Sunday, February 28, 2010

His last SERMON

Prophet Muhammad (SAWS) delivered his last sermon (Khutbah) on the ninth of Dhul Hijjah (12th and last month of the Islamic year), 10 years after Hijrah (migration from Makkah to Madinah) in the Uranah Valley of mount Arafat. His words were quite clear and concise and were directed to the entire humanity.

After praising, and thanking Allah he said:

"O People, lend me an attentive ear, for I know not whether after this year, I shall ever be amongst you again. Therefore listen to what I am saying to you very carefully and TAKE THESE WORDS TO THOSE WHO COULD NOT BE PRESENT HERE TODAY.

O People, just as you regard this month, this day, this city as Sacred, so regard the life and property of every Muslim as a sacred trust. Return the goods entrusted to you to their rightful owners.

Hurt no one so that no one may hurt you.

Remember that you will indeed meet your LORD, and that HE will indeed reckon your deeds.

ALLAH has forbidden you to take usury (interest), therefore all interest obligation shall henceforth be waived. Your capital, however, is yours to keep. You will neither inflict nor suffer any inequity. Allah has Judged that there shall be no interest and that all the interest due to Abbas ibn ‘Abd’al Muttalib (Prophet’s uncle) shall henceforth be waived…

Beware of Satan, for the safety of your religion. He has lost all hope that he will ever be able to lead you astray in big things, so beware of following him in small things.

O People, it is true that you have certain rights with regard to your women, but they also have rights over you. Remember that you have taken them as your wives only under Allah’s trust and with His permission. If they abide by your right then to them belongs the right to be fed and clothed in kindness. Do treat your women well and be kind to them for they are your partners and committed helpers. And it is your right that they do not make friends with any one of whom you do not approve, as well as never to be unchaste.

O People, listen to me in earnest, worship ALLAH, say your five daily prayers (Salah), fast during the month of Ramadan, and give your wealth in Zakat. Perform Hajj if you can afford to.

All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over white except by piety and good action.

Learn that every Muslim is a brother to every Muslim and that the Muslims constitute one brotherhood. Nothing shall be legitimate to a Muslim which belongs to a fellow Muslim unless it was given freely and willingly. Do not, therefore, do injustice to yourselves.

Remember, one day you will appear before ALLAH and answer your deeds. So beware, do not stray from the path of righteousness after I am gone.

O People, NO PROPHET OR APOSTLE WILL COME AFTER ME AND NO NEW FAITH WILL BE BORN. Reason well, therefore, O People, and understand words which I convey to you. I leave behind me two things, the QURAN and my example, the SUNNAH and if you follow these you will never go astray.

All those who listen to me shall pass on my words to others and those to others again; and may the last ones understand my words better than those who listen to me directly. Be my witness, O ALLAH, that I have conveyed your message to your people".

(Reference: See Al-Bukhari, Hadith 1623, 1626, 6361) Sahih of Imam Muslim also refers to this sermon in Hadith number 98. Imam al-Tirmidhi has mentioned this sermon in Hadith nos. 1628, 2046, 2085. Imam Ahmed bin Hanbal has given us the longest and perhaps the most complete version of this sermon in his Masnud, Hadith no. 19774.)


i submit u have conveyed ur mesages ya nabi..

Saturday, February 27, 2010

Paris "c'est combien?" pt1

Alhamdulillah, sekali lagi aku diberi kesempatan untuk mengupdate dan mengepost blog aku yang seterusnya. Destinasi penjelajahan gadis ber-6 diteruskan pula di Paris (sebutannyer paghi..kepada mereka yang pelat R, ada mungkin mempunyai darah orang France yg juga pelat menyebut R.)

Paris, sebuah bandar yang boleh kata MIMPILAH kalau aku dapat pergi, dan rupa2nya mimpiku menjadi kenyataan. Dah ada dah bekas tapak kaki aku di bumi France ni. So 1st impression kami, memang terbaik. Sebab sampai2 je di airport untuk passport control dimana tmpat yg paling mendebarkan(sebab kt russia sgt strict n x semenggah, x pasal2 je dia tahan passport kite, memang *%^%$&!), tp alangkah terkejutnyer kami bila sampai2 je kt counter tu, pegawai tu bg salam. Alhamdullilah, ramai betul Islam di sini. Even sampai2 masuk airport tu je da ade orang tegur kami, "dari Malaysia?", "Apa khabar", memang hebat juga negara kita di sana.
Syukur juga sebab sampai2 di Paris, cuaca x sesejuk di Istanbul, so semua orang da relax dan mampu berfikir secara rasional kembali.
Tempat pertama yg kitorang patutnye pergi adalah Disneyland!!! Tetapi seperti ayat al-Baqarah 216, kami pun melawat ke tmpat2 lain. Antaranya:

Ni luar musee du Louvre. Anda ingat cerita Da Vinci Code?

x sure sgt, tp salah satu Arc.

Anda ingat Phantom of the Opera? Ni la tamannya dalam cerita tuh


Salah satu church yang famous - Le Madeleine

Gallerie La Fayette, (shopping complex)
tp kitorang x amik plak gambar kat depan kedai LV..huhu

Musee du Parfum

Anda tgk cerita Perfume? Instrument yg dipakai dlm cerita tu ada dalam muzeum ni.
Entrance is free!

Opera House (Palais Garnier)

Champs Elysees Avenue

Patutnya kami kena berjalan lahi ke Arch de Triumph, tapi disebabkan semua dah penat, kitorang pun decide untuk balik berehat, makan maggi Rolton, solat, adn kemudian sambung balik untuk melihat keindahan Paris di waktu malam.

Night view of:

Musee du Louvre

Eiffel Tour


Arc de Triomphe



Paris ni sebenarnye dalam 1 hari je kita boleh lawat semua tempat(kalau pergi je tp x masuk la muzeum2 tuh, muzuem 1 hari pun x cukup kalau nak round betul2.) And masa penjelajahan kitorang ni, yang paling kelakarnyer, kite punye la nak tnye orang mana bangunan ni, mana bangunan tuh, rupa2nya depan hidung je..hampeh tul.. Anyway, trip kitorang memang terbaik!

Area2 Gare de Lyon

Metro di Paris

p/s: 1st day je dah pergi hampir semua tempat, hari2 yg next dah tau nak pergi mana dah..hehe
Posted by Picasa

Tuesday, February 23, 2010

Istanbul pt-3

Assalamualaikum...

Sementara menunggu jamuan makan CNY anjuran penduduk2 hostel Kuzmin yang akan berlangsung beberapa minit lagi, perut aku yang agak lapar membuatkan aku tidak khusyuk untuk menatap nota2. Lantas update blog lah aku pilih sebagai pengisi masa..(ish3 patutnyer baca Quran ke, b'zikir ker... )

Banyak sangatlah nak cerita pasal Istanbul ni sampai dah x tercerita dah dibuatnyer.. Istanbul ni satu jer, kalau nak betul2 enjoy trip anda ke sana, mesti tau sejarah dia, baru best..Kalau agak2 x sempat sgt nak cari buku pasal tempat2 dia, or online, sesetengah tempat tuh ada description pasal sejarah dia.So jgn segan silu bacalah mana yg termampu..

Last post pasal Istanbul ni, makanan kut..

Bagi mereka yang berasal dari kawasan2 kurangnya makanan halal dan kempunan sgt nak melantak makanan sedap tepi2 jalan, Istanbul adalah salah satu pilihan anda.(tapi masih x dpt menandingi Malaysia dan Egypt!!) Makanan yang famous kat Istanbul ni kebab. Mana2 kedai mesti jual kebab punyerla.. Harga bergantung kepada lokasi. Kami tinggal kat area berdekatan Sultan Ahmed, so tourist attraction byk kat situ. Nak dapat mknn yg murah tu susah ckit. So kalau nak yang lebih murah, jalan2 ckit dekat luar Spice Market, kat situ ada banyak kedai kebab yg murah2!

Nak order air pulak, nak2 untuk taraf student2 yang duit pun macam cukup x cukup je nak belanja, order la Turkish Tea. Tea nyer pekat gile, tp sedap je la.. Tapi paling aku suka x lain x bukan Apple Tea. Even kat Bazaar2 nnt ada byk jual serbuk Apple Tea or mcm2 lg jenis (orange, kiwi, ros i tak dalee), maka boleh lah sekiranya korang nak menikmati tea walaupun tidak berada di Istanbul.

Turkish Delight- ni antara makanan yang perlu beli. Bagi aku rasanye macam marshmellow, tp ada jugak yg rasa lain. Macam2 colour, macam2 saiz, macam2 harga.. Rambang mata woo.. (pesanan ringkas, kalau boleh jgn beli yg dalam kotak kecik, harga murah..sebabnyer bila bukak2, ada 4 ketul je dlm tuh..anda akan menangis sendirian.. In fact, nak bg orang pun cm x sedap jer~)

Aku rindu pada roti ala2 pretzel kat sana.. Roti ni aku xtau la nama dia, tapi byk jual kt tgh2 jalan, tepi2 jalan. Harga murah jer. Walaupun roti ni xla panas, dan sedikit keras, tapi mmg sedap bila dia lalu kat dalam mulut anda! Cubalah..

Oklah, itu sahaja post untuk Istanbul, nak lebih lanjut, pergi la sendiri. Kalau x mampu, google je la!








Posted by Picasa

Sunday, February 21, 2010

Iman duk diam2, jgn lari2!!


Rasanyer lepas habis exam final hari tuh, cuti2 sampai la hari2 dalam minggu ni, aku terasa sangat lost. Terasa sangat lapar..Bukan laparkan sharma, pizza svarro, kroshka kartoshka atau lauk reheat semalam, tapi "lapar" sangat kat sesuatu tuh..hmm ape yer??


Pernah tak korang rasa, bila korang dah tak nak buat benda2 baik lagi(ceewah), x nak share ayat2 Dia yg best, korang rasa malas, rasa boring, rasa macam tak kisah kalau tak ambik tau pasal benda lain, rasa macam nak buat jer balik benda2 jahiliyah yg aku pernah tinggalkan suatu masa dulu. Aku dunia aku, biaq pi lah dgn org lain, yg penting aku happy, (tapi happy ker?), hmm n macam2 lagi...almost boleh kata aku dah give up!!!! arrgggh, mane pergi kau??


Alhamdullilah, semalam 1st time kitorang start usrah since yang last before exam tuh lagi..memang ada je gathering2, tapi secara ramai2.. So semalam kitorang kumpul, dengan usrahmate, kitorang2 jer.Firstly, kitorang tadabur(membaca and memahami maksud al-Quran) Surah al-Kahf, dan macam biasa bila share2 ayat favourite, aku sangat terasa dengan ayat 100 dan 101. Sebabnyer, ayat tu macam terkena habis dekat aku dengan apa yang aku buat minggu2 tu. Apa yang aku buat?? Aimi....ish3~


"...dan kami perlihatkan (neraka) Jahanam dengan jelas pada hari itu kepada orang kafir, (iaitu) orang yg mata (hati)nya dalam keadaan tertutup (tidak mampu) dari memperhatikan tanda kebesaranku, dan mereka tidak sanggup mendengar." 18:100-101


OMG, takkanlah kut.. aku x nak la tergolong dalam orang2 kafir, tapi itu yang aku buat. Nauzubillah... Mana perginya mata HATI aku yang dulu? Mana hilangnye telinga aku untuk mendengar ayat2 Dia? Mana IMAN aku ni??



Iman!!! .......ooh Iman!!!!


Datanglah balik....... !!!


Mana kau pergi nih?!! TT


(bukan yg duduk kat Kahov tu yer..)



Malu pulak rasanya aku bila melihat wajah2 usrahmate aku yang selalu aku hampakan, and lagi malu aku yg x terhingga pada Dia yang selalu aku kecewakan... sorry~


Aku nak jadi seperti bola besi, x nak jadi bola pingpong....

Friday, February 19, 2010

Istanbul pt-2

Assalamualaikum dan selamat semua! Seronok, sebab da habis da kelas2 untuk minggu ni. Masa untuk update, yeaah! So nak sambung plak Istanbul pt-2. Kali ni ada 3 tempat yang aku rasa agak best untuk dikongsi dengan sekalian umat.
Yang pertama, Masjid Ayub.(kalau kt sana sebutan dia "Eyyub") Tempat ni jauh sikit dari hostel kitorang, kena naik metro and naik bas pulak. Masjid ni selain dinding mosaic dia yg cantik, dan pakcik jaga masjid yg sangat peramah dan sangat suka ambikkan gambar kitorang, yang lain tuh macam masjid biasa jer. Apa yang menarik adalah Ayub tu sendiri.
Beliau ni hidup masa zaman Rasullulah, and masa tuh, Rasullulah dalam hadis ada kata, "Kamu (umat islam) akan membuka kota konstantinople. Komander itu adalah sebaik2 komander dan askarnya adalah sebaik2 askar." So ramailah pahlawan2 ni nak merealisasikan seperti dalam hadis nabi tuh. Dan orang tuh termasuklah Abu Ayub al-Ansari ni. Tapi beliau x berjaya, dan pahlawan yg berjaya tu adalah...jeng jeng jeng... Sultan Mehmed Fateh!!
Masa Sultan Mehmed Fateh ni berjaya menakluk Konstantinople(kalau sekarang Istanbul bahagian Europe), beliau pun suruhlah orang cari tepat perkuburan Abu Ayub ni untuk ditempatkan di tmpat yg mulia. Masa orang lain gali2 tuh, diorang sempat cium kaki Abu Ayub, tapi bila giliran Sultan Fateh nak cium, kaki Abu Ayub bergerak seakan xnak dicium oleh Sultan. Sultan pun sedih tp dia bermimpi Abu Ayub datang jumpa dia and cakap dia malu kat Sultan Fatih sebab dia x dapat conquer Konstantinople and dia malu bila Sultan Fatih (Panglima hebat yg di describe kan dalam hadis nabi) nak cium kaki dia.
Masjid Ayub al-Ansari
Yang kedua, kan aku macam banyak je cerita pasal Sultan Mehmed Fateh ni kan, so kerana kehebatan dia nih (19 tahun da jadi Sultan, 24 tahun dah conquer 1 Turki...kita dimana yer??), kitorang pun pergilah ke Panorama 1453. Tempat ni paling menarik bagi aku.. daripada aku yang x suka sejarah tiba2 suka pulak sejarah..hebat lah tuh! Panorama 1453 nih macam muzeum tp 3D. Bukanlah macam timbul2 tuh, tapi ada lukisan yg menggambarkan suasana perang masa Sultan Fateh , agak real la lukisannye, ada bunyi2 meriam, orang jerit2, bunyi bom2, bunyi kuda, bunyi pedang, dengan rasa bahang, mmg mcm kat dlm perang.. Lukisan yang aku cakap tuh bukan mcm lukisan biasa kat dinding tuh. Tapi lukisan tu sekeliling kita, mcm bumi, pandang atas ada lukisan langit, 360 habis la, mmg real.. Korang jgn x pergi tau bila da sampai Istanbul nih!
So berbalik pada Sultan Mehmed Fateh nih, walaupun masa dia ganti tahta ayah dia (Sultan jugak), byk la mulut2 bau sardin yg kata dia ni mampu ker budak muda nih, layak ker dia, kuat ker.. Tapi, Fatih bukan kuat pada tenaga, tapi pada kepala otaknyer. Beliau mmg bijak, masa perang tuh strategi2 dia mmg mantap habis (yelah, da beliau nih orang yg dimaksudkan oleh nabi, mestilah hebat) Kalu korang nak tau lebih lanjut google la sendiri ek.
Tapi satu yg paling menarik bg aku, (korang tgk gambar yg ada tgn aku tgh tunjuk tuh ek), dalam gambar tuh, Fatih of course la yg paling obviouskan, yg handsome tuh..hehe.. k, tentera sebelah kiri dia, dia amik orang yg tgn kidal(guna tgn kiri), so kalu musuh nk attack dari kiri, orang tgn kidal ni bley handle. sama jugak cerita nyer untuk tentera belah kanan. Lepas tuh, ada tentera yg pegang lembing tuh, diorang ni dipilih sebab diorg laju berlari, and latihan perang diorang hanya berlaaari jer. Banyak lg la, korang cari la sdiri ek!

ni potrait Sultn Fateh, jgn main2 jiwang gak nih, siap pegang bunga lagi! hehe

antara scenery kt dlm tuh, yg belakng tu gmbar, tp meriam kt depan tuh real punyer!

"Panglimanya sebaik-baik panglima, dan askarnya sebaik2 askar"
Yang last ni actually bukanlah kewajipan sangat untuk nak pergi, tapi aku rasa menarik. Walaupun ada yg kata nyesal pergi, (actually aku pun ada gak rasa nyesal, ada ke patut bayar ~rm70 semata2 tgk orang pusing2, baik aku suruh roomate aku jer pusing2 lg bagus!) Yang kitorang pergi ni namanya Sufi Dance: Whirling Dervishes. Sufi Dance ni macam salah satu tarikan pelancong yg kalau x tgk, x sah la korang gi Turki,(camtu la lebih kurang). Ia jugak termasuk dalam list the World Heritage tah ape tah. Abang Adie yang dah pergi Istanbul dulu pun rekemenkan kat aku suruh pergi tgk. So aku assumed bila dia pusing2 tuh makin lama makin laju, tapi aku kecewa di tgh jalan, sama jer.. Even ada antara kawan aku yang ngantuk and tertido!! Sufi Dance ni macam salah satu cara diorang berzikir tahap high punyer(bak kata Nana, selaku Tour Guide kitorng di Istanbul), tp ntahlah, bila baca2 pamplet dia mcm ia mengagung2kan pengasas dia, nak samakan dengan nabi..tak tau la saya! Yang part kelakar tuh, masa dah habis persembahan mat2 saleh yg jugak kelihatan boring dan menyesal gi tgk x tepuk tgn pun, sebab xtau yg persembahan tuh sebenarnyer da habis, and diorng pun macam terkial2 jer meninggal kan tempat duduk. ngong!!

p/s untuk nak tau Istanbul pt-1, sila2 lah berkunjung di sini.
Posted by Picasa

Wednesday, February 17, 2010

Langkah kecil kami

Memori Turki: Di hadapan Masjid Sultan Mehmed Fateh


Hari ni, kelas Surgical Care. Kelas hari ni menyedarkan aku betapa pentingnya kita untuk menjaga kesihatan, especially kat negara ni.


Sebelum ni, dalam kelas2 yang melibatkan hospital (e.g. Medical care), kami hanya duduk dalam bilik yg tidaklah besar mana, bukak buku, dengar apa cikgu/doktor cakap dan salin. Tapi hari ni agak berlainan, sebab doktor kami bagi kami peluang untuk masuk ICU.


Mula2, kami tengok doktor tu buka jahitan pada seorang pesakit lelaki. (wad kami adalah untuk abdominal, so basically anda akan lihat ramai pesakit yg pegang perut sambil berjalan). Pesakit itu macam tengah sakit masa jahitan dibuka, tapi kena marah dengan nurse, kesian jugaklah.. Sebab tu la, kalau boleh janganlah sakit kat Rusia ni, orangnyer garang2!!


Dah sudah tuh, kitorang masuk ICU pulak. Basically ramai pesakit yg dah tua dalam wad ni, kami diberi peluang untuk merasa nadi pesakit yang menghidap ischemia. Aku sempat jugaklah merasa nadi pada seorang pesakit yg sangat tua dalam wad tuh (95 tahun)....Tiba2 teringat pulak aku pada wan (panggilan untuk nenek den).


Walaupun tidak banyak yang dapat kami buat untuk hari ini, tapi kalau untuk situasi kami di Moscow ni, tu dah kira hebat la tuh, daripada duduk menunggu x buat apa2.(sedih pulak bila baca balik entri nih..huhu)

p/s memikirkan macam mana lah practikal kami kat Moscow nanti~~

Thursday, February 11, 2010

Istanbul pt-1


"X rugi duit MARA aku!!" Itulah apa yang aku dapat sum upkan dari semua tempat yang aku jelajah untuk winter trip kali ni. Syukur sebab adenya kengkawan yg masing2 menunjukkn belang dan kehebatan mereka dalam merantau nih. 5 hari kami di Istanbul, memang kami teroka sampai habis, kecuali beberapa tempat je yg kami rase x pergi pun x pe. X seperti winter trip tahun lepas, kali ni kami tidak ditemani tourist guide, semuanya kami ber-6 lakukan sendiri, beli itu, beli ini, cari itu cari ini.. Kalau nak kata sesat tuh mmg x payah cerita dah. Kitorang pernah kene berjalan sampai 2km untuk sampai ke satu tempat tu. Alhamdullilah dlm jln2 tuh, sempat plak "terjumpa" shopping mall and ada KFC utk mereka2 melepaskan geram.

Kami sampai ke Istanbul agak petang, tp disebabkan winter, siang makin pendek, jadi keadaan pun da gelap. Kami terkejut sebab sesampainyer kitorang di sana, saljinye, dgn anginnye..."humangai!!" kuek gilo jang! Nak pulak lepas tuh hostel kitorang xde heater, hambik kau, same je la sejuknyer di luar or di dalam. Perut pun dah lapar, macam biasa kalau da sampai kat negara majoriti Islam ni, kalau boleh mmg nak belasah semua makanan yg ada. Kami pun bertekad la utk "jalan2 cari makan!" OOoo yer, duit x tukar lg (tindakan yg sgt "bijak"), semua pegang duit US Dollar, Euro, mata wang Turki aka Lira semua x tukar lg.. kitorng pun g la cari money changer, nk cucuk duit Malaysia dah kul 12 mlm, tutup. Jalan punyer jalan punyer jalan.... semua kedai money changer da tutup..alangkah sedihnyer kami pun pulanglah kembali ke hostel, dgn sejuk2 tuh kitorg pun menjamahlah maggi jenama Rolton keluaran Rusia yg dibeli sewaktu di Moscow itu. TT

Antara tempat yang kami pergi kat Istanbul:

Hadja Sophia
Dahulunyer gereja, selepas dtgnyer kerajaan Uthmaniah dijadikan masjid. Kini selepas Kamal Atarturk, dijadikan muzium. Menariknyer bangunan ni, kalau tgk dalam gmbar ade mariam, isa, and ade kalimah Allah n Muhammad. Ceritanyer camni... masa Sultan Muhammad Fatih(my new inspiration!!) jadikan Hadja Sophia ni masjid, diorang hanya tampal je lukisan2 tuh dgn kertas, sbb x nak kacau ape yg ade. So bile orang skang kaji2 bangunan tu, diorang pun perasan ade lukisan2 tu and cabut kertas2 tampalan tuh. And lepas sekian lama org2 confius sama ada Hadja Sophia ni masjid or gereja, Kamal Ataturk yg "bijak pandai" ni pun jadikan la ia muzeum. Lagi tempat yang kitorang pergi adalah masjid Sultan Ahmed atau name glamour nyer masjid Biru, New Mosque, Topkapi Palace, Kariye Muzium, Sultan Ayub Mosque, Grand Bazaar, Spice Market and byk lg ah..
Tips utk cuti2 anda di Istanbul:
1. kalau gi waktu winter pakai la baju tebal2 ckit ek, sbb cuaca dia mmg x menentu! And make sure tmpat tinggal anda ada HEATER!!!!
2. Kalau nmpak kat tepi jalan ade org jual jagung, jgn beli sbb anda akn tertipu dgn luaran jagung tersebut. (x judge the jagung by its colour!)
3. Mesti order apple tea sbb mereka sgt sedap.
4. Kalau xtau sesuatu mknn or minuman jgn order, kalau nk juga tnyer taukey kedai dulu, sbb anda mungkin akan menyesal, sbg contoh - Ayran (sjenis minuman yg di order oleh ayu, tp akhirnyer aku jugak tukang abiskan..hehe
5. Kalau jalan kat Grand Bazaar or Spice Market, jgn hiraukan jeritan2 org kedai sperti "Malaysia??!!, "apa kabar!", "excuse me!"sbb lama2 anda akan bosan. Ada 1 incident, mangsanya Sheila. Orang kedai panggil dia, dia kata"miss, u drop something!", Sheila pusing belakang, lelaki tu sambung"u drop my heart!" ....mmg mengong!
6. Kalau nak beli barang or souvenir, bargain sampai dpt half price or more.
7. Jangan malu2 utk mntak tolong kalau ada pape probs, sbb org2 Turkey sgtla baiknya!
,


Posted by Picasa

Wednesday, February 10, 2010

world trip

Posted by Picasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.