Wednesday, April 1, 2009

"Then, shut your mouth!"

well2 I'm back again. Dalam sibuk2 nak colloq General Chemistry ni banyak pulak post yang aku nak tulis..ish3.. Bukan ape, dalam minggu ni, banyak betul bende yang terjadi kat aku.

Kejadian berlaku hari ini, lepas habis lecture, aku dan kawan aku lagi sorang Afiqah meneruskan perjalanan pulang kami, dengan menaiki metro aka train. Kitorang hanya berdiri jer dekat dengan pintu keluar sebab tempat duduk sume da penuh. Macam biasalah rutin harian kami, dalam metro tuh, sambil mengunyah lavash, kami pun berborak2...

Aku: Fiqah ko nak tau, tung tang tung tang tut tut tut....
Fiqah: Iye ker?! Patutlah ngok ngek ngok ngek ngok ngok ngok......
Aku: Tu la pasal, king kong king kong keng....
(peringatan, kitorang x ngumpat sesapa tau..)

Sambil aku seronok dan Afiqah berborak tuh(dalam nada yang sederhana jer), aku sempatla jugak perhatikan mamat Rusia kat sebelah kitorang.. Dia macam duk pandang2 kasut aku(yang baru dicuci itu, tampak suci dan murni, ahaks!!) Aku pun wat relax jer la. Sambung lagi borak sampaila stesen Kurskaya. Mamat Rusia sebelah kitorng td pun bangun dari tempat duduk dia and berdiri dekat sangat dengan kitorang.( Masa ni kitorang tengah berborak, ntah cerita pasal ape tah). Aku ingatkan dia faham ape yang kitorang ckap, yer2 dia mendengar. Tiba2 dia tnyer(pandai plak dia speaking English), "Do you know speaking Russian?" Aku pun dengan merendah diri jawablah, "chut chut" Ertinya sikit2. Lepas tu dia terus datang dekat kat aku. Aku masih ingat lagi bau nafas dia yang ader bau arak tuh sambil air liur dia terpercik2 terkena muka aku yang suci nih bila dia cakap, "then, shut your mouth! Ok?!" Aku ngan Afiqah terkebil2 jer.. Dua2 tersenyap, speechless bak kata Afiqah, terasa cam "berdepek" kat muka sekali. Dalam hati ni memang tengah bengang tahap kelajuan metro tuh. Nak lawan balik, ni negara dia. Kang x pasal2 muka aku kluar paper Moscow Times plak.

Dah sampai stesen Kurskaya tuh, mamat Rusia tadi pun blah dengan angkuh dan sombongnya meninggalkan kitorng terkapai2. Selamat dia berambus. Geram betul aku. Nak jer cakap ngan dia macam nih, " Hello!! Kita ni manusia, semua ader hak. Suka hati lah kitorang nak cakap bahasa Melayu ker, Bahasa Cina ker, Bahasa Urdu ker, cek pedulik apa!! Tapi x berani pun...hehe

Huh, ni la antara pahit manis yang berlaku bila duduk kat oversea nih.. Eh correction, kat Rusia ni. Orang dia kekadang tuh ader yang baik, baik sangat2. Tapi bila ader sesetengah tuh, macam mamat Rusia bermata biri tuh, memang teramatlah "baik". Seronok sangat!!

hmm, macam tulah cerita nyer...

p/s baru sedar, rupanyer skang aku dah jadikan blog ni macam tempat luahkan perasaan plak..hehe

3 comments:

Amir said...

Cuak ko haha...

*stfo-nasib baik dia xcakap camni

khalil said...

lol..gelak je la..
ko samak muka x?

i.am.me said...

hehe..hish!! arak x yah samak la!! cukup la aku samak tgn aku sbb air babi ari tuh..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.