Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

s.w.e.e.t d.r.e.a.m.

Had a dream last night.
Soooo wishing it to be true!!!!!
*wink wink*
hik hik
har har

Ooooow.........

Monday, May 10, 2010

bas terbang

Nak terbang jauh2 dari sini sekejap.... just for a while maybe??

Hmm baru sedar, sebenarnya sedang kita merasa life yang kita lalui x berapa nak best, sebenarnya ramai je yang lalui benda yg sama macam kita.. This week (except that wonderful picnic!) sangatlah rasa kekurangan, buat something semuanya macam main2, iman naik turun naik turun, mcm "crap" bak kata kawan saya tuh! Alhamdullilah, lepas berdating dengan usrahmates, beban terasa kurang sikit, and refresh balik benda2 yang aku terlupa.. yup, the best listener is Allah!


notakakiku: nak dslr 1. Belikan pleaseee!!



Posted by Picasa

Friday, April 16, 2010

xtaulah nak letak tajuk apa~


Wah2...hari ni terasa sangatlah busynyer, dari pagi sampai ke malam.. Hari Jumaat, ade Biochem, lepas tuh ada Microbe, colloq!! OMG, mmg xtau kenapa, blur yang teramat, blank dan yang sewaktu dengannye. Bila nak jawab soalan oral dengan ckgu, ntah macam ada benda tersangkut kat mulut.. Selamatlah ckgu bagi muka kat aku yang *** ni. Tu lah orang kata, kalau dah prepare bagai nak rak tuh, kalau Dia x bagi, xde la jawabnye.. Owh yer, mcq pulak dapat variant 5, soalan dia macam ****!!! Sabar je la, adelah hikmahnye tuh..

Pulanglah aku ke rumah dengan setension2nya. *Dah lah pensel box milo-color hijau-sejak dari mrsm dulu aku pakai-semua alat2 utk menelaah ada kat dalam tuh (kalau terjumpa tolonglah pulangkan kat saya ye!) tu hilang*, muka plak kena attack dengan bapak2 segala jerawat, exam pulak jawab x jawab jer.. TT

Oleh kerana hati resah gelisah gundah gulana, aku pun menghangkut roommate tersayang pergi jogging kat taman kecil kat area hostel kitorang, walaupun hanya 3 round je aku lari(tgk la lama2 nanti..b'belas aku lari), tapi..ehy suka hatilah aku nak lari banyak mana!

Malam ni aku nak buat facial mask daripada yogurt(cuma takut2 nnt ade "zone of inhibition" je around mulut aku..haha), sebab ada kakak senior tu kata cuba try untuk nak repair balik muka aku yang macam nak **** nih. Ada ke patut, before tuh dia tanya, "Kamu kena chicken pox ke?" Adusssh, mmg jelas teruk ah tuh!!

mangsaku malam ni! har har~

ooh ye, cuti birthday pakcik Hitler dah mula, kira2 ada 5 hari semuanya..hmm nak buat apa ye duduk kat rumah nih??? hmmm jom start dengan tengok documentary ni.



p/s esok ada event yang best insyaAllah...huhu excitednye!!!

...........................
kata2 pedas yang didengari minggu ini:

"kalau diorang dapat ****** tu, aku maki diorang!" (maki lah, ko yg dpt dosa)
"Apa korang buat.......... x study?!" (huhu.. ye2..baiklah)
"Disebabkan 1 benda buruk yang korang buat, benda2 baik yang lain terus tertutup" (like I care)
"Kamu kene chicken pox ker?" (baguslah tuh, mmg x kena pun lagi..heh heh)




Wednesday, April 7, 2010

Sedih


Hari ni dalam utusan, "400 kanak2 Palestin diseksa"...lagi

Sedih, kecewa, tapi bukan pada kanak2 ini, kerana mereka sememangnya kuat dan bersemangat tinggi, lebih lagi daripada kita2 ni.. Tapi sedih pada diri sendiri yang x mampu nak buat apa-apa untuk membantu mereka. Tak perlu kata nak membantu mereka, nak membantu diri sendiri melawan nafsu dan godaan2 duniawi pun belum berjaya lagi.. hmmm memang menyedihkan....*sigh*


Saturday, April 3, 2010

Islamist, Jewist, Christianist, Hinduist, Buddist......

Selain Islamist, pernah ke kita dengar or lihat kat media term-term yang lain nih berkaitan dengan keganasan atau perang2?? Xde kan... Nak kata masyarakat yang beragama selain Islam xde yang pernah abad diorang berperang.. begitu ker?? BS!

Nak kata, negara US, yang dok perang sana perang sini nak menjatuhkan negara2 Islam seperti Afganistan, Iraq, xde plak media kata Christianist2 yang melancarkan perang dan membunuh ramai org awam. Negara Israel yg x abih2 nak merampas tanah Palestin, xde plak sebut Jewist2 ni telah mengorbankan ramai wanita dan kanak2 yang tidak bersalah, tmpat2 awam dan sebagainya. Tapi apabila berlakunya satu serangan balik daripada negara2 yang ditindas ni, atas dasar untuk mempertahankan diri, keluarga dan negara, mulalah "pihak2 itu" mengheboh2kan, Islamist!! Islamist!! Islamist!! Ada patutkah?!

Pemikiran kita sekarang dah habis dicuci oleh orang barat, aka Ghazwhul Fikr(perang pemikiran). Sesetengah dari kita tidak diperang dengan keganasan, tapi pada pemikiran kita.. Kita telah berjaya dijauhkan pada al-Quran dan sunnah. Sebab tu kita dah x hirau dengan apa yang berlaku pada saudara2 kita yang berada jauh di sana. Bak kata seorang member, "Orang Islam sekarang seperti "Singa tapi berkelakuan seperti kijang". Mereka x sedar, bahkan x tau pun yang sebenarnya mereka ini hebat seperti singa, tapi sekarang, semuanya hanya berdiam diri, ada yang pengecut, dan sentiasa menjadi mangsa.

Bila terfikir2, memang benar setiap yang Allah lakukan ada hikmahnya disebaliknya. Bila berlakunya sesuatu cth; bombing kat Moscow nih, sesuatu yang berlaku pada batang hidung kita, barulah kit alebih peka dan sensitive terhadap masalah2 seperti ni. Mungkin Allah nak suruh kita bangun dan buka mata kita seluas2nya, agar kita tidak lagi tidur dan terus tidur didodoikan dengan kelazatan dan keenakan yang disajikan oleh "pihak2 itu."

-nota untuk diri sndiri-

p/s x ingt sgt 4 sure ayat yg singa tuh (lupa lah nama bnatang lg sekor), tp tu la maksud yg nak disampaikan.

Saturday, March 27, 2010

Kisah kita ber-6


Assalamualaikum dan selamat semua

Setelah sekian lama aku bersenyap-senyap (senyap x bermaksud x buat apa2 ok!), akhirnya semalam aku kembali semula ke alam maya yang penuh "dugaan dan cObaan" ini. Selama yang berlaku hari2 aku, setiap kali aku mesti memikirkan satu perkara nih, dan InsyaAllah akan aku muntahkan ia dalam post nih..

Buat korang,

Mulanya kita berlapan, tapi kerana beberapa masalah, kita terpaksa berpisah.. kini tinggallah berenam.(ceeewah macam artis la pulak..owh ye, ingat tak kita penah digelar Spice Girl masa kat Istanbul..haha). Bermulanya pulang ke Malaysia tahun lepas sehingga kini, kita berenam still together-gether, menempuh onak duri, lautan berapi dan suka duka bersama-sama. Tipulah kalau kata x pernah bergaduh atau bermasam, tp semua tu Alhamdullilah cepat je pulih balik dan kembali reda. Orang kata air dicincang x akan putus.. eh, dah macam adik beradik pulak rasanye.. Bagus jugak tuh. Duduk kat negara orang ni, dah jauh dengan family, sape je lagi yang tinggal, kalau bukan kawan2 kita.

Yang lebih seronoknya, bagi aku, setiap 6 orang ni ada perwatakan yang berbeza-beza dan sangat melengkapi each other. (jgn marah ye bg yang terasa) ada sorang tuh macam mak kepada kitorang, sangat caring, sentiasa meng'iakan apa yang kita cakap, sentiasa gelak dgn lawak yag dibuat(walaupun kekadang dia x phm pun lawak tuh..sigh~), sentiasa menerima pendapat orang lain, dan sangatlah berfikiran positive, all the time!! So bila 5 orang yang lain tu agak2 macam ada problem, kiranya dia ni la yg tukang nasihat kita balik. Memang macam mama betul lah! (k "mama", byk aku puji ko nih, bley la belanja ak lepas nih! hehe) ;P

Ahli Spice Girl yang kedua ni pulak..hmm.. bagi pendapat aku, bila dah ade mama, mesti la ade papa nye pulak kan.. LOL... (sori2).. yang sorang ni dia strict orangnyer.. kalau dalam argument, mesti dia yang akan stand untuk kita semua. Boleh kata suaranya mampu menggegarkan dekanat dan moslanka...hehe... dan dia ni jugak cerdik orangnyer, cepat memikirkan benda2 yang agak kritikal untuk dipikir manusia biasa..
Next, dia ni lebih kurang sama gak dengan papa di atas, cuma lebih kepada bos, i can say. Bukan nak kata dia ni "bossy", cuma macam aku kata macam papa, dia ni jugak sangat cekap dalam hal2 berkaitan argument2 ni. Sentiasa memikirkan consequence2 yang bakal berlaku, yang x mampu dipikirkan oleh manusia biasa amnya. Bos kita ni, bila dia nak sesuatu, x sape boleh halang dia, (kecuali kalau Allah dah x bg tuh, hmm lain cerita lah). Dia sentiasa confident dan tegas denagn pendapat dia..kekadang bila tersalah pun dia confident gak..bagus lah tuh..hehe.. Boleh kata trip kita yang lepas, (Istanbul dan Paris) tu, memang agak mudah dan lancar dengan kemahiran yang dia ada.
Lagi sorang nih, pelawak no 1 dunia. Aku gelar dia penghibur kita la. Kalau masuk raja lawak mmg boleh menang nih! Setiap kali ada jer cerita2 dia, dan mostly cerita2 tu semua berakhir dengan gelak tawa kitorang sampai keluar air mata dan sakit2 perut sbb tahan gelak. Kepakaran dia adalah menghabiskan makanan sehingga licin.. Bukan apa, katanya setiap makanan tu berkat, kalau x habiskan, boleh jadi benda yang x habis tuh adalah berkat kita.. hmm betul jugak kn.
Yang terakhir dalam ahli spice girl kuzmin ni (bertambah2 pulak namanya), orang nye kadang2 pendiam, kadang2 suara dia je yang kita dengar. Dia x pernah excited dalam sesuatu benda, semuanye biasa2 je. Kelebihan dia, sentiasa jadi perhatian orang, so boleh ambik hati orang lain dan kekadang memudahkan kerja2 kita..(waa mcm kejam plak bunyi nyer). Dia ni pun pandai jugak dalam ilmu2 agama, so boleh kata ustazah rock kut..hehe..
(Description ahli yang keenam a.k.a penulis x perlulah kut..haha sbb suka hati aku lah!)
Sambung balik cerita. Dalam kitorang berenam ni, kekadang timbullah problem, kata yang sorang tu asih suruh buat nih, buat tuh, yang sorang tu pulak complaint kata, apesal aku je yang kena buat, orang lain duduk senyap jer. Bila pikir2 balik, sebenarnya sangatlah bersyukur, sebabnya kalau xde la sorang tuh yang boleh hanya senyap dan bersabar je, dan boleh tunggu bebelan2 orang lain, susah jadinya. Kalau xde yang sorang tu sangat teliti dengan apa2 masalah, sume benda kene pandang serius, susah jugak kalau dia xde, x berjalan lah kerja jawabnya.. Dan kalau xde yang nak buat lawak, asik serius jer pulak, mesti tension hidup.. So, biarlah masing2 dengan sikap dan perwatakan masing2 sebab adanya mereka2 ni lah, dapat meng-complete-kan mereka2 yang lain.
Akhir kata, moga Allah memberkati persahabatan kita semua. Moga still dapat bersama lagi and aku sayang korang semua. Sorry atas kekurangan aku..



p/s Sedih la post nih...TT
Posted by Picasa

Wednesday, March 10, 2010

tidak mengapa~


Jawapan kepada "benciiiiiiiiiiiinye";

Allah kata,
dalam ayat dia,(49:12)
Jangan berprasangka,
berprasangka itu dosa
tuhan tak suka.

Tidak mengapa,
mungkin itu rezeki mereka.

Rezeki kita...
InsyaAllah akan tiba.(yang halal punya!!)


........................................

Happy birthday mamal!!
Alisya n Akmal..comelnyer mereka!!!
Macam maksu diorang...heh heh~

p/s gambar diambil oleh abg long.

Thursday, March 4, 2010

Say what you need to say.

Sunday, February 21, 2010

Iman duk diam2, jgn lari2!!


Rasanyer lepas habis exam final hari tuh, cuti2 sampai la hari2 dalam minggu ni, aku terasa sangat lost. Terasa sangat lapar..Bukan laparkan sharma, pizza svarro, kroshka kartoshka atau lauk reheat semalam, tapi "lapar" sangat kat sesuatu tuh..hmm ape yer??


Pernah tak korang rasa, bila korang dah tak nak buat benda2 baik lagi(ceewah), x nak share ayat2 Dia yg best, korang rasa malas, rasa boring, rasa macam tak kisah kalau tak ambik tau pasal benda lain, rasa macam nak buat jer balik benda2 jahiliyah yg aku pernah tinggalkan suatu masa dulu. Aku dunia aku, biaq pi lah dgn org lain, yg penting aku happy, (tapi happy ker?), hmm n macam2 lagi...almost boleh kata aku dah give up!!!! arrgggh, mane pergi kau??


Alhamdullilah, semalam 1st time kitorang start usrah since yang last before exam tuh lagi..memang ada je gathering2, tapi secara ramai2.. So semalam kitorang kumpul, dengan usrahmate, kitorang2 jer.Firstly, kitorang tadabur(membaca and memahami maksud al-Quran) Surah al-Kahf, dan macam biasa bila share2 ayat favourite, aku sangat terasa dengan ayat 100 dan 101. Sebabnyer, ayat tu macam terkena habis dekat aku dengan apa yang aku buat minggu2 tu. Apa yang aku buat?? Aimi....ish3~


"...dan kami perlihatkan (neraka) Jahanam dengan jelas pada hari itu kepada orang kafir, (iaitu) orang yg mata (hati)nya dalam keadaan tertutup (tidak mampu) dari memperhatikan tanda kebesaranku, dan mereka tidak sanggup mendengar." 18:100-101


OMG, takkanlah kut.. aku x nak la tergolong dalam orang2 kafir, tapi itu yang aku buat. Nauzubillah... Mana perginya mata HATI aku yang dulu? Mana hilangnye telinga aku untuk mendengar ayat2 Dia? Mana IMAN aku ni??



Iman!!! .......ooh Iman!!!!


Datanglah balik....... !!!


Mana kau pergi nih?!! TT


(bukan yg duduk kat Kahov tu yer..)



Malu pulak rasanya aku bila melihat wajah2 usrahmate aku yang selalu aku hampakan, and lagi malu aku yg x terhingga pada Dia yang selalu aku kecewakan... sorry~


Aku nak jadi seperti bola besi, x nak jadi bola pingpong....

Saturday, December 19, 2009

ayah

2-3 thn lepas, aku pergi amik result spm kat sekolah, aku ditemani ibu n ayah.. Alhamdullilah, result yg aku dpt telah melayakkn aku utk berada di tempat aku sekarang.. Mase tuh, ayah aku hanye tunggu di luar dewan, ibu pula menemani aku hingga ke kounter utk menerima keputusan.. Bila keputusan berada di tangan aku, sememangnyer aku memeluk erat ibu saye dan air mata turut mengalir kegembiraan.. saya berlari ke arah ayah aku, dgn tenang ayah hanya mengucapkan tahniah.. aku terus terfikir, itu sahaja???
Entah mengapa persoalaan minda ku terkeluar hingga ak bertanya kepada ibu, "ibu, ayah x gembira ke dgn pencapaian aku?" Ibu dgn pantas menafikan. Katanya ayah telah menghubungi semua abang2ku, aunty uncle, saudara-mara ku, mengkhabarkan kepada mereka kejayaan anak perempuannya..

inspirasi daripada cerita Papadom, "Sebagai lelaki, ayah sangat sukar utk meluahkan perasaan mereka dgn kata2, hanya dgn perbuatan sahaja,moga2 anak2 tahu bahawa mereka sgt sayangkan anak2 mereka" Afdlin Shauki

ayah, sorry for all my misbehave, do forgive me!!



p/s walaupun ak bkn la big fan of Afdlin shauki, tp movie ni mmg thumbs up ah!
p/s aku dlm xde duit nih lepas gak sepasang winter boot baru..ngehehehe
p/s biochem smlm.. mcq sungguh ^%$##@^%... moga 2 yg terbaik utk aku...amin..sigh TT
p/s internet xde, malas nk topup, pe pe hal cntact thru sms, call, or telepathy!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.