Showing posts with label teman. Show all posts
Showing posts with label teman. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Dah 20 tahun dah.. =)
Posted by Picasa

Wednesday, June 23, 2010

semanis gula2 kapas


WHAT A DAY!!!



Hari ni, pertama kalinya aku berjumpa balik kawan2 ex-mrsm dulu since habis sekolah 2007 dulu..means 3 thn sudey!! OMG, hari ni memang berlalu dengan cepat sangat, borak3 tgk2 dah nak petang dah. Hari ni kitorang plan nak jumpa dekat Mid Valley, tempat yang paling ideal untuk pertemuan orang Seremban-KL..

Walaupun agak awal aku sampai di KTM, and agak lama jugak aku terpaksa tunggu, tapi bila melihat wajah2 yang lama gila x jumpa, terasa best gilerrzzz!! Siap kawan aku tu kata rindu bila dengar suara aku, gelak aku..haha..(aku pun rindu gak tgk gaya and cara kau!just so you know~)

Anywho, mostly kitorang landing kat tempat dimana adanya makanan jer, makan2 and cerita panjang, jalan2 cerita panjang lagi, shopping2 pun lagi cerita panjang ...(dalam bercerita tu tersangkut pulak aku kat satu baju ni..melayang duit..huhu~~)

Sepanjang "reunion kecil" ni, aku banyak berkepit dengan kawan aku yang sorang ni, x sangka masih rapat lagi, alhamdullilah. Ape taknye, bila jumpa perangai masing2 x berubah pun lagi, sama je macam zaman sekolah dulu..and for sure, zaman sekolah aku bersama budak2 ni sangat lah terbaek! Mulalah keluar balik cerita scandal2 lama, (hehehuhuhhaha...), cerita cikgu2 yg kitorang miss, cerita apa yang berlaku sepanjang x berjumpa..Awwh sweet moment!

Kata2 seorang sahabat, "Aku happy sangat hari ni dapat jumpa kau, terasa happening macam kat mrsm dulu, kita same je gile2 macam dulu kn!".... - priceless!

...

Ada ke patut posing depan surau?!

rindunya daku pada jamku yg ada kunci loker tu!

Pergi dan balik kitorang memang kebetulan naik "ladies' coach", maksudnya ktm yang hanya boleh dinaiki oleh wanita sahaja.Tapi ada je yang mungkin terconfius pada jantina sendiri and naik jugak train tuh. apadaaa!


p/s if only kamu, kamu n kamu tuh dapat dtg jugak hari ni, msti lg best! miss korang sooo much!! ;(

Thursday, June 17, 2010

tq kawan =)

Alhamdullilah..sampai jugak aku akhirnya ke tanah air tercinta! Selama 25 jam perjalanan yang sangat meletihkan, tetiba terus hilang bila dapat jumpa ibu ayah tercinta.. Malaysia macam tu sahaja, x banyak yang berubah, yang dikatakan cuaca panas, setakat ni masih belum rasa lagi... Owh yer, dekat kedai mamak dah ada "teh layer" baru, sampai2 je bang rudin belanja minum..macam2...

Anyway, pengalaman before balik Malaysia mmg sgt menguji segala sifat2 yang ada.. Kitorang selaku golongan nomad (yang xde hostel tetap, terpaksa berpindah randah every year) memang terpaksa mengharungi banyak sangat dugaan.. Barang2 rumah kitorang yang byk tuh(siap ada yang kata barang banyak macam dah duduk 6 thn..fine!) kene dikosongkan dari asrama tuh,sebab kalau x, balik nanti depa charge sampai puluh ribu ruble, sebab dia masukkan sekali bayaran repair yang sepatutnya bukan tanggungjawab kitorang (banyak la cekadak diorang nk suruh kita pulak yang bayar..banyak cantik muka dia!). So ekspedisi mencari tempat utk ditinggalkan barang tersebutlah yang paling mencabar.

Dalam serabut2 tuh, alhamdullilah banyak benda yang aku belajar.. Orang selalu kata, bila dalam kesusahan, waktu tu lah baru kita sedar siapa kawan, siapa lawan. Ada yang x minta ditolong tapi dah sedia membantu, ada pulak yang sangat2 nak ditolong, tapi buat muka tutup pintu..xpelah, alhamdullilah, memang ramai jugak rupanya kawan kita ni hah. Buat kakak usrahku yang penat lelah berunding dengan pakguard hostel, tolong kemas2 kan barang, datang siap bawak makanan lagi, kakak2 3rd year yang walaupun ada exam tapi still turun and tolong angkat barang and tolong carikan tempat lain nak letak barang, buat jejaka2 mindef yang x pernah say no bila nak minta tolong,buat kngkawan kahov yang terpaksa tidur semalam kat hostel kami sebab tunggu jagakan barang, and buat mereka yang izinkan kami letak barang2 di rumah anda.. Terima kasih sgt2, moga Allah membalas jasa baik korang.

Masa direject oleh pakguard, katanya x boleh letak barang kat hostel tuh, terasa sangatlah kecewanya, panas je rasa.Berlakon buat2 sadis pun pakguard tu x makan saman, memang nak breakdown dah.. Mujurlh ada kawan yang kata, ujian ni semua mungkin adalah untuk nak bersihkan balik diri kita, mungkin ada masalah kat mane2 yang kita x sedar.. Betul jugak, waktu nak exam la bersungguh-sungguh solat, baca quran x pernah miss, doa tu bukan main panjang. Tapi bila da habis je exam, mulalah solat pun malas2, main2..mane lah patut camtu..

Dah sampai Malaysia ni, cabaran lagi banyak. moga diperkuatkan iman melawan musuh2 kita..yeah!

p/s baru pekena nasi ayam gemas,,adush tersandar... alhamdullilah rezeki...

Wednesday, May 19, 2010

setahun sekali


Yeay, birthday datang lagi!! means ada cake, surprises and laughters!!! Since dah ada oven di bilik sebelah, kitorang dah tak perlu keluarkan duit untuk beli cake2 di Kvartal mahupun Ashan, semuanya buat sendiri. Bila buat sendiri tu maknanya kasih sayang tu lebihlah sikit..hehe.. Nana sebagai chef besar dibantu dengan co-chef yang comel lagi anggun ni..*hik hik*.. buatlah 1 blueberry butter cake (namo eh punyolah panjang, cake eh kocik yoh!hehe). Ditambah pula dengan artist2 deco kita, cik tirah dan ayu menghiasi cake tuh, walaupun hampir habis kerak cake tu dimakan dalam process menghiasnya..cis!! hehe..

I'm so in love with this picture, sebab ada sikit touch of lomo..hhehe..ni naturalnya lomo tau! Sebab bilik diorang yg sgt strategik menyebabkan sinaran matahari sebijik tu masuk dalam bilik dan hasilnya..wallllllaaaah!!

Inilah dia mangsa kami, Happy 19th birthday! Semoga sentiasa dalam jagaanNya! Luv ya!!!

p/s exam week sekarang..doakan ye!

Posted by Picasa

Saturday, March 27, 2010

Kisah kita ber-6


Assalamualaikum dan selamat semua

Setelah sekian lama aku bersenyap-senyap (senyap x bermaksud x buat apa2 ok!), akhirnya semalam aku kembali semula ke alam maya yang penuh "dugaan dan cObaan" ini. Selama yang berlaku hari2 aku, setiap kali aku mesti memikirkan satu perkara nih, dan InsyaAllah akan aku muntahkan ia dalam post nih..

Buat korang,

Mulanya kita berlapan, tapi kerana beberapa masalah, kita terpaksa berpisah.. kini tinggallah berenam.(ceeewah macam artis la pulak..owh ye, ingat tak kita penah digelar Spice Girl masa kat Istanbul..haha). Bermulanya pulang ke Malaysia tahun lepas sehingga kini, kita berenam still together-gether, menempuh onak duri, lautan berapi dan suka duka bersama-sama. Tipulah kalau kata x pernah bergaduh atau bermasam, tp semua tu Alhamdullilah cepat je pulih balik dan kembali reda. Orang kata air dicincang x akan putus.. eh, dah macam adik beradik pulak rasanye.. Bagus jugak tuh. Duduk kat negara orang ni, dah jauh dengan family, sape je lagi yang tinggal, kalau bukan kawan2 kita.

Yang lebih seronoknya, bagi aku, setiap 6 orang ni ada perwatakan yang berbeza-beza dan sangat melengkapi each other. (jgn marah ye bg yang terasa) ada sorang tuh macam mak kepada kitorang, sangat caring, sentiasa meng'iakan apa yang kita cakap, sentiasa gelak dgn lawak yag dibuat(walaupun kekadang dia x phm pun lawak tuh..sigh~), sentiasa menerima pendapat orang lain, dan sangatlah berfikiran positive, all the time!! So bila 5 orang yang lain tu agak2 macam ada problem, kiranya dia ni la yg tukang nasihat kita balik. Memang macam mama betul lah! (k "mama", byk aku puji ko nih, bley la belanja ak lepas nih! hehe) ;P

Ahli Spice Girl yang kedua ni pulak..hmm.. bagi pendapat aku, bila dah ade mama, mesti la ade papa nye pulak kan.. LOL... (sori2).. yang sorang ni dia strict orangnyer.. kalau dalam argument, mesti dia yang akan stand untuk kita semua. Boleh kata suaranya mampu menggegarkan dekanat dan moslanka...hehe... dan dia ni jugak cerdik orangnyer, cepat memikirkan benda2 yang agak kritikal untuk dipikir manusia biasa..
Next, dia ni lebih kurang sama gak dengan papa di atas, cuma lebih kepada bos, i can say. Bukan nak kata dia ni "bossy", cuma macam aku kata macam papa, dia ni jugak sangat cekap dalam hal2 berkaitan argument2 ni. Sentiasa memikirkan consequence2 yang bakal berlaku, yang x mampu dipikirkan oleh manusia biasa amnya. Bos kita ni, bila dia nak sesuatu, x sape boleh halang dia, (kecuali kalau Allah dah x bg tuh, hmm lain cerita lah). Dia sentiasa confident dan tegas denagn pendapat dia..kekadang bila tersalah pun dia confident gak..bagus lah tuh..hehe.. Boleh kata trip kita yang lepas, (Istanbul dan Paris) tu, memang agak mudah dan lancar dengan kemahiran yang dia ada.
Lagi sorang nih, pelawak no 1 dunia. Aku gelar dia penghibur kita la. Kalau masuk raja lawak mmg boleh menang nih! Setiap kali ada jer cerita2 dia, dan mostly cerita2 tu semua berakhir dengan gelak tawa kitorang sampai keluar air mata dan sakit2 perut sbb tahan gelak. Kepakaran dia adalah menghabiskan makanan sehingga licin.. Bukan apa, katanya setiap makanan tu berkat, kalau x habiskan, boleh jadi benda yang x habis tuh adalah berkat kita.. hmm betul jugak kn.
Yang terakhir dalam ahli spice girl kuzmin ni (bertambah2 pulak namanya), orang nye kadang2 pendiam, kadang2 suara dia je yang kita dengar. Dia x pernah excited dalam sesuatu benda, semuanye biasa2 je. Kelebihan dia, sentiasa jadi perhatian orang, so boleh ambik hati orang lain dan kekadang memudahkan kerja2 kita..(waa mcm kejam plak bunyi nyer). Dia ni pun pandai jugak dalam ilmu2 agama, so boleh kata ustazah rock kut..hehe..
(Description ahli yang keenam a.k.a penulis x perlulah kut..haha sbb suka hati aku lah!)
Sambung balik cerita. Dalam kitorang berenam ni, kekadang timbullah problem, kata yang sorang tu asih suruh buat nih, buat tuh, yang sorang tu pulak complaint kata, apesal aku je yang kena buat, orang lain duduk senyap jer. Bila pikir2 balik, sebenarnya sangatlah bersyukur, sebabnya kalau xde la sorang tuh yang boleh hanya senyap dan bersabar je, dan boleh tunggu bebelan2 orang lain, susah jadinya. Kalau xde yang sorang tu sangat teliti dengan apa2 masalah, sume benda kene pandang serius, susah jugak kalau dia xde, x berjalan lah kerja jawabnya.. Dan kalau xde yang nak buat lawak, asik serius jer pulak, mesti tension hidup.. So, biarlah masing2 dengan sikap dan perwatakan masing2 sebab adanya mereka2 ni lah, dapat meng-complete-kan mereka2 yang lain.
Akhir kata, moga Allah memberkati persahabatan kita semua. Moga still dapat bersama lagi and aku sayang korang semua. Sorry atas kekurangan aku..



p/s Sedih la post nih...TT
Posted by Picasa

Monday, March 8, 2010

terjumpa abang Mus..hehehe


Salam.
hehe..jgn terkejut baca tajuk tuh..

Last Saturday, segerombolan kngkwn dari Nizhny datang menziarah rakan2nye di Moskva. Penat memikirkan mane nak bawak diorang ni jenjalan..So last2 dapat kata putus, nak g Space Muzium. Nak2 plak masuk free kalau ada student card.(susah nak jumpa barang free kat Moscow nih..hehe).. So bermulalah pengembaraan kami dalam muzium tuh.. Sayang sekali, tahap kefahaman kami dalam bahasa Russia tidak mencukupi untuk memahami semua description2 yang berbahasa Russia sejati.. So..mulalah buat pemahaman sendiri, dan yg lain2 pun mengiyakan sahaja..heh heh..

Lagi satu yang x berapa nak best, dalam muzium ni x dibenarkan amik gambar(tapi ada je yg ambik, x kene marah pooon!!! grrr). Tapi selamatlah atas budi baik makcik yg sorang tuh, bg gak kitorang amik gmbar dgn hero malaya.. heh heh..

Selama abad aku duduk kat Russia ni, dgn pelbagai perasaan bercampur gaul, dgn sumpah ranahnyer, dgn kutuk mengutuknya, tetiba terasa bangga pulak dapat belajar kat sini..Russia ni sangat hebat, xtaula macam mane boleh terfikir nak cipta kapal pergi angkasa. Bak kata kawan aku dari Nizhny tuh," aku nak lukis orang lidi pun susah!".. Tu belum cerita pasal metro/train diorang lagi, (nanti nak gi muzium pasal metro plak..hehe).. Hebat2! Mmg otlichno!


Monument yg berdekatan dgn Muzium tuh..
So bleh la jadi landmark kepada sesiap yg nak pergi.


Pertemuan Moscow-Nizhny


Ke"excited"an mereka terserlah~




Ni kat dalam Muzium tuh

Yang kat screen pun jadilah.. Bangga wooh!

Kelakarlah plak tgk gambar ni balik! huhu~

Beraksi di khalayak ramai =P

..................................................................

Sempena Hari Wanita, aku nak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua wanita2 yang aku kenal. Kepada yg Muslim, mari kita jadi muslimah2 terhebat! iA.


Ni gambar semalam aku ambik kat dalam metro. sampai x nampak dah girlfriend dia...ntah berapa hinggitlah bear ni!!! gerammnyeeer! =P
Posted by Picasa

Friday, December 25, 2009

random

Pagi tuh, aku ade colloq Physiology, 1 of da killer subject sebab killer nyer adelah lecturer kitorng, ramai yg jd mangsanyer..huhu..Anywhoo, mlm before tuh boleh kate lewat gak ah study, (lewat je la, study x byk mane pun..lewat pun sbb gatal2 gi masak tu la, makan ni la..sigh~), lepas subuh tido balik, sbb kelas lmbat lagi start. Da pukul berape dah, terbangun, tahap mamai2 tuh, rase malaaaas sgt nak bgn, tiba2 dapat plak 2 sms, daripada sis2 usrah aku, katanyer goodluck utk hari ni, sandarkan tawakkal pada Dia, moga dipermudahkan, ade yg sorang ni plak, aku buka2 je sms ade plak lirik Maher zain " He's never far away, put ur trust in them, raise ur hand and pray.." adush, terus cam kene tamparan hangit.. terus bangun, siap2, study sikit2 lagi..hehe..smngt tgh fired up! Alhamdullilah mmg dipermudahkan, dapat zacheot, tp masalahnyer lupa plak nk bawak buku zacheot tuh, hampeh tul..kene plak dtg esok nyer, tp slamat ade kelas russki kat bangunan yg same..

p/s ade satu incident lepas class tuh, sorry kawan ku itu, kerana kurangnyer keprihatinan ku, tiada bahu ku utk ko menangis, tiada kata2 utk memujukmu..nmpaknyer ak masih gagal lagi mnjadi kwn yg baik..so sorry!!


** zacheot: mcm kredit book, menandakan kita da habis pembelajaran utk sem itu

Saturday, December 12, 2009

bye bye


This week, sorang kawan aku telah sebulat suare untuk stop pembelajaran dia kat russia ni dlm medicine, n pulang ke Malaysia.. Bile terfikir,.. wow, hebatnyer orang2 kaya ni, bile rase nak wat ape, wat jer, bile nak beli ape2, beli jer.. x yah pikir pnjang2, seronokkan!


Tapi seronok yang kite rase tuh.. seseronok seronok yang seronok ker?? (haha..pening2)... mmg ah kite da x yah nk wat nota and hafal NVC anatomy, x yah nak ingat structure TCA Cycle, x yah nk jawab exam ngn Bobova, mmg seronok dpt lepak2 ngn kawan2 kt Kopitiam Pak Lee, dpt shopping baju murah2 kat Mid Valley, tp smpai mane kite rase seronok tuh??

Bye2 my friend, all da best 2 you, where ever u are!


Moga2 pengorbanan yg kite buat nih, dgn niat yg betul.. InsyaAllah kite akan merase "keseronokan" yg sebenar!!!



p/s dlm process nk wat ploff meletoop..moga2 jadi..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.