Hoookay, akhirnya setelah 1 hari yang KOSONG selain tgk tv dan makan2, malam ni tadi aku buat jugak something yang berpaedah/berfaedah. Aku dan beberapa kawan sekolah rendah berpakat nak buat small reunion di rumah cikgu yang ajar kitorang dulu.
1stly, kawan2 sekolah rendah aku ni memang kitorang(actually cam antaranya aku kut) x contact langsung sejak habis sekolah rendah, which was around 8 years ago.. Cuma beberapa bulan yang lepas, entah macam mana, boleh terjumpa diorang ni semua kat dalam facebook (at least x sia2 jugak aku ni jd pengguna FB yang agak setia gak la boleh dikata =P).
Nak diceritakan, disebabkan lepas habis sekolah dulu, kitorang memang x pernah jumpa langsung. So dalam ingatan aku ni, wajah2 diorang yang aku ingat mestilah muka2 suci waktu sekolah rendah. Tapi bila tengok gambar2 dalam Fb tuh, humangai, lain bonar! Itu 1, yang ke-2 pulak, pasal cikgu aku ni. Disebabkan sekolah aku ni dulu x la besar mane, dalam 1 darjah tu ada 2 kelas je. Dan sekolah aku ni pulak xde system "streaming class", macam pindah2 kelas lain. So begitulah kami 6 thn mengadap muka yang sama. Dan cikgu yang mengajar subjek B.Cina kelas aku tu pulak, sama je x bertukar2 sejak dari darjah 2 sampailah darjah 6. So, memanglah kitorang ni rapat.
Bila cerita2 pasal kawan2 lain yang x dtg tu, mostly semuanya dah kerja, yang lain tu study jugak macam aku. Yang kelakarnya, bila cikgu aku tanya aku dekat FB, pergi Rusia ikut husband ke or kerja kat sana, aku tergelak bahak dengar..
Dalam banyak2 benda yang kitorang borakkan, ada sorang kawan aku ni yang paling banyak karenah dia. Dia tanya kenapa nak pakai tudung, lepas tu dia suruh aku buka je tudung tu, nanti nak keluar pakai balik. Dan yang xboleh blah, dia kate gambar2 aku kat dalam Fb semuanya "berbalut" jer. Bila aku kata mesti pakai, dia kata ada je perempuan melayu yang x pakai tudung, pakai seksi2 lagi, siap dia suruh aku pakai mini sekirt pulak(camtulah sebutan dia td) Dengan b.cina aku yang agak lapuk ditelan zaman ni, nak cakap lebih pun xreti sgt, gelak2 je la.Selamatlah ada yang consider sikit and tolong backupkan. (Ku ingatkan kat Moscow je yang asyik kena soal benda2 camni, rupa2nya kawan sendiri pun same jer)
Seronok jugak bila sekali sekala bergaul dengan orang2 lain, bangsa2 lain, agama2 lain, bila diorang cerita tentang life diorang yang pergi minum, main judi, dan yang agak kelakar bila tetiba kawan aku keluarkan kad Tarot nak main kat rumah cikgu tuh pulak. Banyak jugaklah benda yang diorang ajak buat tu buat ni yang aku kena kata"NO." Dan diorang pun naik pelik bila ada je orang seagama dengan aku ni kekadang perangai lebih teruk pulak daripada diorang. Ooh yer, tetiba aku rasa macam teringat ayat ni.
"Wahai orang2 yang beriman! Jagalah dirimu, kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakanmu apabila kamu telah mendapat petunjuk..."[5:105]
...ehh kena ke ayat tuh? boleh la kut ek!