Thursday, December 30, 2010

Allah cemburu

Hari tu baru dapat ilmu baru, kata seorang kakak ni, bila kita dapat sesuatu ujian, maknanya Allah sayang dan cemburu kat kita.. Bila kita sudah jauh, mungkin Allah makin rindu nak dengar suara rintihan kita, rindu nak dengar pengharapan kita pada Dia..

Hari ni, Allah cemburu pada rakan saya. Kawan saya ni baru sahaja kehilangan sesuatu barang yang sangat berguna pada dia. Dan sejarah kawan saya ni pulak, memang dia selalu diuji dengan barang2 dia hilang @ dicuri... Ya Allah, memang x dapat nak nafikan, berat ujian yang kawan aku ni dapat. lepas 1..1.. kalau aku, memang aku ngaku awal2 aku x mampu!

Kekadang aku terfikir, aku sekarang, yang sedang sibuk melayan jahiliyah, tapi orang sebelah yang terkena dugaan.. Mungkin ini satu teguran daripada Dia kepada aku.. Sama jugalah kalau aku kata begini, negara kita yang kita sayang, Malaysia ni boleh kata makin lama makin hancur dah dengan perangai manusia2 di dalamnya.. buat anak, buang anak, bunuh sana, bunuh sini, macam dah xda beza dengan negara barat, malah baik lagi mereka daripada kita.. Tapi Allah x turunkan pun ujiannya kat Malaysia (bukanlah nak minta diturunkan ujian pulak ) Tapi apabila negara jiran kita, yang selalu dilanda ujian, tsunamilah, gempa bumi lah, kalah bola lah..(oops).. Nak dikatakan memang Allah dah bagi teguran terang2, tapi kita manusia sangatlah buta, buta hati.. masih ego dengan kesenangan yang ada.. Dan paling menyedihkan, bangga dengan kesalahan yang dilakukan..

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami, walaupun dalam sedar, mahupun x sedar, kami sentiasa melakukan kemungkaran, dan diri ni masih xnak berubah. Moga Kau lembutkanlah hati2 kami dalam perubahan, selamatkanlah kami dari api neraka..

Pesanan untuk diri sendiri.

T.T

dan Allah, berilah kekuatan kepada dia.. Dia sahabat yang sangat baik pada ku.

Wednesday, December 29, 2010

crystal winter



Assalamualaikum dan selamat semua..


cantikkan! Ciptaan Allah

Sekarang pukul 5.26 pg, 29 Dec 2010.. Bangun2 pukul 2.45 pg, terus on laptop, dan skyping dengan ibu.. Hari ni birthday ibu!! Sambil2 tu buka pula Maybank2u, alhamdullilah.. Seperti yang dijanjikan ibu, 1k dah selamat di tanganku! hehe...Lawak pula, padahal birthday ibu, tapi saya pula yang dapat hadiah..hikhik..

12 hari lagi untuk exam final Microbiology.. Arrrgh, manusia ni sangat pelik! Bila masa sikit, complain x sempatlah, lepas tu tension menonggeng sorang2. Bila masa dah banyak pulak, duk leka2 mengalahkan orang yang xde exam.. Sampai sekarang mood nak study x datang2 lagi. Aku pandang buku, buku pandang aku balik.. Aku pandang buku lagi sekali, buku tengok aku dah tidur.. Haishh.. Harap2 hadiah daripada ibu tu dapat naikkan balik semangat saya nak study! =P

Semalam kelas yang terakhir untuk semester ni, Internal Disease. Last week cikgu kata, suruh study balik semua yang dia dah ajar untuk sem ni, dan dia siap suruh practice, berlakon macam doktor tanya2 soalan dekat patient. So malam before kelas tu berpulunlah aku membaca balik notes2 yang tunggang langgang tuh, jenuh betul nak memahamkan. Tapi, sampai2 je kelas, cikgu terus mintak buku zacheot dan puuuf, begitu sahaja kelas kitorang habis!! Dan begitulah habisnya semester 1 tahun 3 ku.. Alhamdullilah, masih bernyawa, masih mampu untuk meneruskan semester yang akan datang..InsyaAllah.. Tapi sedikit takut, sebab sem depan akan ada subjek baru - Topografi Anatomy aka Topan. Yang jadi susahnya bila subject ni dah sememangnya susah, ditambah pula kena belajar dalam bahasa Russia.. Sabar je lah..

Okeylah, insyaAllah petang nanti nak pergi shopping!! Setelah beberapa bulan terpaksa menahan diri x pergi shopping mall sebab disibukkan dengan Pharmaconya, IDnya, gen surgnya.. haha.. tengoklah berapa banyak duitku habis harini!



depan apartment je pokok ni



p/s semalam lepas kelas terjatuh, sebab jalan licin.. (tu lah, duk sibuk gelakkan kawan kat depan terlanggar pokok, gedebuk aku pulak jatuh..hehe)

Saturday, December 25, 2010

sebaris ayat

Selalunya orang cakap macam ni, "benda dari sekecil2nya boleh jadi sebesar2 perkara..."

And this time, gedebuuk!! kena kat aku..

Siapalah sangka, dengan sebaris ayat, tersingkaplah segala-segalanya. Yang pahit, yang masam, yang pedih untuk di dengar. Dengan sebaris ayat ni jugalah, maka tersedarlah bahawa banyak yang perlu diperbaiki oleh diri ni.. Tahniah wahai sebaris ayat! Kerana engkau, dan tamparan yang kau beri, memang kasi kesan yang mendalam kat pipi aku yang agak bulat ni...

Dan dari mana pula datangnya sebaris ayat itu, kalau bukan Allah juga yang menyusunnya.. Wahai Allah, walaupun kadang kala aku yang hina dina ni meraguiMu, tapi Kau memang Maha Bijaksana dengan perancangan2 yang Kau susun, penuh teliti, penuh cantik! Teguran yang Kau berikan...memang ada Ummph!!!~

So sekarang tinggallah masanya untuk diri ni sendiri untuk mula bergerak, mula bertindak atau boleh jadi tunggu dan tunggu lagi..



p/s maaf la yer, sejak 2 menjak ni memang x stabil, x stabil perasaan, x stabil iman, x stabil pemikiran..x sabar nak cuti dah kut...~

p/s n maaf jugak terpaksa delete post yg before ni, (harap2 kamu n kamu je sempat bace) sebab tu pun tulis tanpa pemikiran yang stabil... bahaya3...hehe...

p/s blog ni dah lama x letak gambar...bosan kan?!

Thursday, December 23, 2010

maaf, saya bukan contoh yang baik

Assalamualaikum...

Maaf, saya bukan contoh yang baik.. Mungkin bukanlah langkah yang bijak saya dipilih untuk menjadi seorang manusia yang mengajak orang ke arah kebaikan sedangkan sendiri tidak melakukan kebaikan.

Maaf, saya bukan contoh yang baik.. Jahiliyah lama saya masih teguh terpacak dalam diri saya, dan walaupun seberapa kuat saya cuba mengatasinya, ia tetap datang dan melekat, malah lebih kuat lagi..

Maaf, saya bukan contoh yang baik.. Saya tidak mahu dijadikan salah seorang yang memburukkan nama baik agama saya sendiri dengan tindakan2 saya. Amanah yang saya pikul ini terlalu besar, terlalu berat, mungkinkah saya masih belum bersedia??

Maaf, saya bukan contoh yang baik.. Jangan buruk2kan apa yang saya cuba bawa sekarang kerana bukan ia yang mendorong saya untuk melakukan perkara2 yang saya lakukan sekarang.

Maaf, saya bukan contoh yang baik.. Maaf, atas kata2 saya jika ia mengguris hati2 anda.. tetapi saya sudah penat untuk bersabar dengan kerenah2, ragam2 yang kadang kala amat melukakan hati saya, tapi saya simpan dan simpan.. sehinggalah apabila berlakunya perkara2 begini, saya sudah hilang kesabaran. Mungkin hanya sekali, cubalah fahami pula apa perasaan yang saya alami...
Maaf, saya bukan contoh yang baik.. Jika maaf saya dapat memadamkan kembali segala perbuatan buruk saya, maka terimalah maaf saya.. Jika tidak...hanya Allah tempat segala pergantungan...

Thursday, December 16, 2010

Hidup ni susah.....kan?

sorry.. nothing to say..

Tuesday, December 7, 2010

ini hijrah aku.. hijrah kamu?

Salam maal hijrah!

Dah nak masuk 2 tahun setengah aku berhijrah ke bumi Russia ini. Pada asalnya, menanam niat yang entah apa-apa untuk ke sini... Tapi siapa sangka, di pertengahan jalan, aku diperkenalkan dan dipertemukan dengan manusia2 ini yang menarik aku ke kancah....!!!

Hahaha.. Bukanlah... Alhamdulillah, sesungguhnya Dia, Maha Pencipta segala sesuatu, yang telah mengatur segala-galanya untuk hambaNya, telah memperkenalkan aku kepada manusia-manusia ini yang mengajak aku untuk lebih dekat dan lebih mengenali Pencipta aku ni sendiri.. Hidup yang dahulunya hanya berlandaskan dunia dunia dunia forever, tapi kini aku ada sedikit sebanyak sebab untuk kenapa aku diwujudkan @ dilahirkan di dunia ini. Memang, hanya Dia juga yang tahu segala-galaNya. Siapalah sangka, aku ini, seorang wanita biasa (ceeewah da 20 la katakan~hehe), boleh sampai ke tanah asing ini, mengharungi cabaran2 yang hanya Dia tahu betapa SUSAH nyeeeee, xtau nak kata ape dah. Dan alhamdullilah masih bertahan walaupun hanya merangkak...

Selama ni kalau sambut maal hijrah, memang tiada feel langsung. Cuma sibuk nak baca doa akhir tahun dengan awal tahun..maksud pun bukannya paham sangat. Tapi semakin lama, semakin tua, semakin banyak yang aku belajar, semakin banyak perkara yang PERLU DIPRAKTIKKAN, walaupun terlupa untuk baca doa2 tersebut, tapi aku mohon agar tahun2 yang aku lalui x sia-sia..insyaAllah..( ayat nak sedapkan hati sebab x baca doa..huhuhu).


Memori 2.11.2010.20 =)



Moga Dia tetap bagi kekuatan buat kita semua!

p/s bilamana engkau terasa kawan2 yang lain seperti menjauhi, semakin jauh dan jauh, dan engkau merasa sendirian, teruskan berlari ke arah Dia, dan hari ini Dia berikan kau seorang kawan, lebih daripada yang engkau perlukan. -Sesungguhnya Dia lebih tahu -








Saturday, December 4, 2010

1..2..3.. but i'm not there


Listening to this song, I believe that I'm not a good friend, and surely you can't count on me =(

I always wanted to be one, but maybe its just not in me, and that its hard to change it..


Friend, if u read this, please think about your life, your future. Start working towards the light, because i don't have the strength to tell you this.. I'm not brave enough.. but all i want you to know is that i do care-4-u




i've lost my sensitivity..... bad women!


Wednesday, December 1, 2010

l.u.p.a.

Apabila diri sedang sibuk mengenangkan ujian yang dilalui, disangkanya besar seumpama cuba untuk menyelesaikan masalah dunia, padahal tidaklah sebesar mana...


Apabila diri sedang sibuk melayan perasaan, melayan nafsu, mencari dan meninggalkan cinta bukan miliknya...


Apabila diri sedang sibuk menghitung apa yang kurang pada dirinya, mencari dan terus mencari tanpa henti..sentiasa mahukan lebih..


Apabila diri masih enak dibuai mimpi2 indah, masih mengharapkan sesuatu yang tidak pasti...


Apabila diri masih tidak berhenti berlawan dengan diri sendiri dan seketika itu jatuh dan naik dan jatuh kembali...


Engkau lupa bahawa mereka yang disana sedang diuji dengan lebih hebat lagi...



Monday, November 29, 2010

Dear Lynn =)


1st of all, thnk u for tagging me on the contest.. tp disebabkn aku rasa aku bakal akn menang, so aku pun dengan rela hatinya nak bagi can kat ko je utk menang.. hehe... joking!
Aku agak busy kebelakangan ni..so xde masa sgt nak wat..tp aku postkan jugaklah gambar anak sedara aku yang comel ni.. =)



Her famous hippoface =)


Wednesday, November 24, 2010

hippoface..hippocrates...hippo2!

-memori GMG-

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!! (ish x baik gelak kuat2...)

Terbaca blog sorang ni yang sangatlah lawaknya, aku hampir nak terjatuh kerusi sebab duk gelakkan apa yang dia tulis...orang tu memang bila dia tulis..selalunya x serupa bikin. Banyak garam dan gulanya sahaja.. Lawak, memang lawak! Mari kita gelak sama2!!

Good lucklah kepada diri sendiri dan yang lain dalam menempuh ujian hidup dengan ramai orang2 yang hipokrit ni! susah I tell you!! *sigh*


p/s hipokrit itu perlu, tapi berpada2lah~
p/s saya rindu anak buah saya buat muka hippoface dia~
p/s cakap psl hippocrates, i "looove" medical history!!
p/s gambar di atas xde kaitan dgn cerita dlm post ni!

Sunday, November 21, 2010

winter 2010 =)






Allahmdullilah, segala yang dirancang untuk mereka hari ni telah terlaksana. Moga aku masih tetap dijalanNya dan niat hanya keranaNya.

Posted by Picasa

Tuesday, November 16, 2010

Bila mana banyak sangat benda yang nak ditulis x tertulis, akhirnya ini sahaja yang terkeluar...
Selamat hari raya aidiladha! =)

Sunday, October 31, 2010

aku kene ketuk! grr

Apa akan berlaku jika anda simpan..simpan..simpan... pendam..pendam...pendam... masalah anda? Orang kata, anda sabar jika anda tidak menunjukkan sebarang emosi apabila diberi sebarang ujian..Apabila anda menangis, maknanya anda tidak sabar, jika anda marah maka anda tidak sabar, jika ada rakan yang kata, "sabar2.."makanya anda belum juga lagi bersabar.. Susahkan nak bersabar ni..Dan aku pun cuba untuk jadi orang yang bersabar sebab sabar tu kan separuh daripada imaaaan.. Sejak 2 menjak ni, tahun 3 fakulti perubatan memang benar2 mengajar manusia2 ni untuk bersabar. Dengan tiada masa rehatnya, keluar pagi balik malam, exam yang non-stop, lecture notes yang terbengkalai sana sini.. Nak menambahkan ketensionan ni, bila nampak ada manusia2 yang lain (rakan sebatch jugak) relax2 cool2, masih sempat main dota everyday, masih ada masa lepak2.

Entah kenapa, mungkin aku dah reach threshold aku, ada 1 hari ni dari pagi memang dah rasa lain daripada lain. Aura yang aku bawak agaknya boleh terasa sampai orang2 dalam metro pun pandang aku pelik semacam jer.. tapi aku hiraukan sebab dah lali dengan orang2 macam ni.. Aku teruskan hari aku macam biasa.. Selamatlah pada hari tu, kelas Internal Disease (ID) lain daripada yang lain. Kali ni doktor kitorang bawak kitorang sekali join dengar dia dan beberapa doktor lain berbincang untuk selesaikan masalah 1 patient ni (ala2 tengok cerita House gitu). Sememangnya, kitorang x faham 1 habuk sebab diorang semua cakap bahasa Rusia, tapi sebab x nak nampak noob sangat, kitorang pun angguk2 jela, dan lepas tu, doktor kitorang explain balik apa yang berlaku sebenarnya. Disebabkan jadual solat yang sentiasa bertukar2( semakin awal) kat sini, aku yang x berapa bijak nak take action pun terpaksa niat nak jamakkan solat sebab memang dah x sempat nak solat zohor.. So tu 1 dah tertinggal solat..lagilah mood makin teruk..

Habis segala kelas dan lecture, aku pun pulanglah secepat mungkin sebab nak solat kat rumah dengan selesa. Sssoopp saaaap ssooop saap aku menyelit2 dalam keramaian manusia2 dalam metro tu.. Tiba2 kasut aku terpijak kat orang belakang, sampai nak tertanggal. Aku berhenti sekejap nak betulkan kasut tu.. Tiba2 lagi, kepala aku diketuk (orang tu ketuk slow je, tapi sakit la jugak!) oleh seorang mamat Rusia ni dan dia jalan dengan selamba badak dia.Dengan aku yang sememangnya tgh hot haritu, tambah dengan ada orang nak cari pasal dengan aku. Dengan beraninya aku pun pergi kejar mamat tuh dan cuba untuk pukul balik dia. (Benda2 macam ni pernah je kena kat kawan2 yang lain, tapi selalunya kitorang x buat pape pun, just sumpah ranah diorang).Tapi sebabkan haritu, aku sendiri pun terkejut macam mana aku berani nak pergi kejar dia balik. Even mamat tu toleh belakang, aku boleh sound dia balik.(dalam bahasa melayulah tapi..dia pun x paham kut aku carut apa kat dia~).

On the way nak sampai rumah, aku nak tahan nangis, ingat kalau nak nangis pun sampai rumah baru la melalak x ingat dunia..tapi sebab dah x tertahan sangat (gagal lah kiranya aku nak bersabar tuh..dah sampai tahap sangat dah), sambil melintas jalan tuh mencurah2lah air mata aku ke ladang gandum.. dah macam drama kat tv plak masa tuh..hehe..Dan sesampainya rumah, selesai solat semua, minta kat Dia tenangkan hati aku.. Alhamdullilah Dia tenangkan hati aku melalui ibu aku..Tang tu jugak aku telefon ibu, cerita semua masalah2 aku.. Walaupun agak segan sebab masa telefon tu, housemate ada kat rumah..(mesti dia pelik apesal lah minah ni tiba2 melalak pulak...)tapi, lepas tuh fuhh....leganya x terkira, syukur pada Dia yang mengurniakan ketenangan untuk aku..

waa, panjangnya aku tulis... So macam tu lah antara kisahnya bila ketensionan mempengaruhi kehidupan aku di sini.. Macam2 Allah nak uji hamba Dia.. Moga ujian2 yang dia bagi aku dapat lalui dengan redha dia!

p/s thnks ibu, you are the best, and always be. love u 3 =)

Wednesday, October 27, 2010

pesan ibu

Tabahkan hati
Kuatkan semangat
Doa banyak2
Jangan tinggal solat
Qiamulail malam2



"patutlah ibu ada rasa macam adik nak call je hari ni..."

instinct seorang ibu sentiasa tepat!


T.T

Saturday, October 23, 2010

mini-musée



Oui, mon petit appartement est un mini-musée
=P

Posted by Picasa

Friday, October 15, 2010

tentang Russia



Lokasi: di rumah
Masa: 3.20 ptg
Cuaca: Mendung dan angin kencang


Sepatutnya waktu sekarang aku dan rakan2 dah duduk kat kelas sambil dengar bebelan cikgu yang mengajar kami bahasa Russia. Tapi, xtau nak kata best atau sebaliknya, kelas kami dah dibatalkan terus.. Mungkin cikgu tu anti dengan kitorang ataupun dah kecewa dengan kitornag yg duk belajar benda sama tapi still tang tu jugak..

Aku teringat, last kelas yang kitorang pergi aritu.... Sangat menyeronokkan.. Pertamanya sebab 1 jam je kelas (sepatutnya 3 jam weh!), yang keduanya pula sebab kami x banyak bercakap, cikgu tu je yang cakap hampir sepanjang kelas tuh... Tugasan kitorang adalah untuk menceritakan pengalaman2 menarik, perkara2 yang suka/tak suka semasa hidup di Russia ni.. Alih2 kami yang terkejut dengar cerita2 daripada dia. Ini kira aku dah ringkaskan, malas nk cerita panjang2 =P

1. Golongan wanita yang sudah bertitle "babushka" atau "nenek" sangatlah kuat orangnya.. Jangan salah sangka, nampak je diorang ni bongkok je jalan, gigi pun tinggal 2-3 batang, tapi boleh berlari dengan agak lajunya dan mampu menolak anda dengan tolakan yang kuat.

2. Orang2 di negara ini sangat kaya dengan adab dan sopan santun mereka. Pemuda2 selalunya akan membantu para wanita untuk mengangkat barang tanpa perlu diminta.. (OOH MAAF!, maklumat ini benar, cumanya berlaku beberapa puluh tahun dahulu, sekarang amat jarang untuk dijumpai orang2 sebegini.. yang ada tu mungkin sangatlah sedikit)

3. Russia terkenal dengan wanita2nya yang cantik dan rupawan (lelakinya kureng sikit la~).. Tetapi sekiranya anda telah menanam hasrat dan impian untuk berkenalan dengan mereka, maka wanita2 yang anda jumpa sama ada di galleri2, muzium, teater, perpustakaan adalah pilihan yang terbaik..

4. Rakyat di sini lebih mementingkan sejarah daripada permodenan. Di hospital kami sebagai contoh, bangunannya itu sudah cukup kelihatan seperti muzium. Malah lifnya juga mungkin sudah tidak dijumpai dimana2 tempat selain di negara ini..

5. Rasuah dianggap perkara normal sebabnya memang sudah tertanam dalam mindset diorang.. So tak kiralah, jika anda seorang agent untuk penempatan pelajar di asrama (pelajar asing terutamanya), mahupun seorang doktor, mahupun pekerja runcit di kedai2 atau di pasar2, tanpa segan silunya anda boleh meminta rasuah daripada mangsa2 anda.

Begitulah serba sedikit cerita yang aku ingat.. Sebenarnya, negara ni memang sangat menarik. Disinilah aku belajar macam2 perkara yang mungkin tak dapat aku peroleh di negara2 lain.. Bak kata seorang rakan, tak semua orang berpeluang untuk merasakan kehidupan di bumi Soviet ini!

selamatlah langitnya cantik~

Tuesday, October 12, 2010

Dah 20 tahun dah.. =)
Posted by Picasa

Monday, October 11, 2010

Filet - Oh my god!! - fish

Ini kisah benar ye tuan2 puan2.. dan ini tidak lucu!

Bermulanya episod apabila aku dah kepingin sangat nak makan burger kat bumi russia ni. Malangnya memang x jumpalah daging burger ala-ala Ramli Burger tu kat sini, so aku yang bukanlah peminat filet ikan ni pun bercadang untuk beli je la.. So hampir setahun aku makan filet ikan ni dengan roti, kekadang letak salad sikit bersama tar-tar sos yang aku beli di kedai. Sekali makan memenag tak ubah macam filet-o-fish kat McD tuh. Dan breakfast aku yang sedap ni memang sentiasa jadikan hari2 aku lebih sempurna dan dapatlah aku belajar dengan happynya (sebab perut dah kenyang)..Namun, pada suatu petang yang tak berapa nak hening...tiba-tiba....

Disebalik paket mu yang berwarna putih suci itu.....

Tiba-tiba, kawan aku yang baru pulang dari kota memaklumkan suatu berita yang sungguh menyayat hati dan terus membuatkan aku pening sepanjang malam. Katanya filet ikan yang aku beli selama ni haram, sebab mengandungi шпик (cara menyebubnya adalah shpik). Apakah spik itu? aku pun x pasti.. So dengan pantasnya aku pun bukak peti ais, dan terus tengok ingredient di belakang plastik filet ikan itu. ALANGKAH TERKEJUTNYA AKU... bukan sekadar dia tulis шпик, malah шпик свиной aka lemak ba alip ba ya!! Oh tidak!!!!!


Dengan perasaan sedih bercampur geram, lantas dengan sepantas kilat aku terus buang filet ikan yang hanya tinggal 1 didalamnya..(3 lagi dah selamat dalam perut aku)..*tetiba rasa nak muntah plak*

Kenapa!!! Kenapa!!! Kenapa!!!! why??! why??! why??! pacemu?! pacemu?!pacemu?!

Kenapalah manusia2 yang bijak pandai ni nak jugak letak babi dalam filet IKAN?! Dan aku yang kurang nak cerdik ni jugak memanglah tak terfikir langsung nak baca ingredient bila kita dah sure2 benda tu ikan.. &^$%$$#%!!@*

Memang lepas daripada insiden yang malang ni, memang aku tekad nak baca semua ingredient tu betul2 before nak beli.

Den dah x sanggup dah jang ooiii!

Monday, October 4, 2010

"cycle" da dtg, kayuh cepat...kayuh!

Hey yaperdaa~

Alhamdullilah3... Sesungguhnya Allah sememangnya Maha Mengetahui makhluk ciptaanNya. Walaupun minggu ni bagi aku yang paling sibuk, sikit sahaja masa yang terluang untuk buat benda2 lagha...(Ooops! )..hehe.. Dengan masa yang sikit tu, study pun dah macam tunggang terbalik, tp hari ni, pergi2 kelas, menunggu dengan berdebar nak jawab exam (berdebar sebab x habis prepare), tapi dengan tiba2 nya, cikgu pengganti tu kata, "Domoi!".. Aku macam...for real?!.. Dan bak kata kawan aku tuh, serius sh**?!! Alhamdullilah, exam dah dicancelkan....hehehehuhuhuhahaha....

......

Seketika tadi, bagi aku, "cycle" sudah bermula... Bukan cycle class senior2 tu, tp "cycle" ni yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu, kini ibarat "karma" dah terkena kat aku balik..Rasa macam lawak pun ada jugak! huhu..moga diberi kekuatan!


*domoi = pulang ke rumah


p/s dalam edit post aku tu byk betul post2 yang terbengkalai.... susahlamacamini... =(



Wednesday, September 29, 2010

Believe in Allah


Kekadang aku terlupa, aku ada Dia...








TT

Tuesday, August 24, 2010

Kuih raya anak beranak


Inilah hasil beberapa kuih raya yang sempat disiapkan memandangkan aku ada kat rumah lagi. Ibu kata kalau aku da balik, jawabnya beli jela, tak kuasa nak buat!

Kuih ice cream kegemaran anak2 buahku

Kuih peanut, resepi baru

Biskut Arab, all time favourite

"edible" Sarang semut
Semalam dah start beli barang2 makanan dan apa2 yang nak dibawa balik, padahal nak baliknya lambat lagi..Bukan apa, dah mula nak risau sebab kebanyakan batchmates dah balik. So rasa macam tak sedaplah pulak rehat2 lagi.. Kerja timbang2 pun dah nak bermula..Harap2 tak over limit lagi, boleh bawak balik sikit kuih2 raya nih!
Owh yer, nak share2 ckit la...
Harga nasi ayam yang selalunya pada bulan2 lain harganya RM3.50. Tapi bila dah masuk bulan Ramadhan, bulan special ni, harga pun special gak, jadilah RM5. Begitulah jugak amal ibadat kita, bila masuk bulan Ramadhan ni, pahala pun berganda2, jadi rugilah aku yang hanya duduk dan menonton tv/layan Facebook/buat kuih raya dari pagi ke petang, jika x menambahkan amal ibadat ni =(
Posted by Picasa

Friday, August 20, 2010

kesian mami-mami

Sedih bila baca tentang mereka yang semakin ditindas di negeri sendiri...Harap2 negara kita ni masih di bawah pemimpin yang sepatutnya...

Thursday, August 12, 2010

"krikk...krikk.."

Ramadhan datang lagi! Kali ni aku sempat berpuasa selama 2 minggu lebih di Malaysia, bersama family..juga bermakna 2 minggu ni bersahur dengan masakan ibu, 2 minggu berpuasa sambil tgk iklan makanan yang sedap2 kat tv, 2 minggu meredah Bazaar Ramadhan yang x pernah mengecewakan, dan 2 minggu ni jugak bertarawikh bersama makcik2 kat taman perumahan aku nih...

Kembali ke tahun lepas......

"Aimi! Bangun2", kejut roommate aku untuk sahur..nak harap bangun sendiri tu mmg jauh sekali..hukhuk =(

"#$%^!!#@,*&!%$!#**@?!",beberapa perkataan yang tersasul keluar ketika berurusan dengan dekanat dan moslanka....menyebabkan kurang sedikit pahala puasa pada hari tersebut.

"Fuh! handsome la mamat rusia tuh, yg ni pun boleh tahan gak" actually yang ni jarang2 berlaku..just nak sedapkan cerita..hehe

"Masak untuk berapa orang tuh?" Saje masak banyak2, untuk 2..3.. kali makan.(da lepas ni jgn tanye lagi =P )

"Kau lah jadi..kau lah"..berebut nak taknak jadi imam untuk solat tarawikh.. (Siapa sangka, di Moscow ni macam2 kita belajar.. Sampai boleh mengimamkan orang tarawikh lagi..ala2 imam muda made in Moscow..ngehehe.)

"krikk... krikk..." bunyi cengkerek..OH NO!! tertinggal sahur da...


Itulah serba sedikit apa yang terjadi kepada mereka yang menyambut bulan Ramadhan luar daripada Malaysia.. (ceehh x nak ngaku..)

Selamat menyambut bulan Ramadhan, dan semoga puasa kita hari ni lebih baik daripada puasa kita yang semalam..insyaAllah..


p/s 1st time bertadarus di surau bersama ibu dan makcik2 yang lain..x sangka..seronok jugak =)


Sunday, July 25, 2010

kampung..durian..kambing..sambal tempoyak..


Sebelum diserang...


Assalamualaikum, dan selamat semua. Kelmarin balik kampung, pokok durian kat halaman depan rumah tu pulak (yang lama btul x gugur2) akhirnya jatuh ke tanah jua. Dan selepas sepupu aku bertungkus lumus berebut2 durian tu dengan beruk2 kat kampung tuh, dapat jugak kitorang buat sedikit pesta durian, and I tell you, durian kampung ni memang favourite aku! (untuk aku yang not a big fan of durian, only certain type jer.. yelaahh orang Moscow la katakan..haaaak tuih..hehe..gurau2) Dan part yang paling seronok bila makan durian ini adalah bila dah selesai makan durian tuh, mesti minum pulak air yang dituang ke dalam kulit durian tuh, katanya untuk menyejukkan badan lepas panas2 makan durian tersebut..

Belakang kampung aku ni pulak ada kambing. Sejak kecil lagi aku memang suka main dengan binatang2 yang jarang aku jumpa kat rumah. So kambing ni termasuk dalam salah satu list aku tuh.. Dan yang menariknya, pak ngah aku ada pulak bela "kambing barat". Aku panggil nama dia camtu sebab kalau perasan dalam cerita2/movie2 orang putih yang ada tunjuk pasal kambing seakan2 kambing pak ngah aku ni lah.. dah la badan putih bertompok coklat, x ke macam orang mat salleh tuh..heh heh heh..mat salleh=kambing..

Disebabkan aku dan abang aku ni ibarat orang yang jarang2 balik kampung, aka perasan special, mak ngah dan sepupu aku pun bertungkus lumus masakkan lauk special untuk santapan. Mereka masak sambal tempoyak daun kayu2 (kalau x silap la nama dia). Mungkin kerana lauk pauk tu dimasak dengan penuh kasih sayang, so hasilnya pun fuhh!! boleh terbang kepala..sabar2.. (lupa pulak nak ambik gambar sambal tempoyak tuh..huhu) Sepupu aku kata, lauk sambal tempoyak ni kalau orang dulu2 masak guna 44 jenis daun, dan disebabkan dulu moyang aku selalu makan lauk tu, that's why umur dia boleh cecah sampai 100++.

Minggu ni 2 2 belah kampung aku balik, seronok jugak dapat jumpa saudara mara yang setahun sekali dapat jumpa. Cumanya bila jumpa dengan diorang ni, satu soalan ni mesti wajib ditanya pada aku, "Raya sempat x kat sini?" Dan jawapannya mesti lah x sempat, sampaikan aku cakap x sabar rasanya nak raya kt Moscow, sarcastic!


Selepas selamat diserang

"Kambing barat"

Keluarga bahagia

Zara si-raja-durian dan si-takut-pada segala binatang yg berbulu/berbunyi/bergerak

cili padi hasil projek sepupuku..

p/s hujung minggu ni je berjaya kumpul RM200 as duit raya.. lagi sebulan aku duk sini...kira3..haha

Tuesday, July 20, 2010

Bandung Sini Sana


Family Pakcik Sani

Assalamualaikum dan selamat semua..Lama ek tak update blog. Last week untuk family day yang ke-2, keluarga pakcik Sani bercuti ke Bandung. Sayangnya disebabkan tarikan utama di Bandung adalah bershopping, jadi beberapa anak2 buahku "terpaksa" ditinggalkan di Malaysia..kesian mereka..

Since dah masuk alam dewasa dan lebih matang ni, boleh dikatakan ni 1st time travel bersama keluarga yang besar luar dari Malaysia, and I tell you, terbaeek!! Semua benda 100% di cover oleh abang2, makan sedap, tempat tinggal mantap, transport hebat, kerja lain cuma seat back & relax.. Tak dinafikan kalau travel bersama kawan2 tu jauh lebih seronok, sebabnya lebih adventure sebab semua kena buat sendiri, tapi sekali sekala dilayan sebagai puteri ni seronok jugak..*hikhik*

One thing yang bagi aku menarik sepanjang kat Bandung ni adalah jalan raya dia yang sangatlah kecil, berlubang2 dan berpusing. Cukuplah aku 3-4 hari je kat sana, kalau lebih lagi memang termuntah2 dah dalam coaster tuh. Bayangkan, jalan yang hanya selebar jalan2 di kawasan perumahan tuh, dan sepanjang jalan tu ada je rumah2 yang dijadikan kedai2, dan depan rumah tu pulak ada lagi gerai2, memang pening nak tengok.

Yang keduanya, aku perasan bahasa Indonesia ni sangat direct. Contohnya,

-hospital = rumah sakit
-klinik bersalin = bidan
-toilet lelaki = kencing pria
-kedai gigi palsu
-zoo = kebun binatang

dan lain2 lagi, senang je orang nak faham.

First day sampai dah petang, disebabkan oleh flight yang asyik tertunda, so tak dapatlah nak buat banyak sangat, dan selepas check in, terus pergi makan kat Restoran Daun Pisang. Disebabkan malam, environmentnya yang sememangnya cantik, ditambah lagi dengan sinaran rembulan, subhanaAllah memang cantik. Dengan perut yang dari tahap lapar kepada kebulur, dapat pulak makanan yang sedap, memang terasa nikmat Allah tuh..

Hari2 seterusnya dipenuhi dengan shopping..dan shopping..dan shopping.. Sampai anak buah aku tu tanya,"Kenapa asyik turun kat kedai jer...?" Barulah aku tau, rupa2nya abang2 aku ni lagi hebat bershopping, mengalahkan isteri masing-masing..hehe..lepas geram la tuh..

The next day lagi, kitorang naik pulak gunung, namanya Tangkuban Perahu. Sebabnya kalau dari jauh, kelihatan gunung tu seperti perahu yang tertangkup/terbalik. Bandung ni rupa2nya dikelilingi oleh gunung2 berapi yang masih active..so bayangkanlah, kalau sekali meletup semua2 gunung berapi tuh, memang hilanglah Bandung ni..

Last day, sebelum balik, kami singgah sebentar di kedai Kartika Sari. Kedai ni jual makanan2/ole2 untuk pelancong. Dan selain kerepek2 yang pelik2 namanya tuh (cth: urat sapi/lembu, kulit sapi...dgr nama macam geli jer), benda utama yang dijual kat sini adalah brownies.

As a whole, tak seperti tahun lepas di Pulau Tioman, trip kali ni x terasa sangat family day nya, sebab sampai je kat satu shopping center/factory outlet, semua dengan family kecil masing2 berpecah ke tempat lain2.. So permintaan ibu, nak buat barbeque pulak kat rumah je nanti..oooh I can't wait!!!

Pemandangan dari jambatan apetah namanya..

Mencari rezeki

Pandang kiri..pandang kanan..pandang kiri..barulah melintas!

Tangkuban Perahu, kawah gunug berapi

nasi padang

memori daun pisang..lalala

Pasar Baru

Kartika Sari

x sangka sangat sedap!

p/s balik2 je sakit perut, ibu demam2.. huhu.. saguhati daripada Bandung!

Monday, July 12, 2010

Pahang Royal Festival








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.