Monday, March 30, 2009

BABI betullah babi tuh!!!


Huh, jgn terkejut tgk tajuk posting aku kali nih. Bukan ape, kegeraman melanda pada tahap kritikal. Camni ceritanyer...


Hari isnin, ader 2 lecture jer. Histology(mesti pergi, x pergi rugi) and Biology(x pernah x tertidur bila dengar lecture ni), and petang plak ader kelas Russian. So hari ni ader exam Russian and aku x berape nak prepare utk exam tuh. So aku pun bertekad nak skip lecture Bio tuh. Relax2, aku skip sebab ader alasan yang agak munasabah. In fact ni yang first time aku skip utk 2nd sem ni. Dah kira baik la tuh.. Back to the story, so bila dah balik awal tuh, aku pun bercadang nak singgah pasar kat Yugo jap dengan harapan nak beli sosej, sayur(mahal gila, nyesal beli) and ayam.


(Part 1)

Masa tengah nak beli ayam tuh, kawan aku Joyah(bukan nama sebenar) bagitau. Dia kata kat atas kaunter tuh ader gantung kaki babi and ader air dia menitis2 jatuh. Memang agak menggelikan la. Aku dan kawan aku lagi sorang, Tipah(bukan nama sebenar gak)tengok pun rasa macam nak muntah.. serius... So aku pun da dapat duit baki ayam aku dengan selamatnyer. Tetiba, bila makcik tuh nak bagi ayam tuh kat aku, dia pun tanyer aku ni student ker, aku pun menjawab sambil tersenyum manis dan menawan, "Da". Maksudnyer yer. "Tup!" tetiba aku terasa something yang sejuk menitis kat tangan aku. Ahh sudah, air kaki babi tuh menitis kat tgn aku!! Ya Allah jijik gila aku rasa!! Tipah dan Joyah yang kononnya kawan sejati mula memulaukan aku (bukan ape, takut tangan aku terkena diorang). Sepanjang perjalanan nak gi stesen bas aku asik dipandang "hina" oleh kawan2 aku tuh. Cis!


(Part 2)

Walaupun hati tgh bengang dengan incident tadi, selamatlah bas 261 datang.(so x yahla tunggu lama2 sgt nak balik hostel). Bas pass aku (student bas pass yang memang boleh digunakan utk sebulan) beberapa hari lepas tercicir dan x dapat diselamatkan lagi. So aku ader la beli ticket lain utk 5 kali guna jer. Harga nye 85RU=RM 8 lbey kurang. Sebab nak jimatkan penggunaan ticket tuh nyer pasal, aku pun kira seludup je la masuk bas guna Tipah nyer bas pass. Lepas2 jer lalu palang ticket tuh, ader pakcik yang x berapa nak segak tahan aku and terus kata, " sto rubley". maksudnyer 100RU=RM10. Aku on da spot gak rasa cam nak hantuk kepala ke dinding. Hampeh gile!! aku kena saman.. tu la nak jimat2 sangat last2 kena bayar lebih gak. Padan muko den! 1st time dalam hidup aku kena saman. Anyway duit dah xder, kena la pinjam duit Tipah dulu. Tq Tipah. Dalam bas duk mengenangkan, sigh, 100RU tu da boleh lepas aku beli Shawerma 1!


(Part 3)

Berlaku waktu aku tengah tulis post nih. Masuk2 bilik tengok toilet dah kena kemas kat mama aka cleaner kat hostel nih. Dalam hati kata, bagusla, da kotor sgt da pun. So dengan hati yang masih kegeraman dengan incident2 malang tadi, tetiba mama tu masuk plak balik. Aku pun da agak da, memang kena bebel lah ni. Nak2 plak waktu tu aku jer yang dia nampak. Tipah plak berdiam diri dalam bilik. Dah aku plak kena marah sorang2!!( n paling geramnyer bukan salah aku pun).


So begitula, malangnyer aku hari ni. Dah jatuh ditimpa tangga, ditimpa tangga kena taik burung plak. hmm.. pape pun nilah life kan. kalu xder sume2 ni boring plak.
Kejap lagi ader kelas Rusia, aku harap xder pape la yg berlaku lagi.. Cukuplah...

Nila surat saman aku yang pertama dalam hidup aku. "Terima kasih" bebanyakla pakcik ooi!

p/s sambil mendengar bacaan al-Quran, nak sejukkan hati balik..huhu

8 comments:

nazer@mubean said...

sabar2..sabar separuh daripada iman~

i.am.me said...

hehe.. bak kate haziq, chillax!!

mud said...

ahaha~
best gyla xperience!

tajuk anda brjya memikat hati saya. sabaq ja la.

i.am.me said...

well2, tq for stopping by.

Razrin said...

heeheee...
malang tidak berbau kan, tu la, dah menitis dh air, so,lain kali kene sediakan payung sebelum hujan r.. haha..
tp ape nak wat, nasi dh jadi bubur kan... tambah bawang goreng sket, ayam jd lah bubur ayam! yummy!!!(ade hikmahnye tuh kan).. hoho

p/s
layann jee misfortune tuh..Lols

i.am.me said...

yup2.. tq my friend.. walaupun agak pening skit nk bace pe yg ko tulis..hehe, joking

khalil said...

lol..syok ma idop ko!!

i.am.me said...

huh, syok ko kate?!.. agak2 part mane yg syok tuh, kelly... huhu..tp bila pikir2 balik..hmm..agakla..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.