Tuesday, April 20, 2010

dah nak kawen?!

Ni gambar abg aku kawin dulu, gambar aku.hehe..belum lagi =P

Kini semua org mengatakan tentang ia.... Baik secara terang2, mahupun dalam diam...hihihihi..*tersipu2*. Nampaknya dah sampai pun masa dan usia aku untuk termasuk dalam perbualan tentang hal ini.. Kalau dulu-dulu yang menjadi buah mulut hanyalah komik terbaru, fesyen terbaru, "scandel" terbaru.. tapi sejak usia nak meningkat ke angka 20 ni, bergaul pula dengan mereka yang telah berumur 20+, perkataan itu bukan lagi sekadar gurau senda dan jenaka.

Hari ni dapat berita yang mengejutkan penghuni2 bilik, tentang bakal pernikahan seorang teman. Ucapan tahniah jua aku mulai. Semoga setiap urusanmu dipermudahkan olehNya.

Berkahwin pada usia yang muda? Dahulu aku sama sekali tidak menyetujui kerana berfikiran bahawa ia terlalu awal, dan masih tidak matang untuk memikul tanggungjawab yang sememangnya berat untuk dipikul, nak2 pula sedang belajar.. Tapi 2 tahun aku di sini, bergaul dan berkenalan dengan mereka, mula memahami tujuan dan niat mereka, aku rasa berkahwin itu adalah yang terbaik. Semoga dengan perkahwinan ini, lebih pantas dakwah ke jalanNya bergerak dan berkembang di bumi Rusia ni. Tahniah sekali lagi buat saudari, dan moga segalanya berjalan lancar.Amin

p/s buat kawan2 lain yang sedang hangat bercintan cintun tu, lekas2 la kawin, senang mata2 kami yang memandangnya. Dan buat mereka yang berhajat untuk berkahwin, ku sisipkan doa agar hajat anda dimakbulkan..Amin..

......hanya Allah tahu isi hati ini....

7 comments:

nazer@mubean said...

alolo aimi!!

hehehe..

cpt cari calon!! HAHAHA

AinNurAlia said...

nak kawennn!

hahahaha

tqah mamat said...

sokong part kawen2 nie..

doakn ktorg cpt2 kawen taw.. amin~

(^^,)

i.am.me said...

muben: haha..ehy aku pulak..dee!!

alia: jemput aku nnt!!!!!!

tqah: amin.. jgn lupe hak jemput aku nnt..hehe

waa, naik la berat badan ni, byk nk makan nasi minyak..heh heh

samanosuke_04 said...

4th year turn aku k? prepare2!

aku bukan aku said...

adeh..

semangat da aku klik link ni
rupenye bukan org kuzmin..

nasi minyak melayang~

=.=''


*tumpang gembira buat mereka juga..

i.am.me said...

ejoe: awat 4th year?? mai la next yer!!

kucai: haha..makan3..xpe2, paham da...

=P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.