri balik, ape kejadahnye tuh! Aku sendiri tengok pun naik meluat. Aku rasa cukup2 lah tuh..

Mana perginya kau yang dulu!!!!



*betul ke jalan kau ni?*


Tuesday, May 3, 2011

banana split splits!


Assalamualaikum.. salam awal bulan Mei =)

Alhamdulillah3, harini walaupun dengan penantian yang lama, berjaya jugak aku menghabiskan test aku.. tajuk 1 lagi jumaat ni IAllah.. "friday...friday...." cukup3...

Untuk pengetahuan orang2 kampung, sekarang ni dah masuk musim bunga, atau nama glamournye spring.. Sebenarnye tempat2 lain dah lama dah masuk spring ni.. tapi disebabkan Rusia ni jauh kt area2 atas dunia ni, so lama la sikit winternye. Dan bila dah masuk spring ni, memang sedap sangatlah mata memandang. hampir semua tempat dah hijau2.. Yang bestnya pokok2 tu semua baru nak berputik, dah warna hijau dia pun macam ala-ala hijau muda gitu..I loike! Tu belum cerita dengan bunga2 tulip yang dah start nak kembang.. dengan strawberrynye bersepah2 jual kat tepi2 jalan... Dan cakap pasal strawberry ni.. teringatlah aku kepada semalam...

2 Mei, kat sini pun cutilah jugak sempena Hari Buruh.. Syok je duduk kat rumah, chillex2 gitu.. teringat ada ice cream kat peti ice (walaupun sedang batuk hampir nak kritikal).. Aku pun pergilah capai strawberry dengan pisang dan buatlah banana split... Aku ni jarang sikit kalu bab makanan ni nak share2 dengan orang..(daripada kecik lagi, x b'ubah2 ..huhu)..tapi petang yang hening tu buatkan aku terasa nak share ngn member serumah.. so aku pun scoop la extra ckit ice cream tu dalam mangkuk..

Bila mana semua kawan aku dah rasa ice cream tuh, aku pun dah rasa x sabar nak belasah, tiba2... mangkuk hikmat tu terbang depan mata aku... dan mangkuk pun bertukar jadi mangkuk belah mangkuk tertangkup! well.... dats what we said, "xdo ghozoki.. nak buek cemano!" Terpaksalah aku buat balik dengan rasa sedikit syahdu...

tempat kejadian. mangsa dan pesalah


yang terselamat



p/s terfikir2, mungkin melalui incident ni Dia nak tegur aku yang aku masih x cukup ikhlas... hmmm..


*but at least i tried..hukhuk*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.