Monday, June 28, 2010

botol syusyu

Sedang lalu berjalan ke dapur menuju ke peti sejuk, terkejut melihat botol susu yang tersusun cantek punya kat dalam bekas pink tuh. Punyalah banyak macam untuk satu nursery pakai. Tapi semua ni 2 beradik je yang punya. (tak tambah 1 botol lagi tengah guna tuh)

Minggu ni dapat jumpa abang dan familynya, borak3 dengan kakak ipar, seronok pula dengar cerita dia pasal orang gaji. Aku memang tak pernah ada pengalaman dengan orang gaji ni, and minggu ni bila abang bawa balik orang gaji dia ke rumah, terasa kekok pulak. Yelah tetiba ada pulak orang luar duduk sekali 1 rumah, aku pulak yang tetiba rasa macam kena behave sikit. What de... =P

Akak ipar aku ni memang dah expert jugak pasal orang2 gaji ni, ada pernah dapat yang tua sikit (mcm makcik2),katanya rajin betul, x suruh buat pun buat jugak. Tapi bile husband makcik tu sakit, dia kena la pulang, and akak ipar aku kene cari orang gaji lain. Tak lama lepas tu, dapat la orang gaji baru, pernah bekerja di Arab Saudi. Katanya, kalau orang gaji (indonesian) yang pernah bekerja di Arab Saudi ni patutnya baguslah, kalau x bagus kena hantar balik ke Indonesia. Tapi, tak lama lepas kene hired tuh, naik kepala pulak minah tu, minta cuti bagi, suka suki bergayut guna telefon rumah.. Akak ipar aku ni pulak sebab sedang pantang lepas lahirkan anak terpaksa ikut je kepala dia sebab takut nanti tegas2 tah ape yang orang gaji tu boleh buat. Bak kata akak ipar aku ni, nyawa dia dan anak kat tgn orang tuh, so sabar je lah.. Tak berapa lama lepas tuh, orang gaji ni yang kononnya nak balik kampung dia kejap sebabkan ada hal sikit terus tak datang2, puaslah akak aku ni terpaksa cari pengganti lain pulak.

Baru aku tau, rupa2nya nak cari orang gaji ni susah jugak, sebabnya diorang ni sekarang bukan main demand, gaji nak RM1000++, siap tanya tuan rumah ada Astro ke tak. Tapi mujurlah akak aku akhirnya jumpa jugak orang gaji yang agak innocent sikit, and tak besar kepala sangat.

Kalau nak dikira, untung betul orang2 asing yang jadi orang gaji di Malaysia nih, gaji boleh tahan, tempat tinggal dah ada, makan siap. Kalau dapat tuan rumah yang baik mcm akak aku tuh, dah kira bonus.(yang kes dera2 tu no commentlah). Tapi orang2 Malaysia sendiri prefer kerja kat kilang2, yelah lebih ada kebebasan. Tapi kalau aku nanti, bila dah kerja, for sure lah kene cari jugak orang gaji kan. Tapi kalau bolehlah sangat2 nak yang orang melayu Malaysia, terasa macam selamat sikit, agaknye lah~ (jauh dah pikir..heh heh heh)
........

Minggu ni dah free sikit, tapi agak kebuntuan xtau nak buat apa. Plan menjahit pun tak mula2 lagi nih. Tup tap dah masuk 3 minggu cuti, copeknyolah maso bolalu, tak yo jang?!



2 comments:

nana <3 said...

ahha~ teringt dlu mse sy kecik2 ade maid yg buat byk hal. sll bergayut kt tepon. pstu ble mak ayah sy blk keje, sy kaki repot. lps 2 die buat2 muka innocent. blegh~ mse kecik pn sy da dpt detect die xpndai menipu. haha.

lps 2 die sll bwk blk boyfriend die. BF die tuh suke amek hati sy, die bagi sy mkn wrigley's hijau. haha. sy ingt lg. nsb bek die baek

u know wut. sy bru bljr main satu lagu. haha.

i.am.me said...

woo, ni la salah sorng hasil jagaan maid..hehe.. selamatlah dia bg ko chewing gum jer... suke ati je bwk balik bf, ak sdiri x pernah bwk balik bf ke umah..(2 da lain crite plak)..

smlm tgk crite house, ending di adi amain piano, cam best sgt, teringin gk nk bljr..tp xde peluang lerr

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.