apa korang rasa tentang exam/peperiksaan/test/ujian bulanan? benda pertama yang kita pikir mestilah stress, busy, focus3 dan blah blah blah....~ Tapi, aku pulak tiba2 discover satu lagi "feature" baru sempena exam yang baru lepas ni.. apakah ia??
Kasih sayang seorang sahabat dapat dilihat menerusi kesedapan spagheti ini.. ooo dengan sate sekali! ahaks <3 ~~
Aku xtaulah sistem exam kat Malaysia tahap universiti ni macammana sangat. Tapi kalau kat Moscow ni, dan nak lebih spesifik lagi universiti aku yang tercinta ni, (rasanya dah banyak kali je sebut pasal bende ni..hehe) sistem permarkahan dia sangatlah random dan boleh kata memang "ikut nasib".. Kepada yang xtau, kat sini simple je cikgu nak bagi markah.x payah sampai seratus peratus pun, cukup dari angka 1 -5 je. 1-2 kira fail dan kenalah repeat balik. 3 kalau direct translationnya selesa, nak sedap lagi memuaskan lah kut. 4 pulak bagus dan 5 tu cemerlang gemilang terbilang. Cara menjawab examnya pulak (ni untuk exam final), kebiasaannya, ada bagi MCQ dan kekadang xde pun, lepas tu dia bagi kertas yang ada dalam 3-4 soalan. Lepas dapat soalan duduk dulu, cari ilham, tulis2, rangka2 ayat, xdapat nak rangka pikir nak goreng2 apa dan bila cikgu dah panggil tu kita pun mulalah jawab soalan2 tersebut.. borak punya borak dengan cikgu, cikgu pun bagi markah, tulis kat buku zacheot (macam report card) markah tu dan kita pun keluar dewan, cari tempat yang agak2 x ada orang sangat, lepas tu lompat2 gembira x hingat dunia sebab dah habis belajar subjek tuh.. (orang patutnya cari tempat untuk wat sujud syukur ker...huhu). Ok, ni x sampai lagi point yang aku nak sampaikan. Tapi sebab aku x busy sangat cycle ni, so aku tulis jelah meleret sikit, macam yang sekarang aku buat ni, walaupun sebenarnya x perlu pun.. woii!! dah stop!!
Ok sambung balik.. dah cerita pasal rangka exam kat sini, kita cerita isi dia pulak. 1st, soalan2 yang kita dapat tu memang randomly pick. So agak2 dapat soalan yang kita memang tau A-Z pasal benda tu atau paling best benda yang kita baru je baca 5 minit sebelum masuk dewan exam memang semoooth ajelah nak jawab dengan cikgu. Tapi kalau dapat soalan yang memang kita dah baca semua tapi adalah satu kecik co'et yang kita x baca/x sempat baca.. bende tu lah pulak yang keluarnya..."menangis x berlagulah" makanya tajuk drama tuh. Yang keduanya pulak, dengan cikgu mana kita akan jawab orally.. samaada dalam bahasa rusia mahupun bahasa enggeris (macam ni ke spelling english..asal macam lain je) ataupun tekan butang R untuk dwibahasa.. Kan selalu dengar, muka mungkin sama, tapi hati lain2.. memang lain.. so macam biasalah ada cikgu yang sangat strict dengan jawapan yang diberi, ada pulak yang x kisah sangat jawapan kita, ada yang buat short lecture sekejap, dan ada pulak yang kita pun xtau dia nak apa. So keseluruhannya memang gamble jer exam kat sini. Dan maka bermakna juga (sorilah ayatku seperti ****) markah yang kita dapat tu bukanlah penanda kepada ilmu yang kita ada.. Tapi x apply la kat semua. Memang ada je student yang memang excel tahap dewa and layak dapat otlichno (maksudnya cemerlanglah tuh) dan visa versa (maksudnya.....hish tu pun xtau!) Dan juga bermakna kita berjaya tu bukanlah atas usaha kita semata2, tapi semestinya dengan bantuan Allah!!! Ok, hampir nak sampai ke point dah..
So atas sebab randomnya exam kat sini, so rasa dependent/kebergantungan kita kat Allah tu sangatlah tingginya.. Walaupun aku sangat3 rasa kebergantungan ni masa exam/masa 2-3 hari lepas incident bom kat metro/jalan sorang2 tengah malam dan sebagainya.. tapi at least ada lah perasaan tuh.. (betul ke falsafah aku ni...huhu) daripada masa senang2, chill2, lepak2 ni, kita rasa cam kita dah selesa, everything is fine, life is forever, masa tu kita pun dah jauh dah daripada Dia. (sedangkan Dia x pernah berengang sedetik pun daripada kita T.T) ok ok..jgn sedih2 lagi.. Despite waktu nak prepare utk exam ni banyaklah kuku2 yang menjadi mangsa pencabulan, jerawat2 di muka juga timbul lalu dicabul jua justeru meninggalkan kesan2 degil di muka, dan walaupun banyak masa yang dileburkan untuk masak grand2 kerana nafsu yang tidak terkawal (waktu nak examlah gatal nak masak tu masak ni, sekarang dah free makan lempeng je pulak!) NAMUN, kita juga akan lebih cenderung untuk baca lebih lembaran2 suci alquran, lebih khusyuk dalam solat, solat sunat tu kalau boleh after setiap waktu, sujud lama2 sampai tertidur, tidur awal so that dapat bangun Qiam n lepas tu dapat study (ooo...ini rupa2nya motif dia...ish3.. apa nak jadi ni?!), doa bukan main panjang, dan waktu ni jugaklah kita menagih doa2 daripada orang2 yang dekat dengan kita dan masa ni kita mula minta maaf dengan orang yang kita pernah sakitkan hati dia or apa2.. hmm, nampaknya selain busy dan stress, banyak jugak kebaikan yang boleh kita amalkan masa nak exam ni.. Tapi tu lah, apa2 pun niat....bila aku baca2 balik ayat2 aku ni, rasa macam aku ni bergantung bila susah jer pulak.. Harapnya moga amalan2 ni berterusanlah walaupun after exam atau semasa senang. So kenelah selalu ingat untuk betulkan niat supaya kita buat semata2 untuk Allah, bukan sebab nk lepas exam.. Memanglah exam kita dapat warna terbang, tapi pahala zero.. sedangkan pahala jauuhhhhh lagi tinggi nilai dia...
Lempeng "pukul 3 pagi" khas untuk si perut yang meragam
Kesimpulannya, (typical karangan) kalau kita rasa kita susah sangat nak beramal, at least bila kita rasa kita jumpa satu saat yang kita sangat2 berharapkan pertolongan daripada Allah, masa tu kita bagilah all out kepada Dia. Moga daripada situ lahir jugak sikit2 dalam diri kita perasaan hamba kepada pencipta kita.. Dan daripada exam ni jugak, apa yang aku belajar, apa2 result yang kita dapat x membuktikan apa2 pun. Boleh jadi orang yang markahnya lebih tinggi daripada kita xlah sehebat mana dan boleh jadi orang yang markahnya lebih rendah daripada kita tu sebenarnya laaaaagi tererrrr.. So janganlah riak wahai diriku!
p/s Alhamdullilah Allah sangat2 permudahkan urusanku kelmarin.. bukan aku yang berjaya sebenarnya, tapi doa2 kalian yang mendoakan daku jugalah sebenarnya yang berjaya sekaligus nak kata yeay, ini adalah kemenangan kita bersama! hee *wink2*