Saturday, March 27, 2010

Kisah kita ber-6


Assalamualaikum dan selamat semua

Setelah sekian lama aku bersenyap-senyap (senyap x bermaksud x buat apa2 ok!), akhirnya semalam aku kembali semula ke alam maya yang penuh "dugaan dan cObaan" ini. Selama yang berlaku hari2 aku, setiap kali aku mesti memikirkan satu perkara nih, dan InsyaAllah akan aku muntahkan ia dalam post nih..

Buat korang,

Mulanya kita berlapan, tapi kerana beberapa masalah, kita terpaksa berpisah.. kini tinggallah berenam.(ceeewah macam artis la pulak..owh ye, ingat tak kita penah digelar Spice Girl masa kat Istanbul..haha). Bermulanya pulang ke Malaysia tahun lepas sehingga kini, kita berenam still together-gether, menempuh onak duri, lautan berapi dan suka duka bersama-sama. Tipulah kalau kata x pernah bergaduh atau bermasam, tp semua tu Alhamdullilah cepat je pulih balik dan kembali reda. Orang kata air dicincang x akan putus.. eh, dah macam adik beradik pulak rasanye.. Bagus jugak tuh. Duduk kat negara orang ni, dah jauh dengan family, sape je lagi yang tinggal, kalau bukan kawan2 kita.

Yang lebih seronoknya, bagi aku, setiap 6 orang ni ada perwatakan yang berbeza-beza dan sangat melengkapi each other. (jgn marah ye bg yang terasa) ada sorang tuh macam mak kepada kitorang, sangat caring, sentiasa meng'iakan apa yang kita cakap, sentiasa gelak dgn lawak yag dibuat(walaupun kekadang dia x phm pun lawak tuh..sigh~), sentiasa menerima pendapat orang lain, dan sangatlah berfikiran positive, all the time!! So bila 5 orang yang lain tu agak2 macam ada problem, kiranya dia ni la yg tukang nasihat kita balik. Memang macam mama betul lah! (k "mama", byk aku puji ko nih, bley la belanja ak lepas nih! hehe) ;P

Ahli Spice Girl yang kedua ni pulak..hmm.. bagi pendapat aku, bila dah ade mama, mesti la ade papa nye pulak kan.. LOL... (sori2).. yang sorang ni dia strict orangnyer.. kalau dalam argument, mesti dia yang akan stand untuk kita semua. Boleh kata suaranya mampu menggegarkan dekanat dan moslanka...hehe... dan dia ni jugak cerdik orangnyer, cepat memikirkan benda2 yang agak kritikal untuk dipikir manusia biasa..
Next, dia ni lebih kurang sama gak dengan papa di atas, cuma lebih kepada bos, i can say. Bukan nak kata dia ni "bossy", cuma macam aku kata macam papa, dia ni jugak sangat cekap dalam hal2 berkaitan argument2 ni. Sentiasa memikirkan consequence2 yang bakal berlaku, yang x mampu dipikirkan oleh manusia biasa amnya. Bos kita ni, bila dia nak sesuatu, x sape boleh halang dia, (kecuali kalau Allah dah x bg tuh, hmm lain cerita lah). Dia sentiasa confident dan tegas denagn pendapat dia..kekadang bila tersalah pun dia confident gak..bagus lah tuh..hehe.. Boleh kata trip kita yang lepas, (Istanbul dan Paris) tu, memang agak mudah dan lancar dengan kemahiran yang dia ada.
Lagi sorang nih, pelawak no 1 dunia. Aku gelar dia penghibur kita la. Kalau masuk raja lawak mmg boleh menang nih! Setiap kali ada jer cerita2 dia, dan mostly cerita2 tu semua berakhir dengan gelak tawa kitorang sampai keluar air mata dan sakit2 perut sbb tahan gelak. Kepakaran dia adalah menghabiskan makanan sehingga licin.. Bukan apa, katanya setiap makanan tu berkat, kalau x habiskan, boleh jadi benda yang x habis tuh adalah berkat kita.. hmm betul jugak kn.
Yang terakhir dalam ahli spice girl kuzmin ni (bertambah2 pulak namanya), orang nye kadang2 pendiam, kadang2 suara dia je yang kita dengar. Dia x pernah excited dalam sesuatu benda, semuanye biasa2 je. Kelebihan dia, sentiasa jadi perhatian orang, so boleh ambik hati orang lain dan kekadang memudahkan kerja2 kita..(waa mcm kejam plak bunyi nyer). Dia ni pun pandai jugak dalam ilmu2 agama, so boleh kata ustazah rock kut..hehe..
(Description ahli yang keenam a.k.a penulis x perlulah kut..haha sbb suka hati aku lah!)
Sambung balik cerita. Dalam kitorang berenam ni, kekadang timbullah problem, kata yang sorang tu asih suruh buat nih, buat tuh, yang sorang tu pulak complaint kata, apesal aku je yang kena buat, orang lain duduk senyap jer. Bila pikir2 balik, sebenarnya sangatlah bersyukur, sebabnya kalau xde la sorang tuh yang boleh hanya senyap dan bersabar je, dan boleh tunggu bebelan2 orang lain, susah jadinya. Kalau xde yang sorang tu sangat teliti dengan apa2 masalah, sume benda kene pandang serius, susah jugak kalau dia xde, x berjalan lah kerja jawabnya.. Dan kalau xde yang nak buat lawak, asik serius jer pulak, mesti tension hidup.. So, biarlah masing2 dengan sikap dan perwatakan masing2 sebab adanya mereka2 ni lah, dapat meng-complete-kan mereka2 yang lain.
Akhir kata, moga Allah memberkati persahabatan kita semua. Moga still dapat bersama lagi and aku sayang korang semua. Sorry atas kekurangan aku..



p/s Sedih la post nih...TT
Posted by Picasa

10 comments:

Radzlin yg baik said...

salam..aimi..apsal bg name spice girl..tu bkn dah tua ke??
kt nk wonder girl...
well, quite a good description..
hehe..tmbh2 lg part yg setiap mknn bwk berkat tuh..baguih sggh kwn awk tu..
well...i'm happy to be sent here and being blessed by friends that are bonded by Ukhuwah fisabilillah..
I always believe there must be a reason Allah give me Russia..and now I finally found it!
smoga kt sama2 berjaya dunia akhirat..:)
p/s:syg Aimi..syg korg sme..tmbh2 lg kpd sesape yg rajin msk..:P

i.am.me said...

oo wonder gurl pulak..ikut citarasa masing2 la..hehe.. hmm betul2, setiap yg blaku ad hikmhnye kan! Allah is Great!!

wahh konyer ayat tuh da mcm ayat sorang naqibah da tuh..giiiilo..hehe

nazer@mubean said...

cter ah plak pasal ahli 'backstreet boys' yg 9 org tuh! haha

i.am.me said...

haha..alamak..ahli backstreet boys ak x habis kenal lagi ah... xpe, ade 4 thn lg..hehe

nana <3 said...

aww.. so sweet! =)
ha'ah la. sgt stuju yg kte melengkapi each other.

tanpa yg tegas dan mendesak, xde nye kte nk bekerja.

tanpa yg lantang bersuara, alamatnya asyik dipijak org la*especially moslanka =P

tanpa yg melawak, cepat tua lah kite yek

sng cte, kte mmg bahagia. hehehe. i really love u all! eventhough byk ujian ukhuwwah dh berlalu antara kte. <3<3

SEGi said...

salam, teringat lak lagu secebis kenangan yg time jaulah..


kita sentiasa memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari


hopefully eventhough kita dah berpisah after 6 years kat moscow nie ukhwah masih mekar and moga di jannah nanti diketemukan jugak. sebab ada org pernah mention kat aku yg dier syg kat seseorg tp dier tk nak jumpa org tu kat dunia jugak.. dier nak jumpa kat jannah sebab itulah destinasi terakhir idaman semua..so aku pun nak jadi cmtue ngan korng semua

so apa2 salah moga kita sentiasa top up each other.. moga Allah sentiasa memelihara kita berenam..
kerana Dia kita dipertemukan kerana DIa jugak kita dipashkan

spice girl haha itu bukan mamat jual earmuff yg kat istanbul panggil kita ker.. haha

nana <3 said...

we are spicy bebeh. haha. geli, wekk~
instead of attracting us, repel lg ade la!

i.am.me said...

nana n tirah: vceo pravilno! huhu..comment2 ni je da ley wt 1 post baru lg nih...hehe

Radzlin yg comel said...

Umangai!!!...pnjg2 nye comment2 korg..tercbr eden...
itula yg m'bezakan kt dgn kak naqibah..huhu..
mamat jual earmuff tu promote diri gak kan? i am single..budget kt akn beli sbb nak dia je..kakaka (klu Aimi maybe r..kt x..)

p/s: Aimi, bgga x kt visit blog awk 2 kal..kt jrg bc blog org tau!
Btoi x timing penggunaan "umangai" disitu??

i.am.me said...

hahhaaha..Radzlin, nmpaknye makin tserlah description yg ak wt psl ko..

alah ak tau selama ni ko mmg secret follower aku kn.

Lin, sanggup ko mngecewakan pak cik earmuff tu, kesian dia ko x beli kt dia..pkcik pasar jugak tatap menjadi pojaan hatimu.

p'gunaan umangai sgt tepat.tahniah, 10 markah utk anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.